Sarung sado dijual dengan harga serendah RM500

 

Lazimnya, lelaki yang inginkan bentuk badan sasa harus menjalani rutin kecergasan di pusat gimnasium.


Namun, Smitizen, sebuah syarikat berpangkalan di China memberi alternatif kepada golongan lelaki memiliki tubuh idaman dengan mengeluarkan sut badan sasa.



Hanya dengan menyarung sut berkenaan, tubuh pemakainya akan kelihatan sasa dan berotot walaupun ia sekadar ilusi saja.


Satu ketika dahulu, sut badan itu sering digunakan dalam filem dan drama untuk membantu pelakon kelihatan sempurna di kaca televisyen.


Percetakan tiga dimensi (3D) dan kemajuan teknologi bagaimanapun menjadikan alat itu tersedia di pasaran.


Malah, sut badan ultra realistik itu kini semakin popular di platform e-dagang China seperti Taobao dan Aliexpress.


Penjual di Taobao dilaporkan menjual sut badan berotot pada harga antara 790 yuan (kira-kira RM500) hingga 3,980 yuan (kira-kira RM2,519) bergantung kepada saiz dan kualitinya.


Beberapa pakaian hanya menutupi alat sulit manakala yang lain membiarkan lengan terdedah, tetapi ada juga menutupi seluruh bahagian badan


Ia dikatakan sudah berada di pasaran sejak dua tahun lalu dan tidak dinafikan kualitinya bertambah baik.


Apapun, pemakaian sut itu dilihat lebih baik berbanding menggunakan bahan terlarang untuk mendapatkan tubuh yang sasa.


Sarung terus jadi sado

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/04/698389/sarung-terus-jadi-sado

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.