Suntikan botox pada pundi kencing bantu atasi masalah kawalan kencing dewasa

 

Suntikan Botox dipercayai boleh membantu mengatasi masalah kawalan kencing atau inkontinensia kencing yang dialami hampir enam juta rakyat Britain, demikian menurut kajian pakar.


Menurut laporan akhbar Daily Mail kelmarin, Botox yang biasa digunakan sebagai suntikan penghilang kedut pada wajah bolehmenghentikan pengecutan otot pundi kencing secara rawak yang boleh menyebabkan kebocoran hingga sembilan dalam sepuluh kes.


Namun begitu, buat masa ini, suntikan ini hanya ditawarkan kepada 100 pesakit setiap tahun di hospital awam dan dilakukan di bawah suntikan bius anestetik umum.



Menurut laporan Pelvic Floor Society, sebuah badan penyelidik yang terdiri daripada pakar pundi kencing dan usus, beberapa penderita inkontinensia kencing menunggu satu dekad hanya untuk mengesan masalah mereka.


Kebiasaannya pakar akan mencadangkan beberapa jenis beberapa rawatan seperti alat rangsangan elektrik yang menyasarkan saraf di pundi kencing dan usus kepada hanya satu peratus penderita.


Pakar Bedah Kolorektal di Universiti Queen Mary di London dan pengarang utama laporan, Profesor Charles Knowles, itu ramai pesakit enggan mendapatkan rawatan pertama kerana didorong rasa malu.


“Tetapi jika mereka dirujuk untuk mendapatkan rawatan lain, mereka sering diletakkan dalam senarai menunggu di bahagian bawah senarai pesakit barah,” katanya.


Suntikan Botox di pundi kencing mampu mengurangkan inkontinensia dalam tiga per empat pesakit dengan kesan yang bertahan sehingga setahun sebelum suntikan tambahan diperlukan.


Semasa proses suntikan, pesakit berbaring dengan kaki yang diangkat ketika tiub logam nipis dimasukkan melalui uretra dan ke dalam pundi kencing dengan kamera terpasang padanya.


Melalui tiub ini, doktor menyuntik Botox ke sepuluh hingga 15 tempat di pundi kencing.


Dianggarkan bahawa 40 peratus wanita akan mengalami inkontinensia sepanjang hayat mereka manakala hanya satu daripada sepuluh lelaki dianggarkan mempunyai masalah serupa.


Inkontinensia berlaku disebabkan beberapa faktor tetapi umumnya adalah masalah dengan otot-otot di sekitar pundi kencing yang terlibat dengan pembebasan cairan dari badan. – Agensi


Suntikan Botox bantu kawal kebocoran kencing dewasa

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/04/26/suntikan-botox-bantu-kawal-kebocoran-kencing-dewasa/

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.