Tokan kantoi cuba seludup dadah ke penjara guna kucing

 Pelbagai taktik digunakan sindiket penyeludupan dadah untuk menyeludup bahan terlarang itu ke dalam penjara di Panama.


Selepas taktik menggunakan dron sebelum ini tidak berjaya, kini penyeludup cuba menggunakan kucing untuk membawa bahan terlarang itu.


Pihak berkuasa Penjara Nueva Esperanza berkata, mereka menangkap seekor kucing selepas ia dilihat membawa sesuatu mencurigakan di kawasan luar penjara.



Menurut satu laporan, dadah berkenaan diisi dalam plastik dan diikat pada bahagian bawah perut haiwan itu.


Antara dadah yang ditemui adalah kokain dan ganja, lapor Daily Star yang memetika laporan media tempatan negara itu.


"Kucing berkenaan akan dipakaikan beg khas yang diisi dadah di dalamnya. Kami menemui serbuk putih dan daun," kata Ketua Sistem Penjara Panama Andres Gutierrez.


Namun, ia bukan pertama kali haiwan digunakan untuk menyeludup masuk dadah ke dalam penjara.


Pengawal penjara sebelum ini melaporkan penjenayah menggunakan burung merpati untuk menghantar dadah kepada tahanan dipenjara berkenaan.


Penjara itu kini menempatkan 1,700 tahanan.


Kes ini mendapat perhatian serius sehingga Pendakwa Raya Narkotik Colon, Eduardo Rodriguez bertanggungjawab menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan.


Pengumuman mengenai kes itu dibuat pejabat Pendakwa Raya itu di Twitter.


Pendedahan kes itu turut mencuit hati ramai pihak apabila pihak berkuasa turut menyiarkan gambar dadah dan kucing berkenaan.


Seludup dadah guna kucing

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/amerika-selatan/2021/04/697212/seludup-dadah-guna-kucing


0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.