22 Mei 2021

Arab Saudi benar jemaah luar tunai haji tahun ini


Jemaah dari luar Arab Saudi akan dibenarkan untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, lapor sebuah akhbar Arab Saudi.


Musim haji kali ini akan membabitkan jemaah luar negara tetapi akan dilaksanakan dengan langkah kawalan dan pencegahan yang ketat bagi mengekang penularan Covid-19, lapor Gulf News yang memetik laporan akhbar tempatan, Al Watan.

Awal bulan ini, kerajaan Arab Saudi berkata, ia berhasrat untuk melaksanakan haji pada tahun ini, yang jatuh pada Julai.


Pihak berkuasa dilaporkan berkata, ia akan dilaksanakan dengan kawalan kesihatan dan keselamatan serta pengurusan untuk melindungi jemaah daripada Covid-19.


Kementerian Haji dan Umrah negara itu berkata, peraturan dan pelan eksekutif bagi tujuan itu akan diumumkan kemudian.


Dalam pada itu, pegawai kementerian berkata, Arab Saudi mempertimbangkan semua cadangan untuk haji tahun ini termasuk membenarkan angka 'simbolik' jemaah haji dari negara luar.


Tahun lepas menyaksikan haji dilaksanakan dengan jumlah jemaah yang terhad membabitkan rakyat Arab Saudi dan rakyat asing yang menetap di negara itu.


Jemaah luar Arab Saudi dibenar tunai haji

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/05/708580/jemaah-luar-arab-saudi-dibenar-tunai-haji


0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.