25 Mei 2021

Operasi kasino Genting Highlands ditutup

 

Polis Daerah Bentong melakukan pemeriksaan dan pemantauan terhadap operasi pusat kasino di Genting Highlands, Pahang, malam tadi.


Pemeriksaan itu dilakukan bagi memastikan operasi pusat kasino di kawasan percutian itu ditutup sepenuhnya.



Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati pusat kasino di kawasan berkenaan tidak beroperasi.


"Ketika pemeriksaan sekitar jam 11 malam tadi, pihak polis mendapati pusat kasino di kawasan ini tidak beroperasi.


"Ini adalah selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF)," katanya ketika dihubungi BH hari ini.


Zaiham berkata, proses pemeriksaan dan pemantauan yang dijalankan juga berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.


"Sehubungan itu, saya menyeru kepada orang ramai untuk sentiasa mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.


Operasi pusat kasino Genting Highlands tutup sepenuhnya - KPD Bentong

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/05/820667/operasi-pusat-kasino-genting-highlands-tutup-sepenuhnya-kpd-bentong

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.