Petani dari Colombia hasilkan mangga seberat 4.25 kilogram terberat di dunia

 

Pasangan petani di Colombia mencipta sejarah apabila berjaya menghasilkan mangga paling berat di dunia.


Penat lelah German Orlando Novoa Barrera dan Reina Maria MarroquĂ­n menanam mangga hingga terhasil seberat 4.25 kilogram berbaloi apabila diiktiraf Guinness World Records.


Pasangan itu mula perasan mangga yang ditanam di ladang San Martin, Boyaca itu membesar berbeza daripada mangga lain dari pokok sama.



Anak mereka, Dabegy membuat penyelidikan di internet sebelum mengetahui mangga mereka itu paling berat di dunia.


Menurut German, pengiktirafan itu satu kebanggaan buat rakyat Colombia.


"Ini satu pengiktirafan atas usaha kami selama ini dan didedikasikan buat semua penduduk Guayatuno.


"Pengiktirafan ini menunjukkan rakyat Colombia boleh menghasilkan tanaman yang hebat," katanya kepada media.


Rekod terbaharu itu mengatasi rekod terdahulu yang dipegang petani dari Filipina apabila menghasilkan mangga seberat 3.44 kilogram pada 2009.


Mangga paling berat di dunia

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/05/702067/mangga-paling-berat-di-dunia

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.