Wanita ini tidak menyangka tahi lalat di wajahnya boleh bertukar menjadi kanser kulit.
Portal Metro.uk melaporkan, Megin Davies mula merasakan tahi lalat di pipinya menjadi besar selepas mengandung.
Pada mulanya dia hanya menyangkakan kemungkinan ia adalah kerana perubahan hormon.
Bagaimanapun, seorang doktor gigi menasihatkan wanita dari Brisbane, Australia itu membuat pemeriksaan tahi lalatnya.
Sebaik pemeriksaan, hancur luluh hati wanita berusia 40 tahun itu apabila disahkan menghidap melanoma tahap dua pada Februari lalu iaitu setahun selepas kelahiran anak perempuannya, Bella-Reign.
"Ia adalah hormon kehamilan yang mempercepatkan lagi pertumbuhan sel kanser. Saya tidak tahu itu boleh berlaku jadi saya sangat terkejut.
"Saya tidak pernah menyangka menghidap kanser kulit disebabkan tahi lalat kecil ini di pipi sepanjang hidup saya," katanya.
Megin yang juga ibu kepada Tiana, 18, Cooper, 14, dan Chobi, 7, menjalani pembedahan untuk membuang tahi lalat serta kulit berukuran tiga sentimeter (cm) dari hidung ke dagunya sehingga meninggalkan parut selebar 3cm dan panjang 12cm bagi mengelak kanser merebak.
Tak sangka tahi lalat rupanya kanser kulit
Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/05/709792/tak-sangka-tahi-lalat-rupanya-kanser-kulit
Artikel berkaitan
'Penyeri' atau tanda kanser
Pautan : https://www.hmetro.com.my/sihat/2019/06/470620/penyeri-atau-tanda-kanser
Tanda-tanda perubahan tahi lalat
• Bertukar warna dan tidak seragam
• Membesar
• Berdarah
Tahi lalat berisiko tinggi mempunyai tanda berikut
• Saiznya melebihi lima milimeter
• Bentuk tidak seragam
• Tepi sempadan tidak teratur
• Mempunyai beberapa warna seperti hitam, coklat, biru
• Berubah saiz atau warna seperti semakin hitam
Ketika ini terdapat dua prosedur pembedahan pesakit yang memiliki tahi lalat tidak normal iaitu pembedahan standard dan terbaharu ialah kaedah pembedahan mikrografik Mohs.
Pembedahan kulit biasa dijalankan untuk membuang tahi lalat sehingga jauh ke dalam kulit. Kaedah biasa ini bermula dengan suntikan ubat tahan sakit dan potongan dibuat sehingga ke dalam lapisan kulit bagi memastikan semua sel itu dibuang.
“Kaedah ini biasanya akan meninggalkan parut dan perlukan tempoh minggu untuk sembuh. Namun perlu diketahui tempoh sembuh juga bergantung kepada saiz tahi lalat dibuang dan samada terdapat komplikasi.
0 comments:
Catat Ulasan
Thanks for your comment.