26 Mei 2021

Washington saman Amazon salahguna kedudukan monopoli sektor e-dagang

 

Washington menyaman Amazon kerana menyalahgunakan kedudukannya bagi memonopoli sektor e-dagang sehingga menjejaskan pelanggan.


Saman di bawah undang-undang anti pencatutan itu difailkan Selasa lalu oleh Karl Racine dari Pejabat Peguam Negara Washington, mendakwa syarikat itu mencabul penguasaan pasaran dalam taliannya sehingga memudaratkan pengguna.



Antara lain, syarikat yang menguasai 50 hingga 70 peratus e-dagang di Amerika Syarikat (AS) itu dituduh menyebabkan kenaikan harga jualan.


"Jualan dalam talian Amazon mendapat manfaat dan dilindungi oleh amalan anti saingan perniagaan yang mencegah pembeli mendapat barangan terbaik pada harga terendah.


"Sebaliknya, Amazon sengaja menyebabkan kenaikan harga tidak munasabah termasuk bagi barangan yang dijualnya sendiri atau melalui saluran e-dagang pesaingnya," menurut saman yang difailkan di Mahkamah Agung Colombia.


Amazon, yang sering mendakwa menawarkan harga terendah kepada pembeli, setakat ini tidak memberi komen.


Saman itu difailkan ketika kesedaran terhadap sektor dalam talian semakin meningkat dalam kalangan pengguna sejak pandemik COVID-19 bermula.


Tahun lalu, penguatkuasa anti-pencatutan persekutuan AS memfailkan saman terhadap Facebook dan Google aras dakwaan monopoli haram pasaran selain menuntut ganti rugi serta penalti lain. - AFP


Washington dakwa Amazon kerana monopoli e-dagang

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/05/820843/washington-dakwa-amazon-kerana-monopoli-e-dagang

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.