12 Jun 2021

Elisane Silva wanita tertinggi di dunia dari Brazil


Wanita Brazil, Elisane Silva dipercayai menjadi antara wanita tertinggi di dunia dengan ketinggian 2.1 meter (m).


Dia yang menyimpan impian untuk bergelar model sudah bertemu jodoh, tetapi dengan lelaki yang lebih rendah daripadanya.


Daily Star melaporkan, sejak berusia 10 tahun, Elisane mula menyedari ketinggiannya berbeza berbanding rakan sebaya dan ahli keluarga.



Pada ketika itu, ketinggiannya sudah mencapai 1.7m dan ia terus meningkat sehingga dewasa.


Kini, pada usia 26 tahun, ketinggian wanita itu sudah mencapai dua meter.


Ibunya, Ana Maria Ramos hanya berketinggian 1.6m, manakala bapanya Luiz Jorge pula berketinggian 1.7m.


Jadi, ketinggiannya tidak dipengaruhi oleh faktor genetik ibu bapanya.


Namun, ia sebenarnya disebabkan tumor pada kelenjar pituitari yang merangsang hormon tumbesaran wanita itu menjadi lebih banyak.


Elisane tidak menyedari tumor pada tubuhnya sehingga 2010 sehingga dia menjalani ujian pada satu siaran langsung di saluran televisyen.


Ia memandangkan keluarganya sebelum ini tidak berkemampuan untuk membayar ujian seumpama berkenaan.


Secara tidak rasmi juga, dia kini dianggap sebagai wanita tertinggi di Brazil.


Dia sudah berkahwin dengan Francinaldo Da Silva Carvalho yang memiliki ketinggian 1.6m dan dikurniakan seorang anak.


Bagaimanapun, menurut Elisane, kehidupan ketika kecil tidak seindah yang disangka apabila sering digelar 'zirafah' oleh rakan sebaya. - Agensi


Elisane, wanita tertinggi Brazil

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/amerika-selatan/2021/06/716797/elisane-wanita-tertinggi-brazil

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.