5 Jun 2021

Taktik pos dadah dalam alat permainanan guna perkhidmatan kurier kantoi

 

Helah sindiket pengedaran dadah menggunakan alat permainan untuk menyembunyikan dadah sebelum dihantar menggunakan perkhidmatan kurier ke luar negara sejak sebulan lalu terbongkar.


Kegiatan itu terbongkar selepas polis menahan tiga lelaki berusia 24 hingga 32 tahun di Cheras, Jalan Kepong, di sini dan Taman Taming Jaya, Balakong, kelmarin dan Rabu lalu.



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam serbuan itu, polis merampas tujuh kotak mengandungi alat permainan dan dua paket plastik lutsinar berisi dadah disyaki heroin, syabu serta ekstasi bernilai RM42,455.


Menurutnya, operasi itu dijalankan selepas polis menerima maklumat daripada seorang pekerja pusat perkhidmatan kurier di Petaling Jaya yang curiga ketika membuat imbasan beberapa kotak berkenaan pada Rabu lalu.


"Hasil risikan, kita menyerbu kedai serbaneka 24 jam di Batu 9, Cheras pada jam 12.30 tengah hari pada hari sama dan menahan seorang lelaki berusia 32 tahun.


"Susulan itu kita menahan dua lagi lelaki berusia 27 dan 24 tahun masing-masing di sebuah kondominium di Jalan Kepong, di sini pada jam 2 pagi serta Taman Taming Jaya, Balakong jam 6 petang kelmarin," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.


Mohamad Fakhrudin berkata, turut disita wang tunai berjumlah RM188,942 dan sejumlah mata wang asing selain beberapa barang termasuk tujuh jam tangan pelbagai jenama dan dua kereta dengan nilai keseluruhan sitaan berjumlah RM1.14 juta.


"Ujian saringan air kencing pula mendapati seorang suspek positif syabu, manakala dua lagi suspek negatif bahan terlarang berkenaan.


"Semakan mendapati seorang suspek turut mempunyai lima rekod jenayah. Semua suspek masih dalam tahanan reman mengikutSeksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.


Guna alat permainan sorok dadah

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/714104/guna-alat-permainan-sorok-dadah

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.