14 Jun 2021

You Jianzia wanita miliki bulu mata terpanjang di dunia

 

Rekod bulu mata terpanjang di dunia kekal milik seorang wanita dari Changzhou, China dengan kepanjangan 20.5 sentimeter (sm).


You Jianzia memadamkan rekodnya sendiri pada 2016 dengan panjang bulu mata ketika itu 12.5sm.


Namun, lima tahun kemudian panjang bulu matanya meningkat hampir dua kali ganda.



Doktor juga bingung dengan bulu mata wanita itu yang memanjang sehingga mencecah pipinya.


Namun, You percaya bulu mata terpanjang di dunia miliknya adalah 'hadiah' selepas dia menghabiskan lebih setahun bertapa di pergunungan.


"Pertama kali saya sedar bulu mata tumbuh pada 2015 dan ia terus menjadi semakin panjang," katanya.


Beliau juga turut mendapatkan pandangan daripada pakar bagi mengetahui punca bulu matanya semakin panjang.


Bagaimanapun, doktor yang merawatnya tidak mempunyai sebarang jawapan dan menganggap itu ada kurniaan yang menakjubkan.


"Saya juga mengkaji pelbagai bahan ilmiah sama ada ia berkaitan dengan genetik atau punca lain.


"Namun tiada jawapan ditemui malah tiada keluarga yang memiliki bulu mata panjang seperti saya," katanya.


Walaupun masih misteri namun You tetap bangga dengan kelebihan yang dimiliki dan menganggap ia 'hadiah dari Tuhan.'


Hadiah pertapaan

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/06/717583/hadiah-pertapaan

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.