26 Feb 2022

Russia tangguh pelancaran misi angkasa lepas dari French Guiana

Russia menangguhkan pelancaran misi angkasa lepas dari French Guiana dan menarik balik kakitangan teknikalnya sebagai tindak balas ke atas sekatan Kesatuan Eropah (EU) berhubung pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Perkara itu dimaklumkan agensi angkasa lepas Russia, hari ini.



"Sebagai tindak balas kepada sekatan EU terhadap perusahaan kami, Roskosmos menggantung kerjasama dengan rakan kongsi Eropah berhubung penganjuran pelancaran misi angkasa lepas dari Pusat Angkasa Lepas Eropah, Kourou dan menarik balik kakitangan teknikalnya... dari French Guiana," kata Ketua Agensi Angkasa Lepas Russia, Dmitry Rogozin dalam aplikasi Telegram.

Menurut agensi itu, pada masa ini terdapat 87 warga Russia di French Guiana.


Pelancaran Soyuz seterusnya dari Kourou dijadualkan pada 6 April.

Perjanjian antara Agensi Angkasa Eropah dan Russia mengenai penggunaan bersama pelancar roket telah ditandatangani pada 2005.


Ia membolehkan pelancar Soyuz Russia menggunakan pelabuhan angkasa Eropah di French Guiana sebagai pangkalan pelancaran.


Soyuz berlepas buat kali pertama dari pelabuhan angkasa di French Guiana pada 2011.


Khamis lalu, pemimpin Russia, Vladimir Putin, melancarkan serangan besar-besaran ke atas Ukraine yang pro-Barat menyebabkan berpuluh orang terkorban, memaksa lebih 50,000 melarikan diri dari Ukraine dalam tempoh 48 jam saja dan mencetuskan kebimbangan konflik yang lebih besar di Eropah.


Serangan itu telah mencetuskan gelombang sekatan baharu Barat terhadap Russia termasuk larangan eksport yang menyasarkan sektor pertahanan dan aeroangkasa. - AFP


Russia hentikan pelancaran misi angkasa lepas dari French Guiana

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2022/02/927530/russia-hentikan-pelancaran-misi-angkasa-lepas-dari-french-guiana



0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.