Permulaan tahun 2020 sememangnya amat mencabar terutamanya bagi netizen (internet citizen) khasnya keyboard warrior. Pelbagai isu yang datang bertalu-talu memerlukan ulasan yang padu, kritikan, kecaman dari mereka. Hahaa..
Tidak hairan la jika terdapat segelintir wartawan yang menjadikan perkongsian pengguna facebook sebagai salah satu sumber suapan berita. Hahaa..
Terdahulu negara dikejutkan dengan peristiwa "seorang lelaki" memakai pakaian wanita di tanah suci.
Disusuli pula dengan pemergian secara mengejut arwah Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan (Abam Bocey). Alhamdulillah, sikap suka menderma arwah secar diam-diam telah disingkap satu persatu selepas pemergiannya. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Kemudian, dunia seni dikejutkan dengan pemergian arwah Ashraf Sinclair. Kasih sayang isterinya, Bunga Citra Lestari yang tidak bertepi sehingga sanggup menempah slot liang lahad bersebelahan kubur suaminya.
Seterusnya kecoh pula dengan video temubual jutawan kosmetik terkenal dengan balu arwah Abam Bocey semasa menyampaikan sumbangan bagi pihak syarikatnya.
Berlaku pula tindak balas dari pihak keluarga arwah Abam Bocey. Sehingga entri ni ditulis, masih belum selesai-selesai lagi.
Baca ja kat astro awani topik Aliff Syukri dan Ali Puteh untuk info. Banyak pula nak cover nanti kalau diulas. Hahaa..
Kemudian dari semalam 23/02/2020, terdapat ura-ura akan berlaku perubahan pucuk pimpinan negara. Apa yang pasti Tun M telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan YDP Agung telah berkenan melantik beliau sebagai Perdana Menteri Interim.
Apa-apa pun yang berlaku, semoga semuanya dalam keadaan aman dan tidak memberikan impak yang besar kepada rakyat secara amnya dan negara secara khususnya.