• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label Argentina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Argentina. Papar semua catatan

25 Nov 2010

Lelaki Argentina dituduh rogol anak selama lebih 30 tahun

BUENOS AIRES: Seorang lelaki Argentina berusia 62 tahun ditangkap dan didakwa merogol anak perempuannya selama lebih 30 tahun dan menyebabkan anaknya itu melahirkan 10 anak, dalam kes yang "lebih teruk" daripada kes Josef Fritzl di Austria pada 2008, kata seorang hakim.

“Tertuduh menafikan pertuduhan itu tetapi ujian DNA mengesahkan beliau adalah bapa kepada anak yang dilahirkan itu," kata Hakim Virgilio Palud kepada radio tempatan.

Lelaki terbabit dituduh melakukan penderaan seksual berulang kali dan sumbang mahram, jenayah yang membawa kepada hukuman penjara 20 tahun.
Tertuduh yang identitinya tidak dinyatakan, ditangkap Jun lalu kerana mencuri lembu, menyebabkan anak perempuannya itu yang kini berusia 43 tahun, melaporkan perbuatan beliau kepada polis walaupun diancam.

Wanita terbabit yang identitinya tidak dinyatakan, mendakwa beliau dipukul dan dirogol sejak berusia 13 di rumah keluarganya di perkampungan Nicanor Molinas, 600 kilometer ke utara Buenos Aires.

Palud berkata, perbuatan rogol itu menyebabkan wanita berkenaan mengandung dan melahirkan 10 anak yang kini berusia antara 7 dan 27 tahun dan hanya anak sulung yang mengetahui bahawa bapa dan datuknya adalah lelaki sama.

“Ia lebih teruk daripada apa yang berlaku di Austria,” katanya merujuk Josef Fritzl yang dihukum penjara seumur hidup pada 2009 selepas mengurung anak perempuannya selama 24 tahun dan memperoleh tujuh anak serta membunuh seorang daripadanya. - AFP

15 Jul 2010

bola - bola yang pernah digunakan semasa piala dunia

Piala dunia dah berakhir pagi isnin lepas dan juaranya ialah pasukan negara Sepanyol.
Demam Piala Dunia masih lagi terasa..
buktinya masih ada lagi segilintir peminat bola yang belum menukar foto jersi negara pilihan kepada foto profil facebook asal mereka.
Taik² judi yang sememangnya menyokong Sepanyol dari awal perlawanan tentu menang besar tahun ni sebab banyak pasukan pilihan yang tersingkir awal. keh³..
ketahuilah bahawa judi diharamkan oleh Islam!!~
Ada juga yang menyalahkan seekor sotong (Paul) yang kononnya menjadi peramal dan bertindak sebagai penentu kepada kejayaan sesebuah pasukan. karut³!!~

1930 - Uruguay
13 Julai - 30 Julai 1930