Di negara-negara membangun seperti di Asia Selatan, makanan dan politik adalah dua perkara yang sangat berkait rapat. Ini kerana apabila kelazatan makanan kebangsaan mula diganggu, ia mungkin menaikkan kemarahan rakyat sehinggakan ia begitu mudah meruap dan menggoncang kestabilan politik.
Kekurangan bekalan bawang di India, kehabisan stok kelapa di Sri Lanka dan peningkatan harga minyak masak di Bangladesh kini menjadi satu ancaman serius kepada kerajaan di ketiga-tiga negara itu.
Situasi genting itu menjadi lebih daripada satu isu budaya dan negara berbanding kekurangan nutrisi.
Memang benar, tiada siapa yang akan mati kebuluran hanya kerana India keputusan bekalan bawang. Tetapi krisis itu akan menyebabkan rasa makanan mereka terutama kari tidak lagi sama bahkan tidak enak seperti selalu.
ORANG ramai terutama suri rumah berebut untuk mendapatkan bawang di pasaran biarpun harganya melonjak sehingga tiga kali ganda.