• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label Britain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Britain. Papar semua catatan

23 Okt 2021

Mesir tahan Ai-Da robot teknologi kecerdasan buatan Britain

 

Robot teknologi kecerdasan buatan (AI) Britain, Ai-Da ditahan 10 hari oleh pihak berkuasa Mesir kerana disangka pengintip.


Memetik portal Independent, Ai-Da ditahan di lapangan terbang Mesir dan dihantar ke Kaherah menggunakan kargo udara dalam kes penerbangan khas.



Isu itu menimbulkan ketegangan antara diplomat Britain dan Mesir ketika duta besar Britain mengetuai perbincangan untuk menjamin pembebasannya.


Ai-Da dijadualkan mempamerkan karya seninya pada pameran Forever is Now yang bermula Khamis hingga 7 November.


Pemilik Galeri Seni Oxford dan pencipta Ai-Da, Aidan Meller berkata, dia berterima kasih dengan usaha kerja keras Kedutaan Britain dan Art d'Égypte untuk membebaskan Ai-Da yang akhirnya dibebaskan pada petang Rabu.


"Jom kita jelaskan perkara ini. Dia (Ai-Da) bukan perisik. Orang takut robot, saya faham itu.


"Keadaannya berbeza kerana matlamat Ai-Da untuk memberi amaran tentang penyalahgunaan perkembangan teknologi tetapi dia ditahan kerana dia teknologi," katanya.


Mesir 'tahan' robot disangka pengintip

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/10/769316/mesir-tahan-robot-disangka-pengintip

20 Mei 2013

Mohon Suaka di Britain elak jadi Isteri ke-14 Raja Mswati III, Swaziland

Seorang gadis kini memohon suaka di Britain selepas dia ingin dijadikan isteri ke-14 pemerintah Swaziland, Raja Mswati III.

Tintswalo Ngobeni, 22, melarikan diri dari negara di selatan Afrika itu ke England ketika masih berusia belasan tahun selepas menarik perhatian raja berkenaan yang terkenal dengan gaya hidup mewahnya.

Sebagai sebahagian daripada adat Swaziland, Mswati III, 45, dibenarkan memilih isteri baru pada setiap tahun. Tintswalo berkata, dia meninggalkan negara kelahirannya ketika berusia 15 tahun dan kini menetap di Birmingham.

Menceritakan pengalamannya dilamar, Tintswalo berkata, dia menarik perhatian raja itu ketika melawat istana isteri keempatnya, LaNgangaza. “Sejak itu dia mula menghubungi saya di sekolah dan bertanya jika saya mahu menjadi sebahagian daripada keluarganya. “Walaupun ketakutan, saya mendiamkan perasaan itu,” katanya.

14 Sep 2011

Budak temui fosil berusia 160 juta tahun

TAMAN AIR COTSWOLD, Britain - Seorang budak berusia lima tahun, Emily Baldry menemui fosil cangkerang berusia lebih 160 juta tahun selepas menggali tanah dengan menggunakan sebatang penyodok yang selalu digunakan untuk membina istana pasir, lapor sebuah akhbar semalam.
EMILY BALDRY menemui cangkerang berusia lebih 160 juta tahun di Taman Air Cotswold, Britain pada Mac tahun lalu.

Emily menemui fosil seberat 57 kilogram itu yang jarang didapati itu di kawasan Taman Air Cotswold di sini dengan bantuan bapanya Jon, 40, pada Mac tahun lalu.

Fosil lengkap berdiameter hampir 40.6 sentimeter itu berasal daripada haiwan moluska yang mempunyai cangkerang yang hidup di lautan.

5 Apr 2011

TV tertua di Britain dilelong

LONDON - Set televisyen tertua di Britain yang dipasang pada 1936, akan dilelong pada harga bidaan bermula £5,000, (RM24,415), lapor sebuah akhbar semalam.
SET televisyen Marconi 702 yang berusia 75 tahun

Set televisyen jenis Marconi 702 itu yang didatangkan dengan skrin berukuran 30.48 sentimeter, masih berfungsi dengan baik walaupun sudah beroperasi selama 75 tahun.

Ia dibeli pada harga bawah £100 (RM488) oleh seorang lelaki, G. B. Davis selepas tiga minggu siaran televisyen bermula di Britain.

Pada masa itu, cuma terdapat satu saluran di Britain yang bersiaran selama tiga jam setiap hari.

"Set ini dijual oleh keluarga pemilik asalnya (telah meninggal dunia) dan merupakan televisyen tertua di Britain yang masih berada dalam keadaan baik," kata pakar agensi lelongan Bonhams yang mengendalikan lelongan itu, Laurence Fisher. - Agensi

17 Mac 2011

rumah kecil 2 tingkat lebar 2.1m dan luas 28.6m² mahu dijual pada harga £95,000 (RM465,777)

FRAMLINGHAM, Britain - Sebuah rumah kecil dua tingkat yang mempunyai sebuah bilik tidur di Britain bakal dijual pada harga £95,000 (RM465,777) walaupun lebarnya cuma 2.1 meter dan luas 28.6 meter persegi, lapor sebuah akhbar semalam.
SEORANG wanita berdiri di balkoni sebuah rumah kecil di bandar Framligham yang mahu dijual pada harga RM465,777

Kediaman itu yang terletak di sini, dinamakan Rumah Petak dan merupakan antara rumah paling kecil di Britain.

Rumah tersebut pada asalnya merupakan sebahagian daripada struktur bangunan wap.

Sebuah agensi hartanah tempatan yang menjual rumah itu memberitahu, harganya melambung tinggi kerana lokasinya di pusat bandar di sini.

6 Dis 2010

Parlimen Britain diceroboh perisik Russia

LONDON: Seorang wanita Russia yang bekerja sebagai pembantu ahli Parlimen Britain mungkin diusir dari negara itu selepas pihak keselamatan mengesyaki dia bekerja sebagai perisik.

Akhbar Sunday Times semalam melaporkan, selain membantu ahli politik itu, Katia Zatuliveter turut berkhidmat dengan agensi perisikan Russia.

Menurut laporan, Katia, 25, tidak bertindak sebagai perisik aktif, sebaliknya sekadar perisik pasif - dikenali dengan istilah ejen sleeper bagi SVR, sebuah agensi yang khusus mendapatkan maklumat dari negara asing.

Seseorang ejen memang sukar dikesan dan hampir tidak berhubung langsung dengan agensinya tetapi sangat berpotensi dimanfaatkan apabila keadaan memerlukan.