Tahniah kepada yang telah berjaya menyiapkan Field Training Report (FTR). Setelah anda menghantar FTR, bermakna sekarang anda berada di dua peringkat terakhir pensijilan CePSWaM.
• Langkah 1: Mendaftar untuk menghadiri kursus yang berkaitan.
• Langkah 2: Menghadiri kursus kompetensi.
• Langkah 3: Menyiapkan tugasan kursus.
• Langkah 4: Lulus penilaian/ujian.
• Langkah 5: Mendapat sijil kompeten (peringkat pertama)
• Langkah 6: Menyediakan the Field Training Report (FTR).
• Langkah 7: Menghantar FTR.
• Langkah 8: Hadir ke temuduga profesional.
• Langkah 9: Diiktiraf sebagai orang kompeten (oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar)
Suka untuk saya ingatkan ketika menghantar FTR beserta salinan report (cd), pastikan anda menulis alamat email anda sendiri pada satu helaian kertas untuk dikepilkan bersama dengan cd. Ini kerana bukti penerimaan FTR anda akan dihantar melalui email.
Saya telah melakukan kesilapan dengan menulis alamat email HR Manager syarikat dengan beranggapan tindakan ini dapat memastikan proses seterusnya akan berjalan dengan lancar. Malangnya perkara sebaliknya yang terjadi. Hahaa..pengajaran yang sangat berharga bagi saya.
Oh ya...sila print dan simpan email yang diterima ini kerana seperti tertulis dalam Perkara 3, ini merupakan bukti pengesahan status Sijil Kompetensi Setahun anda telah dipanjangkan (SAH) sehingga keputusan akhir pensijilan dikeluarkan.
Ingat lagi Seksyen 49(A) Orang yang berwibawa??
Seseorang pemunya atau penghuni premis hendaklah mengambil kerja seseorang yang telah diperakukan oleh Ketua Pengarah sebagai orang yang berwibawa untuk menjalankan semua atau mana-mana aktiviti yang berikut:
(a) pengendalian kelengkapan kawalan;
(b) Pengurusan buangan terjadual;
(c) Menjalankan kajian;
(d) Penyediaan dan pengemukaan laporan, pelan,cadangan, lukisan kejuruteraan atau dokumen lain yang berhubungan dengan perkara alam sekeliling
Pautan : https://eswis.doe.gov.my/Regulation.aspx
Setelah proses penilaian selesai, anda akan dihubungi oleh Panel Penilai (juga melalui email) berhubung dengan tarikh temuduga .
Persediaan untuk temuduga??
Iye. Seharusnya anda kena sediakan slide presentation dan bersedia untuk sesi soal jawab diakhir sesi temuduga. Sekiranya maklumat tambahan dan penambahbaikan segera perlu dilakukan, anda perlu menyediakannya dan menghantar kepada panel di dalam tempoh yang ditetapkan.
Dengan berakhirnya sesi temuduga dan penghantaran maklumat tambahan (sekiranya ada), maka berakhirlah langkah-langkah bagi pensijilan CePSWaM yang perlu anda lalui.
Anda akan dihubungi sekali lagi bagi pemakluman keputusan akhir Jawatankuasa Panel Penilai Kursus Pensijilan Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Semoga email yang akan anda terima sepertimana di bawah.