• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label Darwin's Arch. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Darwin's Arch. Papar semua catatan

19 Mei 2021

Bahagian atas Darwin’s Arch runtuh akibat hakisan semula jadi.

 

Salah satu formasi batuan di Kepulauan Galapagos telah runtuh dan jatuh ke dalam laut, lapor agensi berita CNN, hari ini. 


Kementerian Alam Sekitar Ecuador berkata bahagian atas Darwin’s Arch yang terletak di sebelah utara kepulauan itu terjatuh ke dalam laut akibat hakisan semula jadi.



Imej struktur batu itu yang kini hanya tinggal dua bahagian tiang dikongsikan di akaun Twitter rasmi kementerian tersebut kelmarin bersama kenyataan yang mengesahkan berita itu.


“Kami melaporkan kejadian runtuhan pada Darwin’s Arch yang terletak kurang satu kilometer dari kawasan utama Pulau Darwin.


“Darwin’s Arch yang terhasil daripada batuan semula jadi merupakan sebahagian daripada Pulau Darwin yang tidak dibuka kepada pengunjung,” tulis kenyataan pada Twitter itu.


Dinamakan sempena nama ahli biologi Charles Darwin, struktur lengkungan itu disifatkan sebagai salah satu lokasi menyelam terbaik di kepulauan Lautan Pasifik yang merupakan sebahagian daripada Ecuador.


Syarikat pelancongan Aggressor Adventures mengesahkan salah satu kumpulan pelancongan yang dibawa syarikat itu telah menyaksikan kejadian tersebut.


“Pagi ini (Isnin) pada pukul 11.20 pagi waktu tempatan, Darwin’s Arch runtuh di hadapan mata pelancong. Kami akan merindui kawasan ikonik ini,” kata syarikat itu. -Agensi


Sebahagian Darwin’s Arch runtuh

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/05/19/sebahagian-darwins-arch-runtuh/


Video dari Youtube