KLANG: Dua pengawal keselamatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, mati ditembak rakan setugas mereka di perkarangan tempat letak kereta kakitangan hospital itu pagi tadi.
P. Mailvanagam , 47, dari Kuala Lumpur dan S. Gunasilan, 22, dari Taman Sentosa di sini, masing-masing terkena satu das tembakan di dada, mati di tempat kejadian.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP Omar Mammah berkata kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati pengawal keselamatan berumur 37 tahun itu terhadap seorang daripada mangsa yang menegurnya kerana tidur semasa bertugas.
"Tindakan seorang daripada mangsa menegur suspek menyebabkan berlaku pertengkaran dan cabar-mencabar antara suspek dan mereka.
"Dalam pertengkaran itu suspek kemudian melepaskan dua das tembakan menggunakan selaras pump gun, satu das tembakan mengenai setiap mangsa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Omar berkata, pengawal keselamatan yang berasal dari Sabah itu menyerah diri di pondok polis HTAR sejurus selepas kejadian itu. Dia baru tiga bulan bertugas di hospital itu.