• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label Magawa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Magawa. Papar semua catatan

13 Jan 2022

Magawa tikus pengesan periuk api mati mengejut

Terdahulu pernah disiarkan kisah mengenai seekor tikus yang mendapat pingat emas keberanian tertinggi PDSA yang setaraf penghormatan kepada orang awam tertinggi United Kingdom (UK).

Magawa tikus pertama terima Pingat Emas Keberanian Tertinggi PDSA

Pautan : https://www.simiey.info/2020/09/magawa-tikus-pertama-terima-pingat-emas.html


Magawa, tikus yang berasal dari Tanzania, banyak berjasa kerana membantu membersihkan periuk api dari kawasan tanah kira-kira 225,000 meter persegi, bersamaan saiz 42 padang bola sepak, sepanjang perkhidmatannya.


Selepas mengesan lebih 100 periuk api dan bahan letupan lain, Magawa bersara pada Jun tahun lalu.


Badan amal, Pembangunan Pengesanan Periuk Api Anti-Personel (APOPO) yang melatih tikus itu dalam satu kenyataan memaklumkan, Magawa mati pada usia lapan tahun.


"Kami semua di APOPO merasai kehilangan Magawa dan kami bersyukur atas kerja luar biasa yang ia lakukan," katanya.




APOPO berkata, Magawa berada dalam keadaan sihat dan menghabiskan sebahagian besar pada minggu lalu dengan bermain seperti biasa.


"Menjelang hujung minggu, pergerakan Megawa mula perlahan, lebih banyak tidur siang dan kurang minat terhadap makanan pada hari-hari terakhirnya," kata badan amal itu.


APOPO melatih Magawa untuk mengesan sebatian kimia dalam bahan letupan, dengan memberi haiwan itu ganjaran makanan kegemarannya iaitu pisang dan kacang tanah.


Magawa akan memberi amaran kepada pemusnah periuk api dengan mencakar tanah berdasarkan deria baunya yang menakjubkan.


Tugas Magawa dapat meliputi kawasan sebesar gelanggang tenis dalam masa hanya 30 minit.


Sebagai perbandingan, penggunaan kaedah konvensional dengan pengesan logam memerlukan empat hari bagi keluasan sama.


Pada September tahun lalu, tikus itu diberikan penghormatan awam tertinggi oleh Britain kerana kebolehannya yang luar biasa untuk mengesan periuk api dan bahan letupan yang tidak meledak.


Ia menjadikan Magawa adalah tikus pertama yang menerima pingat daripada badan amal veterinar British , People's Dispensary for Sick Animals (PDSA) dalam tempoh 77 tahun.


Ada jutaan periuk api diletakkan di Kemboja ketika perang saudara hampir tiga dekad di negara itu.


Tikus 'wira' pengesan periuk api, mati

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2022/01/799418/tikus-wira-pengesan-periuk-api-mati

28 Sep 2020

Magawa tikus pertama terima Pingat Emas Keberanian Tertinggi PDSA

 

Seekor tikus pengesan bernama Magawa dianugerahkan pingat emas keberanian tertinggi untuk haiwan kerana jasanya mengesan periuk api di Kemboja.


Ia adalah pingat setaraf penghormatan kepada orang awam tertinggi United Kingdom (UK).


Pingat itu dianugerahkan kepada tikus gergasi baka Afrika berusia lima tahun berkenaan oleh badan amal Britain, People's Dispensary for Sick Animals (PDSA).


PDSA adalah badan amal untuk membantu haiwan yang cedera dan sakit milik golongan miskin.


Mengikut rekod, Magawa dilatih oleh organisasi Belanda, APOPO yang berpangkalan di Tanzania.


Organisasi berkenaan melatih haiwan untuk mengesan periuk api dan menunjukkan lokasinya kepada manusia.


Sepanjang 'berkhidmat' di Kemboja, Magawa berjaya mengesan 39 periuk api dan 28 peledak yang tidak meletup.


Ia sekali gus membantu pihak berkuasa membersihkan kawasan seluas 141,000 meter persegi atau hampir 35 ekar (kira-kira 14 hektar).


"Ini menjadikan Magawa HeroRat (HeroTikus) paling berjaya serta APOPO sebagai organisasi yang melatihnya. Ia benar-benar unik dan luar biasa.


"Pingat Emas PDSA adalah setaraf anugerah George Cross Britain," kata Ketua Pengarah PDSA, Jan McLoughlin.


Menurutnya, keberanian Magawa secara langsung menyelamatkan kehidupan ramai individu yang mungkin terkena jerangkap samar.


Tikus dapat pingat emas keberanian

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/2020/09/625107/tikus-dapat-pingat-emas-keberanian