• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label SOP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SOP. Papar semua catatan

3 Okt 2021

Kerajaan umum mekanisme dan SOP ibadah umrah November


 Kerajaan akan mengumumkan mekanisme dan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengerjakan umrah pada November depan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.


"Kita akan menyusun mekanisme yang sesuai dan selamat untuk jemaah umrah sebelum kerajaan boleh mengumumkan SOP berkenaan untuk menjamin keselamatan jemaah.


"Mekanisme penghantaran jemaah ke tanah suci serta SOP norma baharu mengerjakan ibadah umrah akan ditetapkan Jabatan Perdana Menteri melalui agensinya Jabatan Wakaf Haji dan Umrah," katanya selepas menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Pengkalan Chepa, hari ini.


Sumbangan berkenaan bagi membolehkan 195 pelatih di pusat itu bercucuk tanam termasuk secara hidroponik.


Mengulas lanjut Ahmad Marzuk berkata, operasi dan kuota untuk penghantaran jemaah bagi ibadah umrah bergantung kepada kelulusan Arab Saudi.


"Kalau Arab Saudi bagi keizinan 100,000 orang jemaah sehari untuk melakukan ibadah umrah, ia satu jumlah yang sangat besar. Kita akan mematuhi apa yang ditetapkan Arab Saudi. Barangkali ada pecahan berapa untuk negara Asia, Malaysia dan lain-lain negara," katanya.


Mekanisme ibadah umrah diumum November

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/871898/mekanisme-ibadah-umrah-diumum-november

Media sebelum ini melaporkan, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kapasiti harian bagi jemaah umrah kini dinaikkan kepada 100,000 orang, bermula kelmarin.

17 Mei 2021

Hukuman lebih berat VVIP dan selebriti langgar SOP Covid-19

 

Sejak akhir-akhir ini kes membabitkan Instafamous atau selebriti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam mengekang wabak COVID-19 menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat yang kebanyakannya mahu hukuman setimpal dikenakan kepada pesalah.


Adakah hukuman denda sahaja memadai bagi memberi pengajaran kepada golongan ini dan bakal pesalah lain?

Anggota polis tetap menjalankan tugas di sekatan jalan raya walaupun hujan lebat susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada Hari Raya Aidilfitri keempat bagi mengawal aktiviti rentas negeri ketika tinjauan di Plaza Tol Gombak semalam. - Foto BERNAMA

Peguam Adi Zulkarnain Zulkafli berpendapat hukuman ringan yang dikenakan kepada golongan itu boleh memberikan impak atau persepsi buruk masyarakat umum terhadap sistem perundangan negara memandangkan golongan berkenaan adalah tokoh masyarakat.


"Setiap tingkah laku serta sahsiah mereka mempengaruhi pengikut atau peminat mereka. Oleh yang demikian, perlu satu hukuman lebih berat dikenakan untuk menyampaikan mesej bahawa tidak ada dwistandard dalam menjatuhkan hukuman," katanya kepada Bernama.


Menurutnya, amat wajar jika hukuman yang dijatuhkan itu setimpal dengan kesalahan yang dilakukan supaya rakyat lebih yakin golongan ini tidak menikmati "keistimewaan" daripada pihak berkuasa.


Tegasnya tindakan sedemikian juga akan membuatkan masyarakat berfikir banyak kali sebelum melakukan kesalahan sama.


Adi Zulkarnain menjelaskan sesuatu hukuman yang dikenakan bertujuan memberi pengajaran kepada pesalah dan juga orang awam agar mereka tidak melakukan perbuatan yang sama.


Pada 20 April lalu, seorang selebriti Instagram, Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed dan suaminya Azharique Shah Abdul Jalil masing-masing dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati memberi maklumat bertulis palsu kepada polis untuk merentas negeri.


Selebriti Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor pula dikenakan kompaun RM20,000 atas kesalahan melanggar SOP penganjuran majlis perkahwinan serta merentas negeri, manakala suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail dikompaun RM10,000 kerana turut sama melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri.


Pada 4 Mei, seorang lagi Instafamous dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka dalam video adegan raya membabitkan anggota polis berpakaian uniform yang dimuat naik di laman sosial miliknya baru–baru ini.


Pendirian sama turut diluahkan peguam Siti Nor Syahidah Ismail yang berpendapat bahawa hukuman lebih berat perlu dikenakan ke atas selebriti kerana masyarakat berpotensi meniru tindakan itu sehingga menyebabkan mereka tidak mengendahkan perintah pihak berkuasa.


"Kadangkala masyarakat akan memandang Instafamous sebagai VVIP, orang yang sentiasa terlepas daripada sebarang bentuk hukuman seperti yang sepatutnya dikenakan kepada orang awam.


"Sedangkan impak perbuatan mereka itu mungkin menyebabkan kesusahan kepada orang ramai. Perlu diingat 'nobody is above the law' dan impak perbuatan mereka ini seolah-olah mereka VVIP yang mana apabila membuat salah tetapi seperti tiada tindakan tegas," katanya. – BERNAMA


Ingkar SOP: Cukupkah sekadar denda kepada Instafamous, selebriti?

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/817469/ingkar-sop-cukupkah-sekadar-denda-kepada-instafamous-selebriti

18 Apr 2021

Ketua Pengarah Kesihatan gesa penerima vaksin Covid-19 patuh semua langkah kesihatan awam dan SOP

 

Seramai 40 kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang selesai menjalani proses vaksinasi dengan menerima dua dos suntikan dikesan dijangkiti COVID-19.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, sembilan kes dijangkiti dalam tempoh lebih dari dua minggu selepas dos kedua dan 31 kes lagi dijangkiti kurang dari dua minggu.


Beliau berkata, ia jelas menunjukkan langkah kesihatan awam termasuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP) masih perlu dilaksanakan kerana COVID-19 masih boleh dijangkiti walaupun selepas melengkapkan vaksinasi, namun dengan gejala kurang serius.



"Seramai 142 kakitangan kesihatan pula dijangkiti selepas dos pertama, namun mereka yang dijangkiti itu mempunyai gejala kurang teruk," katanya di Facebook, di sini, hari ini.


Melalui perkongsian grafik di Facebooknya itu, Dr Noor Hisham berkata, daripada 426 kakitangan kesihatan yang mengambil vaksin, 244 atau 57 peratus tidak dikesan dijangkiti COVID-19 selepas selesai program vaksinasi.


Pada masa sama, beliau berkata, mereka yang sudah menyelesaikan program vaksinasi tidak boleh mengambil ringan semua langkah kesihatan awam dan SOP.


"Meskipun vaksin memberikan sinar untuk kita melawan COVID-19, namun jangan kita membuat kesilapan dengan mengambil mudah langkah berjaga-jaga.


"Ini kerana tiada yang selamat sehingga semuanya selamat. Semua diminta untuk terus mematuhi langkah kesihatan awam 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear) dan amaran daripada KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).


"Selain itu, elakkan 3C iaitu jauhi kawasan sesak (crowded), kawasan sempit (confined) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak dekat (close)," katanya.


Sementara itu, dalam muat naik di akaun Twitternya, Noor Hisham menjelaskan definisi vaksinasi lengkap adalah hanya selepas dua minggu seseorang itu menerima suntikan dos terakhir atau dos kedua.


Sehingga Khamis lalu, seramai 434,301 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dilaporkan berkata, seramai 671,589 individu menerima dos pertama sehingga Khamis lalu, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara ini adalah 1,105,890.


40 kakitangan KKM dijangkiti COVID-19 selepas selesai vaksinasi

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/807772/40-kakitangan-kkm-dijangkiti-covid-19-selepas-selesai-vaksinasi

29 Mac 2021

Polis buka kertas siasatan pematuhan SOP majlis perkahwinan Neelofa

 

Polis sudah membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa, 32,dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).



Menurutnya, siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.


"Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Harian Metro semalam melaporkan selebriti popular, Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, di hotel di sini.


Pasangan itu dinikahkan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor.


Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.


Polis siasat majlis nikah Neelofa

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/03/688819/polis-siasat-majlis-nikah-neelofa

23 Mei 2020

Sekolah ditutup semula selepas satu hari dibuka pelajar positif Covid-19


Pembukaan semula sekolah dilihat sebagai satu pertaruhan yang amat berisiko. Satu-satu kelas mempunyai sekurang-kurangnya 20 orang pelajar. Terdengar desas - desus sekolah akan dibuka beberapa hari lepas khususnya bagi pelajar - pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar seperti SPM, SVM, SPTM dan STAM. Namun masih belum diputuskan kerana keputusan ini bergantung kepada "nasihat" dari KKM.
Belum ada tarikh buka sekolah
Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/05/579066/belum-ada-tarikh-buka-sekolah

Terdapat kebimbangan yang disuarakan oleh para ibu bapa dan pelajar kerana penularan Covid-19 masih belum reda sepenuhnya. Sebilangan ibu bapa akur sekiranya pihak kerajaan akan memulakan sesi persekolahan dalam masa terdekat dan beranggapan mungkin lebih baik dan memudahkan pelajar mengikuti sesi pembelajaran bersama guru di sekolah di mana dapat memberikan tumpuan penuh.
Ibu bapa bimbang lepas anak ke sekolah
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/578028/ibu-bapa-bimbang-lepas-anak-ke-sekolah


Telah terjadi beberapa kes di Seoul dimana sekolah terpaksa ditutup semula ekoran terdapat pejalar positif Covid-19.

Menurut Pejabat Pendidikan Metropolitan Daegu, seorang pelajar senior sekolah tinggi pertanian yang tinggal di asrama disahkan dijangkiti Covid-19, mendorong pihak berkuasa menutup semula sekolah dan semua pelajar lain diarah pulang ke rumah atau dikuarantin, lapor agensi berita Yonhap.



Covid-19: Sekolah tutup, selepas dibuka sehari
Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/2020/05/581461/covid-19-sekolah-tutup-selepas-dibuka-sehari


Apa-apapun, pembukaan semula sekolah memerlukan penelitian yang khusus ke atas prosedur operasi standard (SOP) bagi setiap proses bermula dari pelajar melangkah masuk sehinggalah melangkah keluar dari kawasan sekolah (balik).

21 Mei 2020

Laporan Harian Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) V2.0 MITI


Untuk pengetahuan anda terdapat perubahan pada cara pelaporan Laporan Harian Program Pencegahan Wabak Covid-19 di tempat kerja. Sebelum ini anda dikehendaki mengisi secara terus di laman web Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
Pautan : https://www.simiey.info/2020/04/laporan-harian-program-pencegahan-wabak.html

Bermula 20 Mei 2020, anda perlu mengisi pelaporan melalui One Stop Centre di laman web MITI secara terus.
Pautan : https://notification.miti.gov.my/login



Laporan ini bertujuan untuk mendapatkan status pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Majikan atau penyelaras yang dilantik di tempat kerja bertanggungjawab untuk melengkapkan laporan ini dan mengemukakannya SETIAP HARI.

Pelaporan harian berkuatkuasa daripada tarikh 4 Mei 2020.





Satu laporan bagi satu tempat kerja yg beroperasi (walaupun terdapat seorang pekerja yang bertugas).


Pelaporan perlu dikemukakan berdasarkan kehendak Seksyen 15, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994. Tanggungjawab majikan setakat yang praktik memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya.


Anda terlebih dahulu perlu mendaftarkan akaun dan membaca dan memahami SOP dan Protokol bagi Kelulusan Beroperasi Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Anda perlu mengklik butang "Senarai SOP Terkini".

Terdapat 27 perkara yang terdapat dalam SOP Pembukaan Semula Ekonomi.



Belum pernah mendaftar/mendapat kelulusan MITI.

Setelah proses pendaftaran, anda hanya perlu log masuk menggunakan username dan password yang dah buat. Klik Borang Notifikasi dan seterusnya pilih Notifikasi Beroperasi. Lepas tu klik pada "Daftar Notifikasi Baru".



Dah selesai mendaftar notifikasi, anda boleh terus ke Laporan Harian Pematuhan SOP dan mula buat Daftar Laporan Harian. Rujuk cara di bawah.



Telah mendaftar/mendapat kelulusan MITI.

Setelah login anda tak perlu buat notifikasi beroperasi lagi kerana data anda sudah tersedia. Anda boleh terus ke proses Daftar Laporan Harian.




Daftar Laporan Harian

Klik butang "LAPORAN PEMATUHAN PROSEDUR OPERASI SELAMAT".



Lepas tu klik pada butang "Daftar Laporan Baru" dan mula menjawab soalan-soalan survey yang lebih kurang sama dengan sebelum ni.



OK dah siap. Laporan yang dihantar akan dipaparkan seperti gambar di bawah. Tiada ruangan untuk muat turun jadi hanya rekod online disimpan di web MITI.



Sekiranya anda mengalami error seperti di bawah. Ini disebabkan notifikasi beroperasi belum dibuat/tiada rekod notifikasi beroperasi. Sekiranya anda mendapat kelulusan untuk beroperasi dari MITI sebelum ini..sila guna login yang sama.




Tarikh Kemasikini : 22 Mei 2020