• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label Sebar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sebar. Papar semua catatan

3 Jun 2021

Suri rumah didenda RM5000 sebar berita tidak benar penularan Covid-19

 

Suri rumah menjadi individu pertama di negara ini didenda mengikut Ordinan Darurat selepas mengaku bersalah menyebarkan berita palsu mengenai penularan Covid-19.


Norjannah Rusli, 28, didenda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas dia mengaku bersalah menyebarkan berita palsu menerusi aplikasi telefon pintar di Arau pada April lalu.


Dia membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.



Mengikut kertas pertuduhan, suri rumah berkenaan didakwa menggunakan aplikasi WhatsApp melalui nombor talian yang didaftarkan kepada tertuduh dengan niat untuk menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 8664, Jalan Pauh, Kampung Belukar, Arau pada 10.31 pagi, 18 April lalu.


Tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021.


Pendakwaan dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Perlis, Mohd Nordin Ismail, manakala tertuduh diwakili Zuhair Ahmad Zakuan dan dibantu Siti hajar Che Ahmad dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).


Ketika prosiding, Mohd Nordin berkata, ia adalah kes pertama seumpamanya di Perlis dan walaupun kesalahan berkenaan adalah kesalahan pertama tertuduh namun perbuatannya memuat naik berita yang tidak sahih mengenai penularan Covid-19 di sebuah sekolah di Arau itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk dan guru di sekolah terbabit.


Berikutan itu, pihaknya memohon satu hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat untuk tidak sewenang-wenangnya berkongsi berita atau memuat naik sesuatu berita yang tidak sahih dan benar.


Zuhair yang mewakili tertuduh pula meminta mahkamah mengenakan hukuman ringan terhadap tertuduh disebabkan sedang mengandung.


Selain itu, tertuduh juga mempunyai dua anak berusia empat dan lima tahun serta suami yang baru kehilangan kerja sebagai pemandu lori disebabkan penularan Covid-19.


Zuhair berkata, tindakan tertuduh yang berkongsi berita berkenaan itu hanyalah kerana gesaan kepada masyarakat supaya berhati-hati serta kegusarannya terhadap penularan jangkitan Covid-19 yang semakin naik di negeri itu.


Selain mengenakan denda RM5,000 terhadap tertuduh, Hakim Musyiri turut memerintahkan suri rumah itu juga boleh dipenjara selama lima bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.


Bagaimanapun, tertuduh dilaporkan membayar denda terbabit.


Pada 20 April lalu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis membuat laporan polis berhubung penularan berita di media sosial yang mendakwa sembilan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka disahkan positif Covid-19.


Laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar dan selepas siasatan dilakukan hanya seorang sahaja yang disahkan positif Covid-19.


Suri rumah didenda RM5,000 mengikut Ordinan Darurat

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/712998/suri-rumah-didenda-rm5000-mengikut-ordinan-darurat-metrotv



Itulah..terkadang kita punyai sikap yang sangat prihatin dan mengambil berat. Namun kita sering terlupa satu perkara yang sangat penting..iaitu pastikan kesahihan apa-apa cerita/berita atau apa-apa maklumat yang diterima.

Kerajaan kan dah selalu pesan di media massa "Tak pasti, jangan kongsi.."

6 Feb 2016

Penyebaran virus zika melalui hubungan seks pada air mani

Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan satu kes jangkitan virus Zika dipindahkan melalui hubungan seks, sekali gus meningkatkan kebimbangan wabak itu mungkin tersebar lebih cepat.

Pihak berkuasa kesihatan Texas mengesahkan virus itu disebarkan melalui hubungan seks dan bukan hanya melalui bawaan nyamuk tropika.

 Perkembangan terbaru itu meningkatkan kebimbangan di AS, Kanada dan Eropah kerana Zika sebelum ini hanya dikesan pada pelawat yang pulang dari negara terjejas.