• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label arah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label arah. Papar semua catatan

24 Okt 2020

Perdana Menteri Korea Selatan arah siasatan kematian 32 orang terima suntikan vaksin influenza

 

Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Sye-kyun hari ini mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan berhubung kematian 32 orang selepas menerima suntikan vaksin influenza, lapor Agensi Berita Yonhap.


Jumlah korban itu dicatatkan sehingga tengah malam Khamis, tetapi pihak berkuasa kesihatan setakat ini tidak menemui sebarang kaitan antara vaksin dengan kematian berkenaan.


"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa," kata Chung ketika mesyuarat di ibu pejabat Pusat Keselamatan dan Pencegahan Bencana.


"Pihak berkuasa perlu menyiasat secara terperinci mengenai kaitan vaksin dengan kematian dan membuat pengumuman terbuka berhubung perkembangan siasatan itu."


Beliau berkata, masyarakat masih takut walaupun pakar menafikan kes kematian itu mempunyai kaitan dengan suntikan vaksin influenza.


"Saya meminta Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea berunding dengan pakar dan melakukan yang terbaik untuk mengambil langkah-langkah proaktif dan segera menjelaskan mengenai keadaan itu supaya rakyat tidak takut dapatkan suntikan vaksin," tambahnya.


Semalam, kerajaan mengesahkan program imunisasi tetap akan dilaksanakan.


Korea Selatan menggesa rakyatnya termasuk remaja dan warga emas mendapatkan suntikan bagi mencegah dijangkiti demam selesema selain bertujuan mengekang kemungkinan munculnya "pandemik berkembar".


Ketakutan mengenai vaksin influenza mula tercetus pada Jumaat lalu apabila seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di bandar pelabuhan barat Incheon meninggal dunia, dua hari selepas menerima suntikan berkenaan.


Kejadian serupa juga dilaporkan, kebanyakannya membabitkan warga emas. - BERNAMA


PM Korea Selatan arah siasatan menyeluruh

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/10/745478/pm-korea-selatan-arah-siasatan-menyeluruh

21 Jan 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Conditional Formatting (Bahagian 2)

Tutorial Microsoft Excel 2016 (Tahap Asas)

Conditional Formatting (Penformatan Bersyarat)
Bahagian 2

Di bahagian ini, kita akan melihat beberapa pilihan seterusnya yang terdapat di conditional formatting iaitu membuat bar data, skala warna dan memasukkan set ikon (arah, bentuk, indikator dan penarafan).

Set ikon biasanya digunakan untuk membuat penarafan contohnya membezakan tahap penguasaan pekerja/pelajar, pemarkahan dan sebagainya.

Fungsi ini nampak ringkas tetapi memberikan impak yang besar bagi sesebuah pembentangan data.