• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label awal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label awal. Papar semua catatan

6 Apr 2021

Polis perketat pemeriksaan di sekatan jalan raya elak rentas negeri secara haram sempena awal Ramadan

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan pemeriksaan ketat di setiap sekatan jalan raya bagi memastikan tiada individu cuba merentas negeri balik ke kampung bagi menyambut awal Ramadan, minggu depan.


Setakat ini, terdapat kira-kira 35 sekatan jalan raya diadakan di setiap pintu masuk dan keluar serta sempadan negeri di seluruh negara.


Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, berkata polis tidak akan berkompromi, sebaliknya tindakan tegas diambil terhadap mereka terbabit jika melakukan kesalahan itu.


Beliau berkata, kelonggaran rentas negeri hanya diberi kepada mereka yang mempunyai dokumen perjalanan lengkap dengan kebenaran polis.


"Polis percaya ada peningkatan cubaan rentas negeri untuk balik ke kampung menjelang Ramadan yang dijangka disambut 13 April ini memandangkan pada tahun lalu, tidak dapat berbuat demikian.


"Pelbagai cara akan digunakan orang awam untuk berbuat demikian, jadi di peringkat PDRM kita akan memperketatkan semua pemeriksaan di sekatan jalan raya bagi memastikan tiada yang terlepas.


"Jika dikesan melanggar undang-undang, tiada nasihat diberikan, sebaliknya tindakan undang-undang terus diambil ke atas individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) itu," katanya selepas Majlis Pelancaran Satu Taman Satu Polis Dan Fokus PDRM Kontinjen Melaka 2021 di Bukit Beruang, hari ini.


Yang turut hadir, Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali.


Zainal berkata, sehingga kini terdapat kira-kira 35 sekatan jalan raya diadakan di setiap pintu masuk dan keluar serta sempadan negeri di seluruh negara.


"Jika kes harian COVID-19 meningkat, kita akan tambah jumlah sekatan jalan raya," katanya.


Sementara itu, mengulas Program Satu Taman Satu Polis, beliau berkata, Melaka menjadi negeri perintis bagi inisiatif itu dalam meningkatkan pencegahan jenayah apabila tujuh kawasan perumahan dipilih pada fasa pertama.


"Program ini akan diperluaskan ke seluruh negara jika kajian impak dalam tempoh tiga bulan menunjukkan kesan positif, selain dapat menurunkan kadar jenayah di taman perumahan," katanya.


Polis kawal ketat elak rentas negeri awal Ramadan

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/803724/polis-kawal-ketat-elak-rentas-negeri-awal-ramadan

13 Dis 2020

1000 pembayar zakat terawal melalui Shopee dapat 200 coins percuma

 

Umat Islam kini boleh membuat pembayaran zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi aplikasi Shopee apabila platform e-dagang tersebut dilantik sebagai ejen kutipan terkini LZS bagi memudahkan bayaran zakat secara dalam talian.




Menerusi aplikasi berkenaan, pengguna Shopee boleh menunaikan pembayaran zakat harta serta fitrah tanpa had kepada LZS pada bila-bila masa dengan lebih mudah dan pantas bermula 18 Disember ini.


Para pengguna hanya perlu memilih pembayaran zakat melalui ‘Deals, Top-ups & Bills’ dalam aplikasi Shopee dan ikuti langkah-langkah mudah yang diberikan.

Pembayaran zakat boleh dilakukan melalui dompet mudah alih ShopeePay, kad debit, perbankan atas talian dan pembayaran secara tunai di kaunter 7-Eleven.


Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Saipolyazan M. Yusop berkata, pelantikan Shopee yang merupakan platform e-dagang pertama seumpamanya bekerjasama dengan LZS adalah tepat pada masanya.


“LZS sentiasa mempelbagaikan saluran bayaran bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat dengan selamat, lebih-lebih lagi dalam situasi norma baharu pada masa kini.


"Kerjasama ini dijangka akan dapat membantu ramai pengguna Shopee terutamanya dalam kalangan Muslim menunaikan zakat," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, menerusi aplikasi berkenaan, umat Islam berkemampuan dan memenuhi syarat zakat dapat bersama membantu kelangsungan hidup golongan asnaf di Selangor yang terjejas akibat pandemik Covid-19.


"Pengeluar zakat yang menunaikan zakat di LZS melalui pelbagai saluran pembayaran disediakan termasuk Shopee bermula 1 hingga 31 Disember berpeluang menyertai peraduan Jom Bayar & Menang dan memenangi hadiah menarik bersempena dengan Kempen My2.5.


"Maklumat terkini berkenaan kempen My2.5 akan sentiasa diwar-warkan di saluran rasmi LZS iaitu portal www.zakatselangor.com.my/my2point5 atau Facebook dan Instagram ZakatSelangor," katanya.


Dalam pada itu, kempen zakat di platform Shopee juga akan berlangsung dari 22 Disember hingga 31 Disember 2020 di mana 1,000 pembayar zakat terawal setiap hari sepanjang tempoh kempen akan menerima 200 syiling Shopee.


Boleh bayar zakat melalui Shopee

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/114541/EDISI/Boleh-bayar-zakat-menerusi-Shopee

6 Dis 2010

Doa akhir tahun hijrah dan doa awal tahun hijrah

selamat Tahun Baru Hijrah.
jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun baru hijrah di bawah yer.. :)

Doa Akhir Tahun

baca sebanyak 3 kali penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib


Doa Awal Tahun

baca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib