• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label bahagian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahagian. Papar semua catatan

19 Mei 2021

Bahagian atas Darwin’s Arch runtuh akibat hakisan semula jadi.

 

Salah satu formasi batuan di Kepulauan Galapagos telah runtuh dan jatuh ke dalam laut, lapor agensi berita CNN, hari ini. 


Kementerian Alam Sekitar Ecuador berkata bahagian atas Darwin’s Arch yang terletak di sebelah utara kepulauan itu terjatuh ke dalam laut akibat hakisan semula jadi.



Imej struktur batu itu yang kini hanya tinggal dua bahagian tiang dikongsikan di akaun Twitter rasmi kementerian tersebut kelmarin bersama kenyataan yang mengesahkan berita itu.


“Kami melaporkan kejadian runtuhan pada Darwin’s Arch yang terletak kurang satu kilometer dari kawasan utama Pulau Darwin.


“Darwin’s Arch yang terhasil daripada batuan semula jadi merupakan sebahagian daripada Pulau Darwin yang tidak dibuka kepada pengunjung,” tulis kenyataan pada Twitter itu.


Dinamakan sempena nama ahli biologi Charles Darwin, struktur lengkungan itu disifatkan sebagai salah satu lokasi menyelam terbaik di kepulauan Lautan Pasifik yang merupakan sebahagian daripada Ecuador.


Syarikat pelancongan Aggressor Adventures mengesahkan salah satu kumpulan pelancongan yang dibawa syarikat itu telah menyaksikan kejadian tersebut.


“Pagi ini (Isnin) pada pukul 11.20 pagi waktu tempatan, Darwin’s Arch runtuh di hadapan mata pelancong. Kami akan merindui kawasan ikonik ini,” kata syarikat itu. -Agensi


Sebahagian Darwin’s Arch runtuh

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/05/19/sebahagian-darwins-arch-runtuh/


Video dari Youtube

14 Feb 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 vlookup dan hlookup (Bahagian 6)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Tinggi)

vlookup dan hlookup
Bahagian 6

Bahagian ini adalah merupakan bahagian terakhir bagi vlookup dan hlookup buat masa sekarang. Sekiranya terdapat skill baru yang dipelajari, saya akan lanjutkan dengan Bahagian 7.

Penggunaan vlookup dan hlookup tidak terhad kepada satu fail sahaja. Beberapa kumpulan data boleh diproses dalam satu masa dan dipanggil ke fail terakhir (summary) dengan hanya menggunakan gabungan vlookup dan hlookup dan fungsi if.

Sebagai perkongsian saya menggunakan lebih daripada 5 fail untuk memantau tahap prestasi kesemua pembekal dari segi penghantaran (on-time,lateness), kualiti barang (% OK dan reject), komitmen (enquiry, complaint) dan sebagainya.

11 Feb 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 vlookup dan hlookup (Bahagian 5)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Tinggi)

vlookup hlookup
Bahagian 5


Kita telah mempelajari beberapa cara menggunakan vlookup dan hlookup. Sedikit ulangkaji, vlookup akan memanggil data yang menegak (column) manakala hlookup bagi data yang melintang (row).

Kali ni kita akan belajar cara memanggil data secara menegak dan melintang dalam satu masa. Bermakna gabungan vlookup dan hlookup.

Untuk menggabungkan vlookup dan hlookup tidaklah sesusah yang disangka. Caranya seperti di bawah;

7 Feb 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Pivot Table (Bahagian 2)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Pertengahan)

Pivot Table
Bahagian 2

Kita telah pelajari cara membuat pivot table di bahagian 1. Pada bahagian ini, kita akan mula membuat analisis ke atas jadual yang telah dibuat. Sebelum tu, terdapat satu langkah penting perlu saya terangkan.

Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada data asal, anda perlu refresh data pada tab Analysis. Tab Analysis hanya akan muncul apabila mana-mana bahagian dalam pivot table diklik. Sekiranya Refresh diklik, hanya data pivot table pada worksheet kita bekerja akan diupdate. Semua worksheet pada fail akan diupdate sekiranya Refresh All diklik.

Terdapat 2 cara untuk membuat graf bagi data dari pivot table iaitu dengan menggunakan format yang telah ditetapkan oleh Microsoft Excel atau dengan membuat format sendiri seperti jadual biasa. Graf dengan format jadual biasa mempunyai sedikit kelonggaran berbanding format yang telah ditetapkan.

6 Feb 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Membuat Pivot Table (Bahagian 1)

Microsoft Excel (Tahap Pertengahan)

Membuat Pivot Table
Bahagian 1

Pivot table merupakan salah satu feature Microsoft Excel yang sangat berguna. Dengan menggunakan pivot table kita dapat mengektrak set data yang besar dan besar.

Pivot table menjadi pilihan saya bagi setiap data yang telah direkod kerana semua data ini akan diproses bagi tujuan pembentangan bulanan jabatan.

4 Feb 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 vlookup dan hlookup (Bahagian 4)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Tinggi)

vlookup dan hlookup
Bahagian 4


Kita terus ke pelajaran seterusnya iaitu membuat operasi seterusnya ke atas nilai yang diperolehi dari lookup.

Kita akan melihat contoh menggunakan lookup di dalam fungsi if tunggal serta berganda.
Pelajaran ini akan menjadi mudah sekiranya anda telah betul-betul menguasai fungsi if dan lookup.

Sila tonton video di bawah berulang kali untuk kefahaman. Disebabkan kekangan pada masa rakaman, saya telah memuatkan 2 video bagi modul kali ini.


3 Feb 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 vlookup dan hlookup (Bahagian 3)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Tinggi)

vlookup dan hlookup
Bahagian 3

Seterusnya kita akan mempelajari cara menggunakan hlookup. Kebiasaannya vlookup dan hlookup digunakan bersama-sama dengan beberapa fungsi lain, terutamanya if untuk melengkapkan sesuatu proses.

Dalam video di bawah, saya berbesar hati berkongsi satu template ringkas yang baru saja saya buat pagi ini untuk memantau stok peralatan pelindung diri di tempat kerja. Beberapa trik turut saya gunakan pada template tersebut.


Pertama sekali saya gunakan trip untuk membuat traksaksi penambahan stok atau pemulangan semula kepada nilai positif dan sebarang traksksi pengeluaran kepada negatif. Caranya mudah saja;
Nilai A1 = 5 (proses penolakan)
            = A1*-1
            = -5

Dengan menggunakan trik ini, risiko tersalah key-in dapat dielakkan.


Kedua ialah menggunakan if untuk memanggil kuantiti yang telah ditaip ke kumpulannya dan seterusnya menjumlahkan kuantitinya.

Selepas tu baru lah hlookup digunakan untuk memanggil jumlah kuantiti setiap peralatan pelindung diri (PPE).

Rujuk video di bawah untuk melihat contoh.

2 Feb 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 vlookup hlookup (Bahagian 2)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Pertengahan)

vlookup dan hlookup
Bahagian 2

Sedikit ulangkaji, di dalam Bahagian 1 kita telah membezakan keputusan daripada pemilihan true atau 1 dan false atau 0. kita boleh memilih sama ada menaip perkataan atau menggunakan nombor.

Boleh dikatakan majoriti penggunaan vlookup dan hlookup akan menggunakan false kerana kita akan membanding nilai sebenar ke atas julat data.

Dalam modul bahagian 2, kita akan mempelajari secara terperinci penggunaan vlookup. Saya juga akan menunjukkan trick untuk membuat senarai nama menggunakan data validation.


Sila tonton video di bawah untuk melihat contoh penggunaan vlookup.

Tutorial Microsoft Excel 2016 vlookup dan hlookup (Bahagian 1)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Pertengahan)

Penggunaan fungsi vlookup dan hlookup
Bahagian 1

Pada bahagian ini kita akan belajar cara menggunakan vlookup terlebih dahulu. Sengaja saya asingkan modul vlookup dan hlookup serta pecahkan kepada beberapa bahagian untuk memudahkan pembelajaran.

vlookup secara ringkasnya bermaksud memanggil data yang disusun secara menegak di dalam jadual. Manakala hlookup pula data disusun secara melintang.


Untuk menggunakan fungsi vlookup, formatnya adalah seperti berikut;


=vlookup(lokasi data rujukan,julat data, nombor lajur,format)
=vlookup(A1,A2:B3,3,0)


"True" atau "1" 
Range lookup biasanya dalam susunan menaik daripada atas ke bawah.
Vlookup akan memberikan nilai baris terakhir dengan nilai julat lebih kecil dan sama dengan " <= " nilai rujukan.
Jika tiada baris yang memenuhi kriteria, #N/A akan diberikan.


"False" atau "0" 
Range lookup boleh berada dalam urutan apa pun.
Vlookup akan memberikan nilai dari baris pertama dengan nilai rujukan sama " = "dengan nilai pada jadual.Jika tiada baris yang memenuhi kriteria, #N/A akan diberikan.

Lihat video di bawah untuk melihat cara menggunakan vlookup.


29 Jan 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Conditional Formatting (Bahagian 7)

Microsoft Excel 2016 (Tahap Tinggi)

Conditional Formatting (Persyaratan Berformat)
Bahagian 7

kali ni kita akan belajar cara menggunakan syarat pada 1 sel untuk format beberapa sel yang lain. Kebiasaannya fungsi ni digunakan untuk template data.

Bagi kebanyakan syarikat atau organisasi, template yang dilengkapi conditional format tahap tinggi amat membantu dalam kerja-kerja pemprosesan data.

Berikut adalah contoh template ringkas yang saya gunakan di tempat kerja. Diharap dapat memberikan gambaran lebih jelas tentang modul-modul yang telah dipelajari dan juga yang akan dipelajari di bahagian 7.

22 Jan 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Conditional Formatting (Bahagian 4)

Tutorial Microsoft Excel 2016 (Tahap Pertengahan)

Conditional Formatting (Performatan Bersyarat)
Bahagian 4

Kita teruskan tutorial dengan menggunakan format hanya pada sel yang mengandungi nilai rujukan. Terdapat 8 pilihan yang boleh digunakan bagi tujuan ini iaitu;
a. di antara 
b. tidak di antara 
c. sama dengan
d. tidak sama dengan 
e. lebih besar
f. lebih kecil 
g. lebih besar atau sama dengan 
h. lebih kecil atau sama dengan

Pertama sekali, kita hendaklah mempunyai beberapa nilai rujukan. Barulah penyisihan pada sekumpulan data dapat dibuat menggunakan peraturan ini.

21 Jan 2020

Tutorial Microsoft Excel 2016 Conditional Formatting (Bahagian 3)

Tutorial Microsoft Excel 2016 (Tahap Pertengahan)

Conditional Formating (Performatan Bersyarat)
Bahagian 3

Kita telah mempelajari cara mewarnakan sel bedasarkan nilai-nilai angka pada sel, membuat bar data, skala warna dan memasukkan set ikon (arah, bentuk, indikator dan penarafan) di Bahagian 1 dan Bahagian 2. Sebelum ini kita hanya menggunakan rules (peraturan-peraturan) yang telah tersedia.

Di tahap pertengahan, kita akan belajar cara membuat rule sendiri untuk membuat perkara yang sama seperti sebelum ni.

Di bahagian 3, kita akan format sel yang dipilih berdasarkan nilai yang ditentukan. Kali ini kita akan belajar untuk buat;
a. skala 2 warna 
b. skala 3 warna 
c. bar data 
d. set ikon

Untuk memulakan, New Rule pada Conditional Formatting diklik.