• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label bahasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahasa. Papar semua catatan

20 Feb 2022

Calderon penutur terakhir bahasa asli Yamana meninggal dunia

 


Bahasa asli dari kawasan paling selatan Amerika Selatan lenyap apabila penutur terakhir yang juga pengamal budaya itu meninggal dunia di Chile.


Cristina Calderon meninggal dunia pada 16 Februari lalu pada usia 93 tahun.



Beliau menguasai bahasa Yamana suku Yagan dan menjadi orang terakhir di dunia mahir berbahasa itu selepas kematian kakaknya pada 2003.


Calderon dilapor berusaha memelihara bahasa itu dengan mewujudkan kamus bahasa bersama terjemahan bahasa Sepanyol.


Anak perempuan Calderon, Lidia Gonzalez berkata, kematian ibunya menyebabkan sebahagian budaya etniknya turut berkubur.


Bagaimanapun, katanya, kamus bahasa itu menjadi harapan buat mereka untuk mengekalkan bahasa terbabit.


"Walaupun dengan pemergiannya banyak ilmu empirikal yang sangat berharga hilang dari segi linguistik, kemungkinan untuk menyelamatkan dan mensistematikkan bahasa itu tetap terbuka," katanya.


Gonzalez adalah salah seorang wakil yang merangka perlembagaan baharu di Chile.


Ketika ini, masih terdapat orang Yagan yang tinggal, namun generasi baharu tidak mempelajari bahasa asli yang dianggap "terpencil" kerana kesukaran menentukan asal usul perkataan.


Nenek moyang etnik itu mendiami kepulauan paling selatan benua Amerika Selatan yang kini dikenali Chile dan Argentina.


Kematian Calderon akhiri bahasa asli Yamana

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/amerika-selatan/2022/02/811545/kematian-calderon-akhiri-bahasa-asli-yamana

5 Apr 2010

mengesan tanda-tanda penyakit di rumah



Bahasa tubuh (body language)

Bahasa tubuh yang simieY maksudkan bukan yang kenyit mata, jelir lidah, angkat tangan, etc tu.hehee..
bahasa tubuh yang dimaksudkan ni ialah simpton-simpton dengan kata mudah isyarat yang ditunjukkan oleh tubuh badan kita apabila badan kita tidak sihat atau dijangkiti oleh virus.


sesetengah daripada kita dan simieY juga tidak terkecuali lebih suka mengelak daripada berjumpa dengan doktor apabila mengalami simpton penyakit yang tidak berapa serius.

ada yang beranggapan, tubuh akan menjadi 'manja' @ 'tidak kuat' sekiranya terus disogokkan ubat apabila menghidap penyakit.
setakat ini, belum ada yang tampil untuk membuktikan sejauh mana kebenarannya.

pertunjukan slaid di atas boleh dijadikan rujukan untuk memeriksa keadaan badan di rumah.
sila dapatkan rawatan lanjut di hospital-hospital kerajaan atau swasta untuk maklumat terperinci dan rawatan lanjut.


semoga bermanfaat!!~

dah macam misi lak rasanya :p