• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label bakal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bakal. Papar semua catatan

3 Mei 2021

Bakal jemaah umrah wajib ambil insurans Covid-19

 

Warga asing yang datang ke Arab Saudi dengan visa umrah, lawatan dan pelancongan diwajibkan mempunyai perlindungan insurans terhadap risiko jangkitan COVID-19.


Bank Pusat Arab Saudi dan Majlis Insurans Kesihatan Koperasi mengumumkan semalam mengenai keperluan untuk mengemas kini format polisi insurans dalam hal ini dengan menambahkan liputan untuk risiko jangkitan COVID-19.



Memetik portal berita Saudi Gazette, penambahan syarat itu bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk bukan warganegara Arab Saudi dari luar negara untuk tujuan pelancongan, lawatan dan umrah sekiranya mereka dijangkiti virus berkenaan.


Ini adalah untuk memastikan keselamatan semua pihak selain memastikan akses yang cepat dan mudah dalam mendapatkan rawatan.


Perlindungan insurans merangkumi kos rawatan orang yang dijangkiti, kos prosedur kuarantin dan pemindahan perubatan dalam keadaan kecemasan. - AGENSI


Jemaah umrah wajib ada insurans COVID-19

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/05/813124/jemaah-umrah-wajib-ada-insurans-covid-19

21 Mac 2021

Bakal jemaah haji 2021 wajib ambil 2 dos vaksin

 

Umat Islam yang ingin menunaikan haji tahun ini diwajibkan mengambil dua dos suntikan vaksin Covid-19 terlebih dulu.


Menurut Gulf News yang memetik laporan media tempatan, peraturan terbaharu pihak berkuasa Arab Saudi itu sebahagian usaha kerajaan negara itu mengekang penularan Covid-19.


Peraturan itu diwajibkan ke atas jemaah haji berusia antara 18 hingga 60 tahun yang hanya akan menunaikan ibadah itu berikutan golongan lebih berusia dan berisiko tidak dibenarkan bagi mengelak risiko jangkitan Covid-19.



Jemaah haji yang menetap di Arab Saudi perlu mengambil dua dos suntikan yang dipersetujui kerajaan itu, sebelum hari pertama Zulhijjah.


Bagi jemaah yang datang dari luar pula, diwajibkan mengambil dua dos dari salah satu vaksin yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan suntikan kedua perlu diambil seminggu sebelum berangkat ke Makkah.


Jemaah asing perlu menjalani ujian negatif ujian Covid-19 yang perlu dilakukan 72 jam sebelum tiba di Arab Saudi.


Semua jemaah perlu menjalani kuarantin selama 72 jam selain akan menjalani ujian kali kedua.


Pergerakan haji tahun ini juga sedikit berubah apabila jemaah dibahagikan kepada beberapa kumpulan tidak melebihi 100 orang.


Semua jemaah haji dan petugas berkaitan perlu memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal 1.5 meter di tempat penginapan dan ketika melakukan pergerakan.


Bagaimanapun, sehingga kini tiada pengesahan rasmi mengenai peraturan haji itu atau jumlah sebenar jemaah yang dibenarkan menunaikan haji tahun ini.


Dos lengkap vaksin syarat untuk jemaah haji

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/03/686418/dos-lengkap-vaksin-syarat-untuk-jemaah-haji

5 Mac 2021

Keutamaan vaksin Covid-19 kepada bakal Haji dari Malaysia

 

Mengambil kira pengumuman kerajaan Arab Saudi yang mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 terhadap seluruh bakal jemaah haji, Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh) berpendapat golongan berkenaan perlu diberi keutamaan dalam pemberian vaksin.


Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Sham turut menyeru pembabitan hospital swasta dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi membantu bakal jemaah haji menerima suntikan vaksin tersebut lebih cepat.



"Bagi mendapatkan vaksin, kita kena daftar dan ikut giliran, jadi ini sudah pasti mengambil masa yang lama. Tak boleh potong barisan tapi sekiranya pemberian vaksin boleh dilakukan di hospital swasta, maka golongan ini boleh diberi keutamaan untuk dapatkan suntikan vaksin.


"Hospital swasta boleh membeli vaksin daripada kerajaan dan menjalankan proses vaksinasi sendiri dan secara tidak langsung dapat mempercepatkan imuniti kelompok selain menjimatkan masa dan kos kerajaan," katanya ketika dihubungi Bernama.


Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pengumuman kerajaan Arab Saudi mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 bagi bakal jemaah haji tahun ini bertujuan memastikan kesihatan jemaah berada dalam keadaan yang terbaik serta kelancaran ibadah haji tahun ini.


Fasa 1 program imunisasi itu yang sedang berlangsung hanya membabitkan petugas barisan hadapan. Kerajaan menyatakan individu yang 'memotong barisan' untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.


Sementara itu, Razali turut merayu kerajaan membuka semula sempadan antarabangsa bagi mereka yang ingin mengerjakan umrah sekali gus membantu agensi umrah yang kehilangan pendapatan sejak penularan Covid-19.


Beliau berkata, pihaknya juga memohon kerajaan membenarkan pemain industri membuat kunjungan teknikal ke Arab Saudi bagi mendapatkan maklumat termasuk berkenaan garis panduan prosedur operasi standard sebelum jemaah dari negara ini dibenarkan ke Tanah Suci.


Pada November tahun lalu, kerajaan Arab Saudi memberikan kebenaran kepada umat Islam di negara ini menunaikan umrah selama 10 hari, bagaimanapun kerajaan Malaysia masih tidak membenarkannya selepas mendengar pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd Datuk Md Daud Che Ngah berpendapat pengumuman berkenaan adalah langkah yang amat wajar bagi mengekang penularan Covid-19.


Beliau berpandangan bahawa jemaah haji perlu diberi keutamaan untuk mendapatkan suntikan vaksin, selewat-lewatnya menjelang Aidilfitri ini bagi memudahkan urusan perjalanan.


"Kita berharap sangat keutamaan diberikan kepada jemaah haji. Sebab kalau dilewatkan pemberian vaksin ini, sampai masa nak berlepas ke Tanah Suci, vaksin tak dapat lagi. Sudahlah kuota kita mungkin kecil saja, jadi ini peluang yang tak boleh disia-siakan," katanya.


Md Daud bagaimanapun berkata, suntikan vaksin sebolehnya perlu dibuat di hospital kerajaan sekali gus pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan untuk menentukan tahap kesihatan bakal jemaah haji secara lebih terperinci.


Mohon bakal jemaah haji diberi keutamaan vaksin Covid-19

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/680548/mohon-bakal-jemaah-haji-diberi-keutamaan-vaksin-covid-19

18 Mac 2017

50000 kad kahwin percuma untuk 300 bakal pengantin bertuah bermula Mac 2017

Kad kahwin merupakan antara item yang wajib bagi majlis perkahwinan dan masih perlu ditikberatkan walaupun pelbagai medium seperti facebook, whatsapp, wechat, twitter atau sebagainya boleh digunakan untuk menjemput para tetamu.

Kad kahwin juga boleh dianggap sebagai salah satu penyeri bagi sesebuah majlis dan tidak hairan lah jika ada yang sanggup berhabis bagi mendapatkan rekabentuk kad yang mempunyai unsur "woww" dan "gempak". 

Bagi simieY, ia terpulang kepada bakal penganti asalkan ia tidak sampai ke tahap membebankan.



22 Okt 2010

lagi bakal pengantin hilang (ibu dimaklumkan majikan anak tak ke pejabat)

POKOK SENA: Seorang gadis berusia 25 tahun yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 20 November ini dilaporkan hilang selepas keluar ke tempat kerja di Jalan Pegawai, Alor Setar, pagi Sabtu lalu.

Siti Sakinah hilang selepas ke tempat kerja.

Siti Sakinah Ismail, kerani di sebuah syarikat kuari keluar dari rumahnya di Kampung Kolam, di sini, kira-kira jam 7 pagi untuk bekerja tetapi dia tidak datang ke pejabatnya.

Ibunya, Zaiton Abdul Halim, 58, berkata Siti Sakinah yang memakai baju kurung biru dan tudung merah memandu kereta Perodua Viva miliknya dengan nombor pendaftaran KCB 7249.

Katanya, anak bongsu daripada empat beradik itu bertunang dengan seorang pemuda berusia 24 tahun dari Kuala Sanglang, Perlis seminggu sebelum Ramadan lalu hasil pilihan keluarga.

29 Sep 2010

bakal pengantin hilang!!

PENDANG: Seorang bakal pengantin yang sepatutnya bernikah awal bulan depan, dipercayai hilang sejak seminggu lalu dari rumahnya di Kampung Keda Tanjung Setul, Bukit Jenun, di sini.

Siti Rohani Abidin

Ibu mangsa, Salmah Hasan, 49, mendakwa anak perempuannya, Siti Rohani Abidin, 21, dipercayai mengikut dua lelaki yang juga kenalannya pada awal pagi 20 September lalu.

Katanya, anak ketiga daripada enam beradik itu baru bertunang pada Aidilfitri lalu dengan lelaki pilihannya yang menetap di Pulau Pinang.