• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label balik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label balik. Papar semua catatan

23 Mei 2021

Institusi perbankan terus sedia pelan bantuan bayaran balik pinjaman bagi pelanggan terkesan


Institusi perbankan di negara ini masih menyediakan pelan bantuan bayaran balik pinjaman bagi membantu pelanggan yang terkesan dengan penularan COVID-19.


Ia juga termasuk moratorium pinjaman yang diberikan kepada peminjam yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan, demikian kata Bank Negara Malaysia (BNM).



Justeru, bank pusat menasihatkan peminjam yang menghadapi kesukaran dalam membayar balik pinjaman mereka supaya menghubungi bank masing-masing untuk berbincang dan mendapatkan pakej bantuan yang bersesuaian dengan keadaan kewangan mereka.


Ia berkata, sehingga 26 Mac 2021, institusi perbankan memproses 1.6 juta permohonan bantuan bayaran balik pinjaman, dengan kadar kelulusan 95 peratus.


"Untuk makluman, rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) peminjam tidak akan terjejas dengan bantuan yang diperoleh sepanjang tahun ini.


"Oleh itu, bagi peminjam yang menghadapi kesukaran, tidak perlu khuatir dan boleh terus menghubungi bank untuk berbincang mengenai pilihan yang dapat membantu mereka menguruskan hutang," kata BNM kepada BH.


Bank pusat itu berkata demikian bagi mengulas cadangan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM) yang meminta kerajaan mempertimbangkan moratorium secara bersasar selama 12 bulan mengikut kriteria ditetapkan.


Felo Kanan MTEM, Ahmad Yazid Othman dilaporkan berkata, moratorium itu perlu terhad kepada nilai pinjaman untuk kenderaan berharga RM150,000 ke bawah, nilai hartanah bernilai RM1.5 juta ke bawah dan semua pinjaman bawah RM100,000 tanpa kenaikan kadar faedah.


Beliau berkata, moratorium itu perlu dibuat jika kerajaan tidak dapat melaksanakan moratorium enam bulan bermula Jun sehingga September 2021 membabitkan semua jenis pinjaman perbankan, peminjam wang berlesen, pinjaman kredit termasuk kad kredit.


Sementara itu, BNM berkata, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan pihaknya juga membantu ramai peminjam menguruskan hutang mereka serta membuat tindakan susulan dengan bank peminjam.


Ia berkata, peminjam juga boleh mendapatkan khidmat nasihat atau bantuan lanjut melalui pelbagai saluran yang disediakan, termasuk BNMTELELINK di talian 1300-88-5465 dan AKPK di talian 03-2616 7766.


Dalam pada itu, bank utama di negara ini, Maybank dan CIMB Group baru-baru ini mengesahkan komitmen mereka dengan menyediakan bantuan pembayaran balik pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan individu yang terkesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.


Sementara itu, Moody's Investors Service dalam laporan analisisnya berkata, bank di Malaysia mempunyai kecairan yang kukuh dengan nisbah liputan kecairan sebanyak 147 peratus setakat Februari 2021, kekal tinggi melebihi keperluan minimum 100 peratus.


Katanya, bank di Malaysia dengan unjuran stabil A3 menerima manfaat daripada ekonomi yang pelbagai dan berdaya saing dengan sumber asli yang banyak.


Bank terus tawar bantuan bayar balik pinjaman

Pautan : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/05/819793/bank-terus-tawar-bantuan-bayar-balik-pinjaman

10 Mei 2021

Empat sekeluarga balik kampung berjalan kaki sejauh 400 kilometer

 

Seorang lelaki menjadi perhatian netizen kerana sanggup berjalan kaki ratusan kilometer dari Jawa Tengah ke Bandung untuk pulang ke kampung halaman, lapor laman berita Suara.com semalam.


Bukan itu sahaja, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Dani, 39, turut membawa isteri serta dua anaknya yang masih kecil, masing-masing berusia tiga tahun dan setahun setengah.



Dia terpaksa mengambil keputusan untuk berjalan kaki kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menaiki kenderaan.


Tambahan lagi, pengangkutan awam turut tidak beroperasi susulan perintah larangan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri yang dikenakan oleh kerajaan Indonesia.


“Saya bertolak dari Gombong pada 2 Mei lepas dengan hanya membawa beg dan wang berjumlah 120,000 rupiah (RM34.50).


“Meskipun hanya membawa wang yang sedikit, saya bersyukur kerana sepanjang perjalanan, ada sahaja manusia berhati mulia yang memberi makanan kepada anak-anak saya serta menghulurkan wang,” ujarnya.


Setiap hari, Dani sekeluarga berjalan kaki sejauh 25 hingga 30 kilometer dan berehat di surau atau masjid pada waktu malam.


Dia juga akan menghindar apabila terjumpa dengan anggota polis kerana enggan dikatakan sekadar mahu mendapatkan bantuan daripada kerajaan.


Dani berhasrat untuk terus menetap di kampung kerana sudah kehilangan pekerjaan lamanya di Gombong. 


Jika tiada halangan di sepanjang perjalanan, dia sekeluarga dijangka tiba di Bandung pada hari kedua perayaan Aidilfitri. – AGENSI


Jalan kaki beratus kilometer untuk balik kampung

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/05/09/jalan-kaki-beratus-kilometer-untuk-balik-kampung/

23 Feb 2016

Keris Hang Tuah akan dibawa balik dari Okinawa

Pasukan Pengkaji Sejarah Universiti Putra Malaysia (UPM) akan membawa pulang keris yang dipercayai milik Hang Tuah yang kini berada di Okinawa, Jepun untuk kajian lanjut.

 Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM Dr Rohaidah Kamaruddin berkata, keris terbabit dipercayai menjadi lambang diplomatik antara kerajaan Melaka dan Ryukyu (Okinawa) ketika lawatan pahlawan itu pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah.

 Beliau berkata, keris berkenaan adalah penting untuk menunjukkan Hang Tuah pernah ke Jepun sebagai ‘Duta’ selain membuktikan kerajaan Melaka ada menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara lain pada masa itu.

23 Jan 2016

Dr. Vida tarik balik Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block dalam pasaran

Syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd. menarik balik produk keluaran syarikat tersebut iaitu Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block dalam pasaran negara dan Brunei buat sementara waktu, berkuat kuasa serta-merta. 

Pengasasnya, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr. Vida berkata, pihaknya akan melakukan satu penelitian khusus terhadap produk tersebut memandangkan sebelum ini tidak pernah berlaku masalah seumpama itu.