• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label bank. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bank. Papar semua catatan

20 Feb 2022

Bank dunia lulus guna RM4.19 billion tabung amanah Afghanistan yang dibekukan

Bank Dunia meluluskan rancangan menggunakan kira-kira AS$1 bilion (RM4.19 bilion) daripada tabung amanah Afghanistan yang dibekukan untuk program pendidikan, pertanian, kesihatan dan keluarga, menurut kertas bank dan dua sumber.

Langkah itu dilihat sebagai satu rangsangan besar kepada usaha meredakan krisis kemanusiaan dan ekonomi negara yang semakin teruk.




Pelan yang digariskan dalam kertas yang dilihat oleh Reuters pada Jumaat adalah untuk memintas pihak berkuasa Taliban dengan mengagihkan dana dalam Tabung Amanah Pembinaan Semula Afghanistan (ARTF) yang ditadbir Bank Dunia melalui agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ia akan dibincangkan oleh Lembaga Bank Dunia pada 1 Mac, menurut sumber.

Penderma dana perlu memberikan kelulusan untuk mengeluarkan wang daripada tabung itu.

Langkah itu akan menyusuli kejayaan pengeluaran AS$280 juta (RM1.2 bilion) daripada dana amanah yang sama kepada Program Makanan Sedunia (WFP) dan agensi kanak-kanak PBB UNICEF untuk menyokong pemakanan dan kesihatan di Afghanistan sejak beberapa bulan lalu.

Menurut kertas Bank Dunia, rancangan itu adalah untuk "menyediakan lebih daripada AS$1 bilion sumber ARTF pada 2022."

Menyedari keadaan masih tidak berubah, pelan itu menyasarkan fleksibiliti dengan membuat empat pengeluaran berjumlah AS$600 juta (RM2.5 bilion) dan selebihnya "atas asas keutamaan" untuk sepanjang tahun ini.

Matlamatnya adalah untuk melindungi mereka yang terdedah, membantu memelihara modal insan dan institusi ekonomi dan sosial utama dan mengurangkan keperluan untuk bantuan kemanusiaan masa depan, menurut kertas Bank Dunia.

Bank itu meminta dana berkenaan digunakan untuk program keselamatan makanan, kesihatan dan pendidikan.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres bulan lalu menggesa baki AS$1.2 bilion (RM5.02 bilion) dana itu dikeluarkan untuk membantu rakyat Afghanistan menjalani kehidupan pada musim sejuk sambil menekankan: "Masa adalah penting

PBB memberi amaran hampir 23 juta orang iaitu kira-kira 55 peratus penduduk negara miskin itu berdepan risiko tahap kelaparan yang melampau dengan hampir sembilan juta berisiko kebuluran.

Berbilion dolar dalam rizab bank pusat Afghanistan, dana amanah yang ditadbir Bank Dunia dan bantuan kewangan asing dibekukan bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan Taliban.

Kumpulan itu merampas kuasa pada Ogos lalu ketika tentera asing meninggalkan Afghanistan selepas perang berlangsung selama 20 tahun.

Perunding kanan kumpulan pemikir Kumpulan Krisis Antarabangsa, Graeme Smith, berkata rancangan Bank Dunia itu akan menyediakan wang yang sangat diperlukan dan pada masa sama berupaya mengelak campur tangan Taliban, yang pemimpinnya berada di bawah sekatan Amerika Syarikat (AS) dan PBB.

Pelan Bank Dunia menetapkan "syarat minimum untuk akses dan ekuiti" bertujuan untuk memastikan kanak-kanak perempuan dibenarkan ke sekolah, guru wanita boleh bekerja, wanita dimasukkan ke dalam majlis komuniti, isi rumah diketuai wanita menerima bantuan makanan dan pekerja kesihatan wanita dibenarkan bekerja.

Ia memerlukan kira-kira AS$150 juta (RM627 juta) untuk diagihkan melalui UNICEF kepada lebih 200,000 guru yang tidak dibayar lebih enam bulan.

Sebanyak AS$100 juta (RM418 juta) lagi akan diperuntukkan untuk meningkatkan daya tahan masyarakat, AS$150 juta hingga AS$200 juta (RM837 juta) untuk keselamatan makanan, dan AS$150 juta untuk program kesihatan.

AS minggu lalu mengumumkan rancangan untuk membenarkan separuh daripada AS$7 bilion (RM29 bilion) aset bank pusat Afghanistan yang dibekukan di Federal Reserve Bank of New York digunakan untuk membantu rakyat Afghanistan. Selebihnya adalah untuk memenuhi tuntutan undang-undang berkaitan keganasan terhadap Taliban. - REUTERS


Bank Dunia lulus pelan guna AS$1 bilion dana amanah Afghanistan

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2022/02/924384/bank-dunia-lulus-pelan-guna-as1-bilion-dana-amanah-afghanistan

1 Jul 2021

Terima RM207 bilion dari bank secara tidak sengaja

 

Seorang wanita di Louisiana menjadi bilionair segera apabila wang berjumlah AS$50 bilion (kira-kira RM207 bilion) dimasukkan secara tidak sengaja di dalam akaunnya.


Ini menjadikan isteri kepada Darren James sebagai individu ke-25 terkaya di dunia namun gelaran itu hanya bertahan selama empat hari.



Lelaki berusia 47 tahun dalam temu bual bersama Fox berkata, dia terkejut apabila mengetahui wang sebanyak itu didepositkan ke dalam akaun isterinya, awal bulan ini.


"Saya amat terkejut apabila isteri menunjukkan baki dalam akaun banknya. Kami menjadi bilionair sekelip mata," katanya.


Menurutnya, dia dan isteri terfikir mengenai pemilik duit berkenaan kerana tidak mengenali sesiapa yang mempunyai wang sebanyak itu.


Dia juga ada terfikir mungkin ini adalah peninggalan bapa saudara yang kaya kepadanya.

Jika benar, ini menjadikan dia sekeluarga berada di kedudukan lebih tinggi daripada bilionair yang juga pengasas Nike iaitu Phil Knight dalam senarai individu terkaya Forbes.


"Perasaan ini sesuatu yang menakjubkan kerana melihat banyak angka sifar di dalam akaun bank," katanya.


Isterinya kemudian menghubungi Chase Bank selepas wang itu terus berada di dalam akaunnya selama empat hari.


"Ia sangat mengujakan walaupun saya tidak dapat berbuat apa-apa dengan wang berkenaan," katanya.


Katanya, dia dan keluarga bagaimanapun sedar bahawa wang berkenaan bukan kepunyaan mereka.


Mereka juga boleh didakwa sebagai pencuri jika menggunakan wang berkenaan.


Dalam pada itu, Chase Bank memaklumkan isu berkenaan sudah selesai dan berlaku disebabkan masalah teknikal sistem.


"Kami menghadapi masalah teknikal minggu lalu menyebabkan beberapa kesilapan berlaku," katanya.


Kaya hanya 4 hari

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/724873/kaya-hanya-4-hari

18 Jan 2021

Bank lanjut moratorium dan bantun bersasar kepada mangsa banjir

 

Pemain industri perbankan bersedia melanjutkan moratorium dan bantuan pembayaran balik pinjaman atau pembiayaan bersasar sedia ada kepada mereka yang layak dan terkesan susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri.


Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM) dalam satu kenyataan bersama berkata, bank juga mengumumkan lanjutan bantuan kewangan kepada mangsa banjir di beberapa negeri.


Beliau berkata, susulan itu, mereka yang terkesan diminta menghubungi bank masing-masing untuk mendapatkan bantuan terbabit.


Katanya, lanjutan itu terpakai kepada skim Bantuan Pembayaran Balik Bersasar yang diumumkan sebelum ini, terutama mereka yang kehilangan pekerjaan pada 2020 atau 2021, yang mana mereka boleh memohon bantuan pembayaran untuk tempoh tiga bulan pada bila-bila masa, pada atau sebelum 30 Jun 2021.


"Selanjutnya adalah individu yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan berikutan pandemik boleh memohon untuk mengurangkan pembayaran balik sejajar dengan pengurangan pendapatan mereka.


"Bagi mereka yang berada dalam kumpulan M40, penerima Bantuan Prihatin Nasional, bank bersetuju untuk pengisytiharan sendiri.


"Bagi individu dalam kategori B40 yang berdaftar dalam pangkalan data Bantuan Sara Hidup atau Bantuan Prihatin Rakyat boleh meminta penangguhan ansuran selama tiga bulan, atau mengurangkan ansuran mereka sebanyak 50 peratus selama enam bulan," katanya.


ABM dan AIBIM berkata, bagi enterpris mikro dengan pinjaman atau pembiayaan, yang mana jumlah kemudahan asal sehingga RM150,000 boleh meminta untuk penangguhan ansuran tiga bulan atau mengurangkan bayaran ansuran sebanyak 50 peratus untuk enam bulan.


Menurutnya, bantuan pembayaran balik bagi B40, M40 dan enterpris mikro layak untuk pinjaman atau pembiayaan diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan tidak tertunggak lebih 90 hari pada tarikh permohonan bantuan pembayaran balik dihantar kepada bank.


Semua peminjam atau pelanggan lain yang menghadapi kesukaran untuk membuat pembayaran juga dialu-alukan untuk menghubungi bank mereka bagi membincangkan pakej bantuan pembayaran balik yang sesuai dengan keadaan tertentu mereka.


Pada 31 Disember 2020, lebih 1.3 juta permohonan bantuan pembayaran balik diterima, dengan kadar kelulusan 95 peratus.


Sementara itu, Pengerusi ABM dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias, berkata, bank kekal komited untuk membantu pelanggan yang terus berdepan cabaran persekitaran semasa.


Beliau berkata, bank dapat menyesuaikan skim bantuan kewangan khusus dengan keadaan peminjam supaya mereka dapat menstabilkan keadaan kewangan mereka dengan pantas dan menumpukan perhatian pada aspek lain dalam kehidupan mereka yang mungkin memerlukan lebih banyak perhatian.


Selain itu, Presiden AIBIM dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic, Datuk Adissadikin Ali berkata, beliau yakin negara lebih bersedia dan begitu juga peserta perbankan dan rakyat dalam menempuh tempoh mencabar ini.


Menurutnya, komunikasi antara pelanggan terjejas dan bank mesti berterusan bagi manfaat kedua-dua pihak.


"Bantuan pembayaran masih tersedia untuk mereka yang terjejas," katanya.


PKP 2.0: Bank sedia lanjutkan moratorium, bantuan bersasar

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/01/665396/pkp-20-bank-sedia-lanjutkan-moratorium-bantuan-bersasar


26 Mac 2020

Zoo Negara perlukan dana ketiadaan pengunjung sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19

Semalam 25 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia telah membuat beberapa pengumuman khas berkaitan Covid-19. Antaranya ialah tempoh perintah kawalan pergerakan dilanjutkan sehingga 14 Apri 2020. Seperti yang telah diagak kerana kedegilan rakyat Malaysia. Apa yang sangat mnyakitkan hati antara alasan yang diberi ketika ditanya semasa sekatan jalan oleh pihak polis dan tentera ialah "Keluar sebab nak siram pokok di Pejabat".
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/669152/covid-19-keluar-sebab-nak-siram-pokok-di-pejabat?fbclid=IwAR32SZeKCvfcqJwqpaLjvCS7PqOTdIJzhshhS8RGW1a2nUp0EFtRYgQMxEI

Adakah pokok-pokok tu lebih berharga dari nyawa????????

Antara pengumuman lain ialah Penangguhan automatik bayaran pinjaman bank mulai 1 April sebagaiman diulas secara terperinci di MYsumber.
Pautan : https://www.mysumber.com/moratorium-bank.html


Pasti sebilangan rakyat Malaysia menarik nafas lega dengan pengumuman ini.

Apa yang saya ingin kongsikan di entri ini adalah berkaitan keperluan mendesak pihak Zoo Negara ekoran ketiadaan pengunjung sepanjang perintah kawalan pergerakan ini.

20 Jan 2012

Guru terkejut akaun bank ada RM30.59 bilion

KOLKATA, India - Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion).

Guru itu, Parijat Saha (gambar), 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).

16 Jan 2012

Majlis fatwa haramkan bank susu ibu

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan bahawa cadangan penubuhan bank susu ibu adalah haram.
Ini kerana tindakan itu boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram.


12 Jan 2012

Domain .sport .NYC dan .bank bakal dijual

NEW YORK: Tawaran akan mula dibuka untuk pembida mendapatkan hak penggunaan domain seperti “.sport”, “.NYC” dan “.bank” untuk digunakan bersama “.com” yang meluas kini.

8 Okt 2009

~ lupa password



smalam gatal nak ubah2 password, arini dah lupa..

dah mencuba dgn tekun 4 5 kali.
nah kluar benda alah ni..

You have entered an incorrect Password and have exceeded the maximum login attempts
As such, your access has been deactivated by the system. Our Customer Support Helpdesk is unable to reset or provide your existing password because your Password is only made known to you.

padan muka kawe.huhuu..
berikut ape yang dibualkan di bank awam siang tadi..
simieY® :  assalamualaikum cik.tumpang tanya

org bank :  waalaikumussalam.apa dia

simieY® :  saya lupa password perbankan on9. camane nk reset.

org bank :  oic, adik buka akaun kat bank mana aritu
* eh, sejak bila lak bank awam ni ada link dgn bank2 lain
simieY® :  saya buka akaun d bank awam parit raja

org bank :  ohh...adik kena pergi reset password kat sana. kat sini untuk orang yang buka akaun kat sini ja.

* satu bank pun lain2 kepala ke.huhuu...
simieY® : terima kasih cik.

balik kilang telefon dia punya customer support helpdesk. dapat 3 peluang lagi cuba,tapi hampa gak.
nampaknya lambat lagi baru boleh reset password.huhuu..

kadang2 kawe pun agak bengang jugak dgn karenah birokrasi sesetengah bank.

duk tgh2 bengang tu, teringat lak satu cerita masa nak buka akaun bank bulan 5 tempoh hari.