• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label bantahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bantahan. Papar semua catatan

2 Jun 2021

Malaysia hantar nota bantahan diplomatik 16 pesawat China ceroboh ruang udara

 

Wisma Putra akan mengemukakan nota bantahan diplomatik kepada China berhubung 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang menceroboh ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM) dan menghampiri ruang udara nasional, semalam.


Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menyifatkan tindakan 16 pesawat PLAAF itu sebagai 'pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia'.



Sehubungan itu, beliau berkata, Kementerian Luar akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk mendapatkan penjelasan berhubung pencerobohan itu.


"Berdasarkan laporan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kementerian Luar akan mengemukakan nota bantahan diplomatik terhadap pencerobohan itu kepada kerajaan China.


"Kementerian Luar juga akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk mendapatkan penjelasan pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia oleh 16 pesawat PLAAF.


"Selain itu, saya akan membangkitkan kebimbangan serius berhubung perkara ini kepada rakan sejawat di China," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Terdahulu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad dalam satu kenyataan, memaklumkan TUDM memintas 16 pesawat PLAAF yang dikesan menceroboh ZMM Kota Kinabalu (KK) IFR semalam.


Pesawat berkenaan yang dikesan Radar Pertahanan Udara TUDM dari Pusat Pertahanan Udara Sarawak pada jam 11.53 pagi, terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika antara satu sama lain.


Beberapa arahan supaya pesawat berkenaan menghubungi kawalan trafik udara KK IFR tidak dipatuhi, sekali gus TUDM melancarkan pesawat pemintas pada jam 1.33 tengah hari untuk melakukan identifikasi visual.


Hishammuddin menegaskan, pendirian Malaysia tidak akan sesekali berkompromi dalam aspek keselamatan negara meskipun memiliki hubungan diplomatik dengan mana-mana negara.


"Pendirian Malaysia jelas, iaitu tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan negara walaupun memiliki hubungan diplomatik yang baik dengan mana-mana negara sekali pun.


"Malaysia tetap teguh dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan negara," katanya.


Malaysia hantar nota bantahan 16 pesawat China ceroboh ruang udara

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/823368/malaysia-hantar-nota-bantahan-16-pesawat-china-ceroboh-ruang-udara