• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label barang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label barang. Papar semua catatan

16 Mei 2020

Pos barang dari kelantan ke Kuala Lumpur sampai dalam masa 1 jam

Terima kasih Firefly Airlines !!๐Ÿ˜

Baru ambo tahu boleh pos barang dengan Fifefly. 1 jam dah smpai KL.

Adik ambo ni dudk KL, dio call ko umi ambo nak mkn ketupat palas, nok sekut rayo, nok lada solok, nok kueh kelate๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜…. Nok suruh ata KL. Nok pos ke KL rasanya lepas raya baru sapa.haha


Kita try guna khidmat Firefly, ambo pun baru tahu. Senang dan jimat masa. Harga pun takde la mahal sangat. Boleh tengok resit dalam gambar deh. Berat barang ambo pos 5.2kg jugak.

Kalau anda semua nk gunakan khidmat Firefly dalam masa seminggu sebelum raya ni, very recommended!


Langkah-langkahnya mudah je :

1. Mula-mula adik saya call Firefly Centre tanya. Centre kata boleh pos barang.
2. Cek dekat laman web Firefly untuk dapatkan jadual penerbangan dari destinasi anda ke tempat tujuan.
3. Sediakan barang-barang untuk dihantar
4. Terus ke kaunter Firefly dan isi form utk pengeposan.
5. Timbang, bayar dan check in barang. Ada nombor tracking flight dia akan tampal dekat kotak.
6. 1jam je barang sampai.
7. Pengirim dan penerima akan menerima mesej dari Firefly apabila barang selamat berlepas dan tiba ke destinasi.
8. Adik saya sedia menunggu di airport utk ambik barang.



Mudah, murah dan jimat masa!
Hanya RM21.20 untuk 5.2kg.

Berbaloikan!๐Ÿคฉ

Kredit : Hazalina Hamzah
Pautan : https://www.facebook.com/hazalina.hamzah.1/posts/1203300116688768

25 Jan 2012

Barang kemas RM15,000 dalam poket baju kurung dipakai hilang

KUALA KEDAH - Tindakan seorang warga emas membawa barang kemas yang dianggarkan bernilai RM15,000 sewaktu keluar berjalan bersama anak-anaknya mengundang padah apabila barang tersebut lesap tanpa disedari.

Mangsa, Azizah Abdul Hamid, 66, berkata, kejadian berlaku pada 31 Disember tahun lalu dan dia hanya menyedari barangnya hilang semasa hendak menunaikan solat Isyak di rumah.

Menurutnya, barang kemas termasuk cincin berusia lebih 100 tahun itu dibalut dengan sapu tangan dan diletakkan di dalam poket baju kurung yang dipakai.

“Kebiasaannya saya tidak membawa barang kemas sewaktu keluar berjalan dan menyimpannya di rumah, namun pada hari tersebut saya terpaksa membawanya kerana tiada siapa di rumah.


“Saya tidak menyangka langkah berjaga-jaga itu mengundang padah apabila barang tersebut hilang tanpa saya sedari bagaimana kejadian itu boleh berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kota Nelayan.

Selain cincin berusia lebih 100 tahun, Azizah turut meletakkan empat gelang tangan, seutas rantai tangan, sepasang subang, dua bentuk cincin dan loket.

Azizah berkata, dia sendiri buntu dengan kejadian yang berlaku kerana bungkusan itu hilang begitu sahaja tanpa disedari, walaupun dia ada memeriksa poket baju kurungnya sepanjang perjalanan dia ke pusat membeli belah dan kedai makan di Kuala Kedah.

Lebih menghairankan, katanya, dompet bersama kad pengenalan yang disimpan dalam poket sama, tidak hilang dan masih dalam keadaan baik.

“Selepas kejadian itu, perasaan saya sentiasa tidak menentu dan hanya memikirkan bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

“Lagipun barang kemas ini adalah harta yang saya ada, terutama sewaktu terdesak dan digunakan bagi menampung perbelanjaan dapur harian untuk keluarga saya setelah kematian suami sejak 12 tahun lalu,” katanya yang hanya mengharapkan wang pencen suami RM300 sebulan untuk perbelanjaan harian mereka sekeluarga.

Azizah membuat laporan polis pada 16 Januari lalu, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan berharap sekiranya ada individu yang menjumpai bungkusan barang kemas itu agar memulangkannya semula.

Sumber asal: Sinar Harian


simieY: mungkin makcik simpan kat tempat lain tapi dah lupa. agak mustahil boleh hilang kalau disimpan di dalam poket..