• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label bekas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bekas. Papar semua catatan

20 Ogo 2021

Bekas pesakit SARS imun varian COVID-19

 

Pakar mendapati pesakit yang pulih daripada jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2003 memiliki imuniti terhadap semua varian COVID-19 yang diketahui.


Mereka yang menerima vaksin Pfizer-BioNTech itu dapat menghasilkan antibodi untuk meneutralkan semua varian COVID-19 yang diketahui selain mampu mengatasi coronavirus haiwan yang berpotensi.



Penemuan ini dapat membantu menghasilkan suntikan penggalak atau 'booster', yang mungkin menyasarkan secara khusus virus SARS-CoV-1 yang bertanggungjawab terhadap wabak SARS pada 2003.


The Straits Times melaporkan, kajian saintis Sekolah Perubatan Duke-NUS dan Pusat Nasional Penyakit Berjangkit (NCID) itu diterbitkan dalam laporan The New England Journal of Medicine semalam.


Dalam menguji hipotesis mereka, penyelidik mendapatkan lapan orang yang pulih daripada SARS-CoV-1, 10 orang yang sihat dan 10 yang pulih daripada COVID-19.


Penyelidik program Penyakit Berjangkit Baharu (EID) Duke-NUS dan pengarang kanan kajian itu, Dr Wanni Chia, berkata pasukannya membandingkan tindak balas imun tiga kumpulan itu sebelum dan selepas mereka diberi vaksin COVID-19.


"Sebelum mendapat vaksin, mereka yang pulih daripada SARS mempunyai antibodi peneutralan yang dapat dikesan terhadap virus SARS-CoV-1, tetapi mempunyai sedikit atau tidak ada antibodi terhadap virus SARS-CoV-2.


"Namun, selepas menerima dua dos vaksin Pfizer, mereka yang menjalani kajian ini menunjukkan tahap antibodi peneutralan tinggi terhadap dua virus terbabit selain spektrum antibodi yang luas terhadap 10 sarbecovirus.


"Ini ialah kumpulan virus terdiri daripada SARS-CoV-1 dan SARS-Cov-2, yang menyebabkan COVID-19 serta sejumlah coronavirus yang disebarkan antara haiwan seperti kelawar, tenggiling dan musang," katanya.


Penyelidik program Duke-NUS EID, Prof Wang Linfa, berkata dengan pengetahuan baru itu, vaksin penggalak boleh dihasilkan bagi meningkatkan perlindungan seseorang daripada varian COVID-19, dan potensi penyakit SARS-CoV-3 atau SARS-CoV-4.


"Pasukan ini juga sedang berusaha menghasilkan rawatan COVID-19 menggunakan antibodi daripada pesakit SARS yang pulih dan sudah divaksin terhadap COVID-19.


"Bagi kajian lebih lanjut, kami berharap dapat merekrut lebih ramai pesakit SARS yang pulih termasuk mereka yang masih belum mendapat suntikan COVID-19, bagi menyiasat jumlah perlindungan yang dapat ditawarkan daripada satu suntikan.


"Ini termasuk mereka yang disuntik dengan vaksin lain seperti Moderna dan Sinovac, bagi memahami tahap perlindungan yang dapat diberikan," katanya.


Pihaknya juga percaya hasil yang sama akan diperoleh walaupun vaksin yang berbeza digunakan, namun mengakui bahawa secara ilmiah, perlu ada data sebenar untuk membuktikannya. - AGENSI


Antibodi bekas pesakit SARS mampu atasi varian COVID-19

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/08/853511/antibodi-bekas-pesakit-sars-mampu-atasi-varian-covid-19

13 Apr 2020

Plasma darah bekas pesakit jadi serum lawan virus Covid-19

Terdahulu beberapa portal berita telah membuat liputan berkaitan bekas pesakit Covid-19 yang sembuh telah menjadi penderma pertama plasma darah negara bagi tujuan rawatan virus Covid-19. Pesakit ke-46, Covid-19, Reza Huzairi Zainudin, 41 telah dijangkiti ketika gelombang kedua. Dia yang baru tiga minggu pulih daripada jangkitan Covid-19 menderma 500 mililiter (ml) plasma darahnya di Pusat Darah Negara pada 3 April lalu.
'Allah ganti sedih saya dengan berita gembira'
Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/04/562818/allah-ganti-sedih-saya-dengan-berita-gembira
Derma 500ml plasma darah bantu pesakit Covid-19
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/563648/derma-500ml-plasma-darah-bantu-pesakit-covid-19

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bekas pesakit yang ingin menderma darah tetap perlu ulangi proses saringan penyakit termasuk Covid-19 dan menjalani sesi kaunseling. Darah ada dua komponen iaitu darah merah dan plasma. Apa yang diperlukan adalah plasma manakala darah merah akan dipulangkan, jadi penderma tiada rasa kekurangan darah.
Ambil plasma sahaja, darah dipulangkan [METROTV]
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/564605/ambil-plasma-sahaja-darah-dipulangkan-metrotv

Pakar Perunding Perubatan Kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr Faizal Amri Hamzah berkata, rawatan pencegahan adalah langkah terbaik menangani wabak ini.

Katanya, kaedah plasma darah berpotensi membantu merawat pesakit, namun ia masih dalam peringkat kajian rawatan. Perkongsian kaedah rawatan ini dalam jurnal kesihatan antarabangsa ke atas lima pesakit turut mendapat perhatian dunia perubatan. Kaedah rawatan ini dinamakan sebagai ‘convalescent plasma’ yang mengandungi antibodi terhadap virus Covid-19. Cecair kekuningan mengandungi sejumlah titer antibodi Covid-19 diambil daripada darah bekas pesakit Covid-19 yang sembuh sepenuhnya. Ia kemudian dimasukkan ke tubuh pesakit tenat yang lain sebagai keimunan pasif bagi melawan virus itu.
'Convalescent plasma' lawan virus Covid-19
Pautan : https://www.hmetro.com.my/sihat/2020/04/565468/convalescent-plasma-lawan-virus-covid-19


Plasma darah ialah komponen cecair kuning pucat di dalam darah yang biasanya mengekalkan sel darah di dalam seluruh darah dalam ampaian. Cecair ini membentuk kira-kira 55% keseluruhan isi padu darah badan.[1]

Cecair ini merupakan bahagian bendalir dalam pembuluh darah bagi bendalir luar sel (semua bendalir badan di luar sel). Cecair ini kebanyakannya merupakan air (sehingga 95% mengikut isi padu), dan mengandungi protein terlarut (6-8%) (i.e.—albumin, globulin, dan fibrinogen),[2] glukosa, faktor pembekuan, elektrolit (Na+, Ca2+, Mg2+, HCO3-, Cl-, etc.), hormon, dan karbon dioksida (plasma sebagai medium utama untuk pengangkutan produk kumuh).

Plasma juga bertindak sebagai rizab protein badan manusia. Plasma memainkan peranan penting dalam kesan osmosis dalam pembuluh darah yang mengekalkan elektrolit dalam bentuk seimbang dan melindungi badan daripada jangkitan dan gangguan darah.[3]
Plasma darah
Pautan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Plasma_darah

8 Feb 2012

Ex-App bantu melupakan bekas kekasih

Anda percaya anda temui cinta sejati di Internet, malangnya, kini si dia memutuskan hubungan dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) atau mengetepikan anda daripada kenalan Facebooknya tanpa sebarang alasan.

Namun, menonton televisyen tidak dapat membantu anda manakala rakan-rakan pula tidak tahan lagi mendengar rintihan sedih anda.

Sebaiknya, anda lupakan sahaja cara lama untuk membantu mengubati jiwa luka anda pada Hari Kekasih yang bakal menjelang.

17 Jan 2012

Bekas kelasi dapat pampasan RM23 juta kemaluan jadi pendek akibat kemalangan

EL CAJOUN: Seorang bekas kelasi diberi ganti rugi sebanyak AS$7.5 juta (RM23.25 juta) dalam satu kes kemalangan kereta di California yang menyebabkan kemaluannya menjadi pendek kira-kira 1.27 sentimeter.

Matthew Wall yang baru berkahwin mengalami kecederaan dan kerosakan saraf pada kemaluannya berikutan kemalangan pada 2007 itu.