• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label berlian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berlian. Papar semua catatan

20 Jun 2021

Berlian ketiga terbesar di dunia anggaran harga RM231 juta ditemui

 

Sebutir berlian yang dipercayai ketiga terbesar di dunia ditemui di Botswana, lapor CNN kelmarin.


Berlian belum dicanai seberat berat 1,098 karat (219.6 gram) dan berukuran 7.6 sentimeter itu dianggarkan bernilai sekitar £40 juta (RM231 juta).



Ia ditemui di tapak perlombongan terkaya dunia di Jwaneng oleh syarikat Debswana Diamond Company (Debswana).


Pemangku Pengarah Urusan Debswana, Lynette Armstrong, berkata pihaknya percaya berlian itu adalah ketiga terbesar ditemui di dunia.


"Berlian yang jarang dan luar biasa itu amat bermakna buat Botswana, penemuannya membawa harapan kepada negara ini yang kini bergelut dengan krisis ekonomi semasa," katanya.


Berlian terbesar di dunia, Cullinan, ditemui di Afrika Selatan pada 1905 dengan berat 3,106 karat (621.2 gram), yang kemudian dipotong menjadi butiran lebih kecil termasuk beberapa yang kini dimiliki keluarga diraja Britain.


Ini diikuti berlian Lesedi La Rona bersaiz 1,109 karat (221.8 gram) yang ditemui syarikat Kanada, Lucara Diamond di lombong Karowe, juga di Botswana pada 2015.


Menurut Armstrong, penemuan kali ini adalah berlian terbesar dalam sejarah 50 tahun syarikat Debswana.


Debswana adalah syarikat usaha sama antara kerajaan Botswana dan gergasi berlian global, De Beers.


"Pada masa ini, kami belum membuat keputusan sama ada mahu menjual berlian ini menerusi saluran jualan De Beers atau melalui syarikat milik kerajaan, Okavango Diamond Company," katanya.


Bagaimanapun, menurut seorang jurucakap Debswana, syarikat itu akan menjual berlian itu dengan cara yang akan memberikan manfaat maksimum kepada rakyat negara itu.


Pada Rabu lalu, berlian itu diserahkan kepada Presiden Botswana, Mokgweetsi Masisi, di ibu negara, Gaborone.


Sementara itu, Menteri Mineral Botswana, Lefoko Moagi, berkata penemuan berlian itu berlaku pada waktu yang tepat selepas pandemik COVID-19 memberi kesan buruk kepada jualan berlian negara itu tahun lalu. - AGENSI


Berlian ketiga terbesar di dunia ditemui

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/afrika/2021/06/829749/berlian-ketiga-terbesar-di-dunia-ditemui

20 Mac 2017

Paderi jumpa berlian bernilai RM275 juta

Seorang paderi Kristian yang bekerja di sebuah lombong di sini menemui sebutir berlian 706 karat yang mungkin merupakan ke-10 paling besar pernah ditemui di dunia dengan nilai lebih AS$62 juta (RM275 juta) baru-baru ini. 

Sebelum ni simieY pernah berkongsi satu artikel berkenaan berlian putih yang ditemui di Anggola. Tak sangka ada yang lebih besar..
Berlian putih sepanjang 7 sentimeter bernilai RM60 juta ditemui pelombong
Read more: http://simiey.blogspot.com/2016/02/berlian-putih-sepanjang-7-sentimeter.html#ixzz4bq71EBkY


17 Feb 2016

Berlian putih sepanjang 7 sentimeter bernilai RM60 juta ditemui pelombong

Sebutir berlian, dipercayai satu daripada yang terbesar pernah ditemui, dijumpai di Afrika Selatan, baru-baru ini.

Berlian putih yang hampir sempurna itu ditemui pelombong sebuah syarikat Australia di kawasan terpencil di Lunda Norte, wilayah di timur laut Angola. Menurut Syarikat Berlian Lucapa, batu permata itu seberat 404 karat dan bernilai kira-kira £10 juta (RM60 juta).

Pengurus syarikat, Miles Kennedy memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia (ABC), berlian itu ialah yang terbesar pernah ditemui di Angola.