• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label budak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label budak. Papar semua catatan

5 Jul 2021

Budak menangis Jerman kalah dapat RM150,000

 

Penyokong England menyumbang puluhan ribu pound kepada seorang peminat cilik Jerman yang menangis selepas pasukan negaranya tewas di tangan skuad Three Lions di pusingan kalah mati Euro 2020.


Peminat yang murah hati memberi sumbangan itu selepas warga Wales, Joel Hughes mencipta 'page' atau halaman 'JustGiving' untuk kanak-kanak perempuan itu yang diejek kerana reaksinya terhadap penyingkiran skuad kendalian Joachim Low dari kejohanan.



Sehingga kini mereka sudah menyumbang lebih £ 26,000 (RM149,629) - jauh melebihi sasaran awal £500 (RM2,877) - menjelang pertembungan suku akhir England dengan Ukraine, awal pagi tadi.


Beberapa penyokong pada pertembungan 16 terakhir antara England dan Jerman dilihat bersorak ketika peminat cilik itu dirakam menangis oleh skrin penyiar selepas perlawanan.


Gary Lineker dan Stan Collymore antara bintang bola sepak yang mengkritik ejekan terhadap kanak-kanak itu yang memakai jersi Jerman.


Peminat Burnley, Alistair Campbell yang bertugas sebagai setiausaha akhbar kepada mantan perdana menteri Tony Blair, mengecam tingkah laku penyokong yang terbabit dengan ejekan terhadap kanak-kanak itu.


"Bersyukur dalam kekalahan adalah kualiti yang sangat istimewa. Bersyukur dalam kemenangan semestinya jauh lebih mudah," tulisnya di Twitter. - AGENSI


EURO: Budak menangis kerana Jerman kalah dapat RM150,000

Pautan : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/07/835461/euro-budak-menangis-kerana-jerman-kalah-dapat-rm150000

1 Apr 2021

Budak jumpa fosil karang tanduk berusia 488 juta tahun di laman rumah

 

Seorang kanak-kanak lelaki di United Kingdom (UK) tidak sengaja menemui khazanah berharga iaitu fosil karang tanduk berusia 488 juta tahun ketika menggali tanah di laman kediamannya.


BBC melaporkan, Siddak Singh tidak tahu rangka yang ditemuinya itu adalah fosil.


Namun, ayahnya, Vish Singh berusaha mendapatkan kepastian daripada kumpulan pakar di Facebook (Fb) yang arif dan ternyata ia adalah fosil berusia ratusan juta tahun.



"Pada hari itu, saya ke laman dan hobi saya adalah menggali tanah untuk mencari cacing dan barang seperti tembikar.


"Entah bagaimana, saya terjumpa rangka seperti tanduk dan beranggapan ia adalah gigi, kuku atau sekadar tanduk biasa.


"Saya tunjukkan benda itu pada ayah sebelum diberitahu ia adalah fosil," katanya.


Sementara itu, Vish mengakui terkejut dengan penemuan anaknya itu.


"Kami terkejut Siddak menemui sesuatu yang kelihatan ganjil di dalam tanah iaitu karang tanduk dan beberapa kepingan kecil di sebelahnya.


"Keesokan harinya, dia pergi menggali lagi dan menemui ketulan tanah," katanya.


Penemuan ini mengejutkan dua beranak itu kerana mereka bukan tinggal di tempat yang fosil lazimnya ditemui. Pemeriksaan lanjut mendapati fosil itu adalah karang Rugosa yang wujud antara 251 hingga 488 juta tahun.


Menurut Singh, fosil itu adalah milik zaman Paleozoik


"England pada masa itu adalah sebahagian dari Pangea, sebuah daratan benua besar dan ketika itu ia berada di bawah laut," kata Vish.


Budak terjumpa fosil 488 juta tahun

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2021/04/690104/budak-terjumpa-fosil-488-juta-tahun

8 Ogo 2020

Budak perempuan 9 tahun pecah rekod Guinness World Records Profesor


Lebih kurang 11 tahun lepas, saya pernah menyiarkan artikel bertajuk 10 Budak Super Ajaib.
1. Kim Ung-Yong : Manusia Ber-IQ Tertinggi di Dunia
2. Gregory Smith : Mendapatkan Penghargaan Nobel Pada Usia 12 tahun
3. Akrit Jaswal : Doktor Bedah pada usia 7 tahun
4. Cleopatra Stratan : Penyanyi Berusia 3 Tahun dengan Gaji 1000€ setiap lagu
5. Aelita Andre : Pelukis di usia 2 tahun
6. Saul Aaron Kripke : Mengajar Havard saat Masih Duduk di Bangku SMA
7. Michael Kevin Keaulus tamat pengajian Universiti pada umur 10 tahun
8. Fabiano Luigi Caruana : Grandmaster pada usia 14 tahun
9. Willie Mosconi : Pemain Billiard Professional pada usia 6 tahun
10. Elaina Smith : Penyiar Usia 7 tahun

Pautan : https://www.simiey.info/2009/09/10-budak-super-ajaib-bukan-kamen-rider.html


Kemungkinan kini jumlahnya sudah melebihi 20 orang. Terbaru, seorang budak perempuan berumur sembilan tahun mencipta nama dalam rekod dunia Guinness World Records selepas dia menyusun jadual berkala dalam masa hanya 2 minit 42 saat, lapor portal Gulf News.

Kejayaan Natalia Najam itu sekali gus mengetepikan pemegang rekod terdahulu milik seorang profesor ekonomi dari India, Meenakshi Agarwal dengan perbezaan masa 7 saat.


Natalia dari Lahore berjaya mencatat rekod dunia sebagai individu paling pantas menyusun jadual berkala itu dalam satu majlis khas yang diadakan pada 18 Julai lalu.

Bapanya, Hasan Najam memberitahu, Natalia tidak mendapat pendidikan normal di sekolah, sebaliknya hanya mengikuti sesi pembelajaran di rumah.

Budak 9 tahun kalahkan profesor
Pautan : https://www.kosmo.com.my/2020/08/08/budak-9-tahun-kalahkan-profesor/

25 Feb 2016

Budak umur 3 tahun dipenjara seumur hidup tuduhan membunuh empat orang dan hampir membunuh lapan lagi serta merosakkan harta kerajaan ketika rusuhan pada 2014

Budak berumur 3 tahun dipenjara seumur hidup atas tuduhan membunuh dan merusuh? Ini bukan cerita yang direka-reka. Kejadian ini berlaku minggu lalu di Kaherah dan telah diputuskan dalam Mahkamah Tentera Mesir.

 Menurut petikan berita dari Harian Metro, kejadian rusuhan tersebut berlaku pada tahun 2014 bererti semasa budak tersebut berusia 1 tahun. Tidak dapat dibayangkan bagaimana budak berusia 1 tahun merusuh dan membunuh.

Dipercayai ini terjadi disebabkan kesilapan pihak pendakwa kerana sijil kelahirannya telah diserahkan kepada hakim. Apa yang menjadi pertikaian adalah bagaimana keputusan sebesar ini boleh berlaku sama ada di pihak pendakwa dan hakim sendiri.

Tidak wujudkah penelitian ke atas dokumen - dokumen sehingga kesalahan yang tidak boleh dimaafkan ini berlaku. Berita terperinci di bawah dan sila klik link untuk mendapatkan berita penuh.

Seorang budak lelaki berusia tiga tahun dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tentera Mesir minggu lalu, bagi tuduhan membunuh empat orang dan hampir membunuh lapan lagi serta merosakkan harta kerajaan ketika rusuhan pada 2014 kerana kesilapan pihak pendakwa.


5 Feb 2016

1000 semut bersarang dalam telinga budak

Doktor di bandar ini bingung selepas menemui dan mengeluarkan lebih 1,000 ekor semut yang bersarang di dalam telinga seorang gadis berusia 12 tahun.

Lebih mengejutkan lagi kira-kira 10 ekor semut didapati keluar dari telinga gadis berkenaan, Shreya Darji pada setiap hari.

Keadaan itu mula dikesan pada Ogos tahun lalu apabila Shreya sering berasa gatal di telinga sebelum dibawa bapanya, Sanjay Darji berjumpa doktor.


4 Feb 2016

Dua budak jadi tua sebelum usia

Dua beradik di India, Anjali Kumari, 7, dan Keshav Kumar yang baru berusia 18 bulan, menggemparkan penduduk kampungnya apabila rupa paras mereka kelihatan jauh lebih tua berbanding usia sebenar.

Adik beradik itu dilaporkan mengalami sindrom penyakit kulit yang jarang ditemui, iaitu Progeria yang membuatkan rupa paras seseorang yang mengalaminya kelihatan jauh lebih tua berbanding usia sebenar.

12 Mac 2012

budak perempuan ketagih minum petrol

Sekiranya menghidu petrol tidak cukup bahaya, temuilah budak perempuan yang meminumnya.

Mengangkat bekas merah minyak itu di depan kamera, budak perempuan bernama Shannon menunjukkan demonstrasi ketagihannya meminum petrol untuk rancangan televisyen TLC My Strange Addiction.

“Ia mendebarkan pada mulanya dan kemudian ia membakar belakang tekak saya,” kata Shannon menjelaskan tabiatnya meminum bahan itu sehingga 12 sudu teh sehari.

“Walaupun ia menyakitkan, ia buat saya rasa selesa,” katanya sama ada menjilat penutup atau meminumnya terus daripada bekas itu yang dikatakan menjadi kegemarannya.

29 Okt 2010

mayat budak perempuan berlipat dalam beg pakaian

AMPANG: Mayat seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh ditemui dalam beg pakaian berwarna hitam dengan tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian, semalam.

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim am@hmetro.com.my Beg berisi mayat itu ditemui pekerja bengkel berhampiran kawasan semak di tepi parit tidak jauh dari tanah rizab Jabatan Bomba dan Penyelamat di Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang, kira-kira jam 3.30 petang.


Kejadian menyayat hati itu hampir mengulangi insiden sama pada 17 September 2007 lalu apabila mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, turut ditemui mati dibunuh dalam beg pakaian sebelum dibuang di Petaling Jaya.


Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang ditemui di lokasi kejadian turut tidak menolak kemungkinan mangsa diculik sebelum dibunuh kejam.

Walaupun tiada sebarang laporan polis berhubung kehilangan remaja perempuan di daerah Ampang, beliau percaya kemungkinan mangsa dibawa dari luar daerah ini sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.


13 Sep 2009

bedil plug @ mercun plug

simieY®
tgh lepak2 ni, tringat lak aktiviti2 bulan puasa mase kecik2 dulu.

"main mercun"

zaman budak2 dulu Kawe boleh dikategorikan sebagai budak yang aktif dan lasak.
mula bergiat aktif dengan pembuatan mercun buatan sendiri kalu tak silap tahun 1 atau 2 kat sekolah rendah.huhuu..
masa tu, budak2 kampung main pistol plastik yang letak peluru kaler kabaid merah.
alternatif lain mercun plug atau nama popularnya kat kelate 'bedil plug'.
bukan calang2 budak boleh wat bedil plug, penuh cabaran.



Kawe listkan kat bawah;
1- cari plug2 keta.kalu bernasib baik jumpa sebijik, tu pun sampai btumbuk brebut. (maklum la bergerak dalam kumpulan.hehee..)
2- buang benda alah kat dalam plug (jenuh nak mengetuk dgn hammer)
3- cari skru ngam2 dgn diameter lubang plug (pun kat workshop gak
4- wat rambu-rambai guna tali rapia
5- beli kabaid dalam kertas (seposen 2 papan)

budak2 sekarang dah tak main benda2 camni.hehee..
mungkin sbb masa tu mercun belum diharamkan lagi.