TOKYO 24 Jan. - Toyota Motor Corp menemui cara untuk membina kenderaan hibrid dan elektrik tanpa menggunakan logam nadir bumi yang mahal dan hampir dimonopoli bekalannya oleh China.
Toyota, pengeluar terbesar kereta hibrid jimat minyak seperti Prius, dijangka membawa teknologi itu ke pasaran dalam tempoh dua tahun lagi jika harga logam nadir bumi tidak jatuh, lapor agensi berita Kyodo News, hari ini.
Seorang jurucakap Toyota berkata, syarikat itu terus mencari jalan untuk mengurangkan penggunaan logam nadir bumi dan belum menetapkan jadual untuk mengkomersialkan produk tanpa elemen tersebut.
Logam nadir bumi seperti neodimium dan disprosium digunakan untuk membuat magnet tetap yang terdapat di dalam motor elektrik yang menggerakkan kereta hibrid dan elektrik, dan permintaan untuknya dijangka melonjak apabila semakin banyak kereta mesra alam dipasarkan.