• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label buru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buru. Papar semua catatan

3 Jul 2021

Polis buru doktor palsu suntik vaksin air

 

Polis menahan dua jururawat dan memburu seorang lelaki yang menyamar berpakaian doktor dan menjual serta mengendalikan pemberian vaksin kepada ratusan orang.


Doktor palsu itu berjaya meyakinkan beberapa syarikat untuk membiayai pemvaksinan pekerja mereka, lapor Independent.



Dia mengenakan bayaran 20 Pound Sterling sehingga 41 Pound Sterling (kira-kira RM115 hingga RM235) untuk setiap suntikan.


Ketua Unit Pemantau Kesihatan Awam di pejabat presiden Dr Warren Naamara berkata, ia adalah satu penipuan yang jelas untuk mendapatkan wang.


"Kami mengesyaki dia menyuntik orang dengan air kerana ia tidak berwarna, tidak berbau dan tidak berbahaya.


"Kami masih memburunya dan menangkap dua jururawat yang bekerja dengannya," katanya.


Dokumen yang dirampas menunjukkan sekurang-kurangnya 812 orang sudah divaksin namun percaya jumlah itu mungkin lebih banyak.


Semasa serbuan, pihak berkuasa menemui botol yang mempunyai label vaksin palsu dan maklumat penghantaran yang salah.


Penularan dan kematian akibat Covid-19 di Uganda semakin meningkat sejak Mei dengan varian delta menyumbang kepada gelombang jangkitan kedua.


Kempen vaksin yang bermula pada Mac lalu terjejas kerana tiada bekalan Covax mencukupi, yang dihasilkan khusus untuk negara berpendapatan rendah.


Kesannya, orang ramai beratur panjang sepanjang hari untuk mendapatkan suntikan vaksin.


Doktor palsu suntik 812 orang guna air

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/725728/doktor-palsu-suntik-812-orang-guna-air

10 Mei 2021

Polis buru pelaku vandalisme terhadap penghadang plastik dan kawat duri di sempadan Terengganu-Kelantan

 

Segelintir individu tidak bertanggungjawab dipercayai membakar penghadang plastik dan kawat duri di Kampung Gong Lapang, di sini, semalam sebagai protes terhadap penutupan laluan tikus di sempadan Terengganu-Kelantan.


Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, perbuatan vandalisme itu disedari anggota polis yang membuat rondaan di kawasan laluan tikus itu malam semalam.



Katanya, ia bukan kejadian vandalisme pertama sebaliknya sudah beberapa kali apabila penghadang jalan plastik ditebuk dan dibuang air serta dialihkan di beberapa laluan tikus sepanjang sempadan negeri ini.


"Sebelum ini, hanya 15 lorong tikus sahaja yang ada bagi menghubungkan penduduk di dua negeri ini tetapi bertambah kepada 26 lorong tikus baharu sebaik sahaja tindakan menutup lorong tikus dilaksanakan.


"Perbuatan membakar penghadang jalan itu menunjukkan ada pihak tidak puas hati dengan tindakan tutup laluan untuk menghalang pergerakan rentas sempadan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menjelang Aidilfitri, Khamis ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Rozak berkata, pihaknya kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang masih berdegil, keras kepala, tidak ambil kisah dan ambil tahu mengenai arahan PKP yang dikuatkuasakan kerajaan.


"Mereka seolah-olah memberontak kerana laluan tikus yang biasa dilalui ditutup sepenuhnya di sempadan Besut, Terengganu dan Pasir Putih, Kelantan," katanya.


Katanya, tindakan pantas memasang penghadang jalan konkrit di laluan tikus berkenaan diambil dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mengelakkan kembali dirosakkan.


"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perbuatan vandalisme diminta tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah Besut di talian 09-6959999," katanya.


Kenapa keras kepala bakar 'halangan' di laluan tikus?

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/704288/kenapa-keras-kepala-bakar-halangan-di-laluan-tikus

19 Jul 2020

Sabung nyawa buru kristal Gunung Keriang


Gunung Keriang merupakan sebuah bukit yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. [1]

Gunung Keriang ini tersergam setinggi 217.92 meter di tengah-tengah jelapang padi di Kedah. Ia merupakan bukit batu kapur purba yang berasal sejak zaman Permian (sekitar 250 juta tahun) dan Early Triassic conodonts (Metcalfe, I., 1981a) di barat laut Semenanjung Malaysia.

Gunung Keriang merupakan paling keselatan dari pembentukan Batu kapur Chuping. Adalah dipercayai bahawa air laut yang susut sehingga 2-3m (Khoo, 1996) melonjak pulau Keriang membentuk apa yang masa kini dikenali sebagai Gunung Keriang.

Kamal et. al (anggaran Mac'09) mengelaskan sekurang-kurangnya 10 jenis batu berlainan yang terdapat di Gunung Keriang. Kepelbagaian batu yang menarik ini menjadikan Gunung Keriang sebagai warisan geologi unik bagi penyelidikan dan kajian lanjut dan patut dilindungi.[2]

Gunung Keriang
Pautan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Keriang



Cerita mengenai Gunung Keriang bermula apabila ada makhluk aneh dan mistik bernama Sang Gedembai yang telah jatuh cinta terhadap puteri raja. Namun lamarannya untuk berkahwin dengan puteri raja tersebut telah ditolak dan hal ini menyebabkan Sang Gedembai berasa marah dan tercabar. 

Sang Gedembai merupakan makhluk yang mempunyai kuasa sakti dan disifatkan mempunyai tubuh badan yang tinggi dan besar. Sang Gedembai dikatakan tinggal di sebuah hutan dan berkuasa untuk menyumpah sesiapa sahaja yang dikehendakinya menjadi batu. 


Kemarahan Sang Gedembai terhadap puteri raja sudah sampai ke kemuncaknya apabila dia sanggup menyumpah puteri raja menjadi batu. Sewaktu peristiwa itu berlaku dikhabarkan sebuah kapal sedang membawa Pengantin Diraja iaitu puteri raja tersebut berlayar ke suatu tempat. 

Bukti yang mempamerkan bahawa Gunung Keriang ini berasal daripada sebuah kapal adalah berdasarkan penemuan terhadap tali panjang yang sebesar lengan dan ianya dipercayai tali daripada sebuah kapal. 


Selain itu, di dalam Gunung Keriang juga terdapat sebuah gua yang dipercayai terdapat peninggalan serpihan-serpihan pinggan yang amat banyak kepunyaan tuan puteri raja. Penemuan tersebut menguatkan mitos yang diceritakan oleh orang-orang yang terdahulu. 

Bukti lain yang terdapat di Gunung Keriang ini adalah terdapat sebuah batu yang menyerupai manusia dan batu tersebut kelihatan seperti pengantin Cina bersanggul lintang dipercayai merupakan tuan puteri yang disumpah oleh Sang Gedembai. 


Sejauh mana kesahihan cerita ini kita tidak dapat pastikan, namun apa yang pasti ciri-ciri yang diceritakan semuanya terdapat di Gunung Keriang. Sehingga kini Gunung Keriang menjadi misteri dan tanda tanya penduduk mengenai kewujudannya.



Mitos Kewujudan Gunung Keriang di Kedah
Pautan : https://kedahnewsdotcom.blogspot.com/2018/02/mitos-kewujudan-gunung-keriang-di-kedah.html


Di sebalik keindahan Gunung Keriang 'disulami' pemandangan sawah yang menghijau, tidak ramai yang tahu ia mengungkap pelbagai kisah si pemburu batu kristal di dalam gunung berkenaan.

Kecantikan batu kristal di dalam gunung itu dapat dilihat sendiri oleh pengunjung di hampir 10 gerai yang menjual batu berkenaan di kaki Gunung Keriang, Kedah.

Namun, untuk mengambilnya ia menuntut kesabaran yang tinggi selain berdepan risiko kehilangan nyawa jika tersilap langkah.

Bagi penjual dan pencari batu kristal Gunung Keriang, Mahadi Mat Akhir,54, minatnya terhadap batu hiasan itu bermula sejak 23 tahun lalu selepas ramai kenalan menjadikan ia sebagai sumber pendapatan tetap menyara keluarga.


Katanya, batu kristal gunung terbabit mempunyai peminatnya tersendiri terutama kaum Cina yang percaya batu itu mempunyai aura baik serta mampu menolak aura jahat jika diletakkan di dalam rumah atau premis perniagaan.

Menceritakan pengalamannya, Mahadi berkata, walaupun beliau perlu menyelusuri kegelapan di dalam gua namun nalurinya untuk mengesan kedudukan batu itu sangat kuat.


"Untuk batu kristal yang berharga RM50,000 saya memburunya selama lima tahun, saya mengetuk dan menggoreng bahagian gua setiap hari kerana yakin akan terdapat batu besar yang cantik di dalamnya.

"Pada 2006, saya mula melakukan misi saya seorang diri, saya mengetuk dan menggali gua berbentuk 'zig zag' bagi memastikan tidak berlaku runtuhan, setiap hari saya akan habiskan masa kira-kira dua jam untuk menggali.



"Akhirnya selepas lima tahun saya menemui sebuah batu kristal yang besar dan cantik kira-kira satu meter tinggi dan lebar, saya mengambil masa 20 hari untuk mengorek dan mengetuk batu untuk di bawa keluar dari gunung.


"Kemudian saya mengambil masa lima hari untuk menurunkan batu kristal berkenaan bersama dua rakan dengan menggunakan peralatan khas,"katanya.

'Memburu' batu kristal Gunung Keriang
Pautan : https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/santai/2020/07/712449/memburu-batu-kristal-gunung-keriang

3 Mei 2020

Pontianak kacau petugas Op Covid-19 di Jalan Tenom-Sipitang berdepan hukuman penjara

Jika benar syaitan dirantai, mengapakah masih ada kejadian gangguan makhluk halus dalam bulan Ramadhan?

Menurut Imam al-Qurtubi sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani,

“Sesungguhnya gangguan syaitan hanya berkurang terhadap orang-orang berpuasa yang memelihara syarat-syarat puasa dan adab-adabnya. Atau yang dibelenggu hanya sebahagian syaitan sahaja, iaitu yang ganas dari kalangan mereka, bukan semuanya sebagaimana dinyatakan dalam sebahagian riwayat. Atau yang dimaksudkan adalah berkurangnya kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ini merupakan perkara yang dapat dirasakan, di mana kejahatan ketika bulan Ramadhan lebih sedikit jika dibandingkan dengan bulan-bulan selainnya…” (Lihat Fath Al-Bari 4/114)

Kesimpulan

Berdasarkan apa yang telah dinyatakan di atas, kami cenderung bahawa maksud syaitan yang dibelenggu itu adalah:

1- Hanya sebahagian syaitan sahaja yang dibelenggu iaitu yang besar atau ganas (مَرَدَةُ الْجِنِّ) manakala selebihnya masih ada.
2- Ia juga membawa maksud syaitan tidak bebas menggoda orang-orang yang beriman berbanding bulan-bulan yang lain.

IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADHAN SIRI KE-128: GANGGUAN MAKHLUK HALUS DALAM BULAN RAMADHAN


BUNYI tangisan wanita seakan 'kuntilanak' menangis dipercayai tindakan tidak bertanggungjawab segelintir individu yang cuba menakut-nakutkan orang awam dan petugas yang sedang menjalankan sekatan jalan raya Op Covid-19 di Jalan Tenom-Sipitang.

Kejadian itu dipercayai berlaku jam 10.30 malam kelmarin ketika lima anggota terdiri daripada tiga polis dan dua anggota Rela sedang menjalankan Op Covid-19.

Anggota polis dan Rela yang sedang bertugas terdengar bunyi tangisan wanita dan cuba mengesannya namun beberapa saat bunyi hilang.




Jika didapati pelakunya kita akan disiasat mengikut Seksyen 189 Kanun Keseksaan dan dihukum dengan penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya dan Peraturan 11 (1) Peraturan - Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah - Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No.4) 2020, boleh dihukum dengan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.
Polis buru 'kuntilanak' ganggu anggota [METROTV]

Begitulah ceritanya....