• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label cuti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti. Papar semua catatan

14 Jul 2020

Cadangan penebusan Ganti Cuti Rehat (GCR) dengan wang tunai dikaji semula


APAKAH GANTIAN CUTI REHAT?
Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

BILA BERKUATKUASA?
Award Gantian Cuti Rehat telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974 dan hanya diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang bersara pada atau selepas 1 Januari 1974.

SIAPA YANG LAYAK?
Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam.

SIAPA YANG TIDAK LAYAK?
Award Gantian Cuti Rehat tidak dipanjangkan kepada Pegawai Kontrak dan pegawai yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib ke atasnya.

BAGAIMANA PENGUMPULAN CUTI DIBUAT?
Pengumpulan cuti bagi tujuan gantian Cuti rehat adalah mengikut peruntukan para 21(1) Peraturan Pencen 1980, Pekeliling Perkhidmatan dan Perintah Am Bab C.

FORMULA PENGIRAAN
Pemberian Award Wang tunai gantian cuti rehat adalah berdasarkan 1/30 daripada gaji akhir diterima, tertakluk maksimum 150 hari.
Gaji akhir diterima adalah meliputi gaji pokok hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut gred dan kumpulan perkhidmatan pegawai tersebut.

JABATAN MANA YANG MELULUSKAN?
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah bertanggungjawab meluluskan 'Award' Gantian Cuti Rehat ini.
Semasa meluluskan pembayaran award Gantian Cuti Rehat, JPA berhak untuk menyemak dan memperbetulkan apa-apa kesilapan terhadap butiran jika ada, di dalam kenyataan cuti dan rekod perkhidmatan anggota berkenaan.
Sebarang cuti rehat yang terlebih diambil semasa dalam perkhidmatan boleh ditolak daripada jumlah cuti yang terkumpul.

DARI MANAKAH PERUNTUKAN GCR DIBAYAR?
Bayaran 'award' kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah tanggungan Kerajaan Persekutuan dari Kumpulan Wang Disatukan.
Jika gajinya tidak dibayar dari Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan, bayaran adalah tanggungjawab pihak berkuasa masing-masing (Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan).

BILAKAH BAYARAN GCR DIBUAT?
Pembayaran 'award' wang tunai akan dibuat:
pada hari pertama persaraan bagi pegawai yang bersara, dan
bagi pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, bayaran kepada tanggungan pegawai berkenaan akan dibuat dengan kadar segera.

APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN?
1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
1 salinan kenyataan cuti
2 salinan penyata kiraan cuti
1 salinan kad pengenalan
1 salinan surat permohonan pesara/waris.
Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan bersekali dengan dokumen lain bagi urusan persaraan dan pencen selewat- lewatnya 3 bulan sebelum tarikh persaraan.

Gantian Cuti Rehat
Pautan : http://www.jpapencen.gov.my/gcr.html



Kerajaan memutuskan untuk mengkaji semula cadangan penebusan Ganti Cuti Rehat (GCR) selama 75 hari kepada wang tunai bagi penjawat yang berkhidmat selama 15 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata kajian semula itu adalah wajar kerana penebusan awal GCR ketika dalam perkhidmatan tidak menguntungkan kepada penjawat awam.

Beliau menjelaskan, jumlah yang diterima menerusi penebusan awal semasa dalam perkhidmatan adalah jauh lebih rendah berbanding semasa bersara kerana gaji akhir diterima ketika itu lebih tinggi.

"Dasar untuk penebusan GCR selama 75 hari bukan 150 adalah dasar kerajaan sebelum ini. Oleh itu, apabila dikaji semula dasar ini, kerajaan berhasrat untuk membuat kajian semula.

"Saya nak berikan dua simulasi. Sebagai contoh, sekiranya seorang pegawai bergred M54 menebus GCR ini apabila mereka bersara penuh, mereka akan mendapat sejumlah RM55,107.90.

"Tetapi kalau mereka menebus dalam masa perkhidmatan dengan mengambil 75 hari, mereka mendapat RM15,355.05 dan apabila bersara mereka mendapat lagi RM27,553.95. Jumlahnya hanya RM42,909 berbanding kalau mereka ambil ketika bersara penuh," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, masih ada perbezaan jika dibanding antara jumlah diterima waktu bersara dan ketika masih berkhidmat.

"Bezanya mereka rugi RM12,198.90, maka atas dasar inilah kerajaan bercadang membuat kajian semula demi faedah dan kepentingan penjawat awan sendiri," katanya

GCR adalah faedah persaraan yang dibayar kepada pegawai apabila bersara pilihan, bersara wajib atau meninggal ketika dalam perkhidmatan.

Pemberian pencen, ganjaran dan GCR apabila penjawat awam bersara adalah penghargaan kerajaan atas sumbangan bakti sepanjang perkhidmatan dan sumber pendapatan kepada pegawai dan keluarga.

Cadangan penebusan GCR yang diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober 2019 sepatutnya dibayar awal Januari lalu tetapi belum dilaksanakan.

Pada 31 Mei lalu, Presiden CUEPACS, Adnan Mat, dalam kenyataannya menggesa kerajaan menyegerakan proses pindaan Peraturan Pencen 1980 bagi membolehkan penebusan awal GCR dilaksanakan.

JPA pada 6 Februari lalu telah memaklumkan bahawa kerajaan perlu melakukan pindaan ke atas peraturan yang berkaitan Peraturan Pencen 1980 untuk melaksanakan GCR.


Langkah itu supaya pelaksanaan penebusan awal GCR itu dibuat teratur mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

Cadangan penebusan ganti cuti rehat dengan wang tunai dikaji semula
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/710498/cadangan-penebusan-ganti-cuti-rehat-dengan-wang-tunai-dikaji-semula

30 Dis 2010

PM isytihar Jumaat 31/12/2010 cuti umum

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. - BERNAMA

PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan muncul juara Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama selepas menang dengan agregat 4-2 ke atas Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi. gambar dari Kosmo online.


2 Sep 2010

NCMF cadangkan Istana Malacañang istihar 10 september cuti kebangsaan sambut Aidilfitri

Cadang cuti raya di Filipina

MANILA: Suruhanjaya Kebangsaan Masyarakat Islam Filipina (NCMF) mencadangkan supaya Istana Malacañang mengisytiharkan tarikh 10 September sebagai cuti kebangsaan sempena perayaan sambutan Aidilfitri.


Setiausaha NCMF, Bai Omera D Dianalan Lucman dilaporkan menghantar cadangan itu kepada pejabat presiden minggu lalu untuk mengisytiharkan tarikh 10 September iaitu pada hari Jumaat depan sebagai hari cuti umum sempena hari raya Aidilfitri.

“Resepsi Aidilfitri dengan pemimpin Islam dan bukan Islam yang diundang adalah menjadi satu tradisi di Malacañang sama seperti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang menganjurkan majlis berbuka puasa di Rumah Putih ketika Ramadan,” kata Lucman.

21 Ogo 2010

cuti putus cinta diperkenalkan di Jepun

TOKYO: Kakitangan di sebuah syarikat pemasaran di Jepun dibenar mengambil cuti andai mereka putus cinta. Cuti itu lebih lama jika usia lebih tua.


Hime and Company yang beribu pejabat di Tokyo yang turut memberi pelepasan kepada kakitangan untuk membeli belah menegaskan, cuti putus cinta itu untuk membenarkan kakitangan menghilangkan kesedihan dan datang kerja dengan perasaan tenang.

"Tidak semua orang boleh mengambil cuti melahirkan anak tapi semua kakitangan boleh mengambil cuti putus cinta," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Miki Hiradate.