• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label daging. Papar semua catatan

24 Jan 2022

Daging buaya jadi alternatif atasi kekurangan bekalan daging khinzir

 Daging buaya mendapat permintaan tinggi di Thailand selepas harga daging khinzir melambung tinggi disebabkan kekurangan bekalan.


Harga daging babi yang menjadi makanan utama dalam diet rakyat Thailand, meningkat berikutan selesema babi Afrika yang melanda seluruh negara.



Kekurangan bekalan makanan itu dijangka berlarutan selama berbulan-bulan.


Penternak buaya, Wichai Rungtaweechai, 65, yang menternak 10,000 buaya di wilayah Nakhon Pathom berkata, situasi itu membuatkan dia tidak tahu bagaimana hendak memenuhi permintaan tinggi kerana sering dikunjungi pelanggan baharu hampir setiap hari.


"Sebelum ini, saya menjual kulit buaya untuk industri fesyen dengan sebahagian dagingnya dieksport untuk restoran makanan eksotik.



"Namun, kebelakangan ini ramai pembekal makanan dan restoran datang kepada saya mencari daging buaya untuk dibeli.


"Kini, jualan daging buaya saya meningkat kepada lebih 100 kilogram (kg) setiap hari berbanding hanya 20 kg pada minggu sebelum ini," katanya kepada South China Morning Post.


Sementara itu, Ketua Jabatan Kesihatan, Dr Suwannachai Wattanayingcharoenchai berkata, daging buaya boleh menjadi sumber protein yang baik apabila daging babi mahal.


Namun katanya, orang ramai harus berwaspada kerana memakan daging mentah atau kurang masak tidak selamat dan membahayakan kesihatan.


Harga daging babi kini mencecah sekitar 200 baht (RM25.44) sekilogram berbanding daging buaya hanya 66.92 baht (RM8.51).


Untuk mengurangkan tekanan harga, Thailand menyekat eksport babi hidup, selama tiga bulan, pada 6 Januari lalu.


Pada 2021, Thailand menghasilkan 18 juta khinzir untuk pasaran domestik dan perdana menteri memberi jaminan ia mencukupi untuk memenuhi permintaan.


Daging buaya jadi alternatif

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2022/01/803102/daging-buaya-jadi-alternatif

11 Apr 2021

Sindiket kartel daging sejuk beku import sasaran terbaru polis selepas Macau scam

 

Seramai 36 individu ditahan polis di enam negeri menerusi Ops Kartel Daging yang dilancarkan pada 9 April lalu kerana disyaki terbabit dengan sindiket kartel daging sejuk beku import.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, 34 daripada yang ditahan itu ialah pengarah syarikat manakala dua lagi pengurus berusia antara 28 hingga 67 tahun.



Beliau berkata, sebanyak 19 syarikat pengedar disyaki berkomplot dengan sebuah syarikat pengimport sah dari Brazil.


"Syarikat ini hanya layak mengimport sebanyak 27 tan daging bagi satu permit yang dikeluarkan namun mengedar lebih 1,000 tan dengan keuntungan tahunan sehingga RM52 juta.


"Mereka menggunakan empat daripada lima permit pengimport yang dikeluarkan bagi tahun lalu, selain didapati mengedarkan kepada 202 pelanggan. Perkara ini dikesan menerusi invois yang dirampas polis," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.


Turut hadir, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.


Huzir berkata, syarikat itu turut didapati menempah kotak berlogo halal untuk membungkus semula daging diimport dari Brazil.


"Siasatan mendapati syarikat ini banyak menerima tempahan kerana menawarkan harga lebih murah selain memberi kemudahan pembayaran mudah iaitu kredit selama tiga bulan berbanding syarikat lain yang menerima pembayaran tunai semasa serahan (COD).


"Syarikat ini juga mampu memenuhi permintaan pelanggan kerana sentiasa mempunyai stok mencukupi sedangkan siasatan mendapati syarikat itu hanya menggunakan empat permit bersamaan 108 tan daging.


"Kegiatan ini menyebabkan timbulnya isu keraguan status halal terhadap bekalan daging yang ada di pasaran, bukan saja memberi kesan kepada masyarakat malah daging yang dibungkus semula tidak dapat disahkan tahap kebersihannya dan tidak diperakui veterinar," katanya.


Sehubungan itu, beliau berkata, polis sedang mengesan dua dalang utama berusia 42 dan 44 tahun untuk membantu siasatan.


"Dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan peringkat Bukit Aman dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan di Kontinjen Johor.


"Siasatan bagi Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan menunjukkan tiada keterangan untuk menuduh mana-mana individu, namun siasatan di Kontinjen Johor mendapati wujud elemen yang menjurus kepada kesalahan pakatan jahat jenayah," katanya.


Kartel daging sejuk beku, 36 individu ditahan

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/04/693761/kartel-daging-sejuk-beku-36-individu-ditahan