• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label dalam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dalam. Papar semua catatan

24 Jun 2021

Pengasas perisian McAfee meninggal dunia dalam penjara

 

Pengasas perisian antivirus, John McAfee ditemui mati dalam penjara semalam, beberapa hari selepas mahkamah meluluskan ekstaradisinya ke Amerika Syarikat (AS) membabitkan kesalahan cukai.


Menurut jurucakap penjara, lelaki berusia 75 tahun itu ditemui mati dalam bilik kurungannya di penjara Brians 2 berhampiran Barcelona dipercayai kerana membunuh diri.



McAfee disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7 malam waktu tempatan.


Jabatan Kehakiman wilayah Catalonia dalam satu kenyataan berkata, satu siasatan dijalankan berhubung kejadian itu.


"Pengawal dan kakitangan perubatan bergegas melakukan usaha menyelamat namun doktor mengesahkan kematiannya," menurut kenyataan itu.


McAfee dipenjara di Sepanyol sejak beliau ditahan di Lapangan Terbang Barcelona pada Oktober tahun lalu, sebelum menaiki penerbangan ke Istanbul.


Beliau didakwa atas kesalahan membabitkan percukaian antara tahun 2014 dan 2018, biarpun memperoleh pendapatan jutaan euro hasil konsultasi, mata wang kripto dan penjualan hak berhubung kisah hidupnya.


Jika didapati bersalah, beliau berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun.


Mahkamah Sepanyol sebelum ini meluluskan proses ekstradisi McAfee ke AS namun ruang rayuan masih terbuka dan proses terbabit perlu mendapatkan kelulusan Kabinet Sepanyol.


Menurut permohonan ekstradisi dikemukakan AS pada November lalu, McAfee meraih pendapatan lebih 10 juta euro antara tahun 2014 dan 2018, namun gagal memfailkan cukai.


"Untuk menyembunyikan pendapatan dan asetnya daripada Internal Revenue Service (IRS), defendan memerintahkan sebahagian daripada pendapatannya dibayar kepada seorang individu lain dan meletakkan harta atas nama mereka," katanya. - AFP


Pengasas perisian McAfee ditemui mati dalam penjara

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/06/831448/pengasas-perisian-mcafee-ditemui-mati-dalam-penjara

14 Apr 2021

SaNOtize hasil penyembur bunuh virus Covid-19 sehingga 99.99% dalam saluran udara bahagian atas hidung

 

Semburan hidung didakwa terbukti membunuh 99.99 peratus virus COVID-19, menurut satu laporan penyelidikan di Kanada.


Semburan itu dikatakan dapat mencegah penularan coronavirus dengan berkesan dan memendekkan tempoh jangkitan.


Bagi mereka yang sudah dijangkiti virus berkenaan, semburan itu juga boleh mengurangkan tahap kemudaratan gejala yang dialami.



Semburan yang dikembangkan sebuah syarikat Kanada, SaNOtize, berupaya membunuh kuman dalam saluran udara di bahagian atas hidung.


Ia juga menghalangnya daripada menetas dan masuk ke dalam paru-paru, berdasarkan keputusan ujian makmal di Amerika Syarikat (AS) dan Britain.


Pesakit yang dirawat dengan semburan itu juga menunjukkan penurunan purata kadar virus dalam badan sebanyak 1.362 dalam tempoh 24 jam pertama iaitu sekitar 95 peratus.


Dalam tempoh 72 jam, pengumpulan virus dalam badan didapati berkurangan lebih daripada 99 peratus.


Ketua Penyelidikan Ujian Klinikal Britain, Dr Stephen Winchester, berkata beliau amat berharap semburan hidung akan menjadi senjata terbaru dalam melawan COVID-19.


"Ini adalah satu revolusi dalam sejarah perubatan COVID-19 yang saya harap akan membantu perang masyarakat dunia melawan pandemik coronavirus," katanya. - AGENSI


Semburan hidung mampu bunuh 99.99 peratus virus Covid-19

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/04/806610/semburan-hidung-mampu-bunuh-9999-peratus-virus-covid-19

29 Mac 2021

Kantoi rakam pekerja perempuan dalam tandas kilang guna kamera tersembunyi bawah sinki

 

Hobi pelik seorang lelaki yang gemar 'skodeng' rakan sekerja menggunakan kamera intip (spycam) mengundang padah apabila dia ditahan polis, kelmarin.


Lelaki berusia 41 tahun itu meletakkan kamera intip di bawah sinki dalam tandas wanita di kilang tempatnya bekerja di Taman Perindustrian Selayang, Batu Caves, dekat sini.



Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, perkara itu disedari seorang wanita yang juga pekerja di kilang terbabit selepas melihat satu objek berbentuk pen di bawah sinki berkenaan.


"Wanita itu kemudian mengambilnya dan membawa pulang ke rumah serta memeriksa pen terbabit sebelum mendapati terdapat beberapa rakaman video menunjukkan kemaluan dan mukanya serta beberapa rakan sekerjanya yang lain.


"Dia mengesyaki pen berkenaan adalah milik seorang pekerja dikenali kerana terdapat paparan muka suspek di dalam video itu ketika sedang meletak dan mengambil kamera intip," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Arifai berkata, wanita berkenaan kemudian memaklumkan kejadian itu kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.


Beliau berkata, susulan laporan polis diterima, sepasukan polis menahan suspek yang bekerja di kilang berkenaan.


"Siasatan mendapati, suspek bertindak berseorangan meletakkan kamera di bawah sinki dalam tandas perempuan di kilang berkenaan bagi tujuan rakaman video untuk kepuasan diri dan berbuat demikian sejak awal Mac lalu.


"Suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya.


'Skodeng' rakan sekerja dalam tandas sejak awal Mac

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/689028/skodeng-rakan-sekerja-dalam-tandas-sejak-awal-mac

11 Mei 2020

40 kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak

Anak adalah anugerah dari Allah yang paling berharga.. Hargai dan sayangilah mereka
Kepada semua yang bergelar ibu dan bapa, sama-sama kita renungkan... .

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang


10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah


12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16. Tidak menggalakan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak


30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup berkerjasama


Dipetik dari buku '40 KESILAPAN MENDIDIK ANAK' oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996


** Jika berdoa... minta la dgn Tuhan
    "Ya Allah, jangan lah kau jadikan anak2 ku tuan kepadaku...sesungguhnya akulah ibu bapa mereka" Amin..

4 Mac 2016

Pokok bunga anggerik tumbuh dalam Al-Quran

Pasangan suami isteri di sini terkejut selepas senaskah kitab al-Quran milik mereka ditumbuhi pokok bunga anggerik.

Pokok bunga anggerik setinggi 10 sentimeter itu tumbuh di ayat lapan hingga 12 surah At Tahrim pada halaman 406 di kitab suci berkenaan. Tumbuhan itu didapati tumbuh pada kitab al-Quran milik suami isteri, Adirmansyah, 34, dan Samsidar, 25, yang menetap di Desa Lasengaluh.

Samsidar berkata, kitab itu ditemui secara tidak sengaja olehnya di parit berhampiran rumahnya kira-kira tiga bulan lalu. Katanya, al-Quran itu ditemui dalam satu plastik hitam yang terapung di parit berkenaan.

“Saya terkejut apabila mendapati plastik itu mengandungi senaskah al-Quran dan kitab Iqra yang basah sebelum membawa ia pulang ke rumah. “Sampai di rumah saya mencuci kitab berkenaan sebelum dijemur dan disimpan di satu rak khas,” katanya.

11 Feb 2012

pasukan penyelamat jumpa kepala dalam sungai

“Dia bukan adik saya,” kata Sudiro Roni, 20, selepas membuat pengecaman kepala manusia ditemui penduduk dan anggota operasi mencari adiknya, Mohd Idris, 13, dikhuatiri lemas di Sungai Midin, di sini.

Sudiro ditemani beberapa ahli keluarga hadir di Rumah Mayat Hospital Umum Sarawak (HUS), sebaik dimaklumkan penemuan kepala manusia itu di Ulu Sungai Samariang, kira-kira jam 5 petang, semalam, satu kilometer dari lokasi mangsa dikatakan hilang.


Pemuda itu berkata, dia yakin kepala manusia itu bukan milik adik bongsunya yang hilang sejak dua hari lalu itu berdasarkan giginya.

27 Jan 2012

gadis muda ditahan polis tak pakai pakaian dalam

BANDAR KUWAIT: Orang ramai yang membeli belah di sebuah kompleks perniagaan di Salmiya, menunjukkan reaksi terkejut apabila sekumpulan anggota polis tiba bagi menahan tiga wanita muda yang hanya memakai abaya atau jubah tetapi tidak berpakaian dalam di sebalik jubah hitam itu.

Dua daripada wanita itu, berasal dari negara Teluk sementara seorang lagi warga tempatan bawah umur, kata sumber polis yang dipetik dalam akhbar al-Rai. Kejadian berlaku ketika mereka berada dalam sebuah kafe di kompleks beli belah popular di kota itu beberapa hari lalu.

Rahsia terbongkar apabila seorang budak lelaki memberitahu ibunya dia melihat seorang daripada wanita itu tidak memakai apa-apa di sebalik abaya dipakainya.

Abaya, jubah panjang berwarna hitam, dipakai wanita di sini bagi menutup pakaian dalam apabila berada di khalayak ramai.

26 Jan 2012

11000 koleksi pakaian dalam wanita curi dalam tempoh 30 tahun

BANGKOK: Polis Thailand semalam berkata mereka menahan seorang pencuri dengan lebih 1,000 pasang pakaian dalam wanita di but keretanya.

Polis turut menemui lebih 10,000 pasang barangan sama di kediaman suspek berusia 48 tahun itu yang ditahan bersama seorang rakannya selepas memecah masuk sebuah bangunan di kawasan Chinatown di bandar raya ini.

Polis berkata, lelaki itu mengakui mencuri dan mengumpul pakaian dalam wanita sejak dia berusia 18 tahun.

25 Jan 2012

Barang kemas RM15,000 dalam poket baju kurung dipakai hilang

KUALA KEDAH - Tindakan seorang warga emas membawa barang kemas yang dianggarkan bernilai RM15,000 sewaktu keluar berjalan bersama anak-anaknya mengundang padah apabila barang tersebut lesap tanpa disedari.

Mangsa, Azizah Abdul Hamid, 66, berkata, kejadian berlaku pada 31 Disember tahun lalu dan dia hanya menyedari barangnya hilang semasa hendak menunaikan solat Isyak di rumah.

Menurutnya, barang kemas termasuk cincin berusia lebih 100 tahun itu dibalut dengan sapu tangan dan diletakkan di dalam poket baju kurung yang dipakai.

“Kebiasaannya saya tidak membawa barang kemas sewaktu keluar berjalan dan menyimpannya di rumah, namun pada hari tersebut saya terpaksa membawanya kerana tiada siapa di rumah.


“Saya tidak menyangka langkah berjaga-jaga itu mengundang padah apabila barang tersebut hilang tanpa saya sedari bagaimana kejadian itu boleh berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kota Nelayan.

Selain cincin berusia lebih 100 tahun, Azizah turut meletakkan empat gelang tangan, seutas rantai tangan, sepasang subang, dua bentuk cincin dan loket.

Azizah berkata, dia sendiri buntu dengan kejadian yang berlaku kerana bungkusan itu hilang begitu sahaja tanpa disedari, walaupun dia ada memeriksa poket baju kurungnya sepanjang perjalanan dia ke pusat membeli belah dan kedai makan di Kuala Kedah.

Lebih menghairankan, katanya, dompet bersama kad pengenalan yang disimpan dalam poket sama, tidak hilang dan masih dalam keadaan baik.

“Selepas kejadian itu, perasaan saya sentiasa tidak menentu dan hanya memikirkan bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

“Lagipun barang kemas ini adalah harta yang saya ada, terutama sewaktu terdesak dan digunakan bagi menampung perbelanjaan dapur harian untuk keluarga saya setelah kematian suami sejak 12 tahun lalu,” katanya yang hanya mengharapkan wang pencen suami RM300 sebulan untuk perbelanjaan harian mereka sekeluarga.

Azizah membuat laporan polis pada 16 Januari lalu, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan berharap sekiranya ada individu yang menjumpai bungkusan barang kemas itu agar memulangkannya semula.

Sumber asal: Sinar Harian


simieY: mungkin makcik simpan kat tempat lain tapi dah lupa. agak mustahil boleh hilang kalau disimpan di dalam poket..