• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label datuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label datuk. Papar semua catatan

27 Mei 2021

Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana ditamatkan serta merta

 

Menteri Kewangan (Diperbadankan) bersetuju menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd berkuat kuasa serta merta.


Ketika dihubungi, jurucakap Kementerian Kewangan mengesahkan surat persetujuan penamatan perkhidmatan Ahli Parlimen Pasar Salak itu dikeluarkan bertarikh 26 Mei 2021 yang ditandatangani oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.



"Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan (Diperbadankan) telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri (Tajuddin) sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd ditamatkan berkuat kuasa serta merta.


"Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Datuk Seri berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat," demikian menurut surat yang ditandatangani Tengku Zafrul itu.


Tajuddin dilantik Pengerusi Kumpulan berkuatkuasa 11 Mei 2020 bagi menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim yang meletakkan jawatan pada 7 Mei 2020.


Berasal dari Kampung Gajah, Perak, Tajuddin adalah graduan Universiti Malaya dengan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) pada 1972 dan memulakan karier dalam perkhidmatan awam pada tahun sama.


Selain itu, beliau juga berpengalaman luas dalam sektor perniagaan dan korporat sebelum menceburi bidang politik.


Beliau juga sebelum ini menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bermula 2013 hingga 2018.


Keputusan dibuat oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) itu dipercayai berikutan terdapat desakan supaya Tajuddin meletakkan jawatan susulan kegagalan dan tiada rasa sensitif semasa mengendalikan sidang akhbar kejadian pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT), baru-baru ini.


Khidmat Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/821094/khidmat-tajuddin-sebagai-pengerusi-prasarana-ditamatkan

10 Mei 2021

Datuk Ayob Khan terima notis saman fitnah RM50 juta

 

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menyerahkan sepenuhnya terhadap keputusan mahkamah berhubung notis saman fitnah RM50 juta yang dituntut seorang peguam, Kamal Hisham Ja’afar.


Ayob Khan berkata, kes notis saman itu sudah diterima pihaknya dan masih menunggu tarikh perbicaraan di mahkamah.



“Itu hak dia, kita tunggulah perbicaraan di mahkamah nanti.


“Sepatutnya tidak timbul isu ini (saman fitnah), dia (Kamal Hisham) ditangkap dan dituduh di mahkamah (kes penipuan pengiklanan), bila di mahkamah, dia boleh bela diri,”katanya selepas mengadakan lawatan di sekatan jalan raya (SJR) di Seelong di sini hari ini.


Notis saman fitnah itu diserahkan Kamal Hisham menerusi Tetuan Kamal Hisham & Associates kepada Ayob Khan pada pukul 10.30 pagi, 2 Mei lalu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.


Notis tuntutan itu adalah berkaitan sidang akhbar yang dilakukan Ayob Khan berkaitan seorang peguam memperdaya sebuah syarikat pengiklanan dengan menyamar sebagai peguam Istana Johor yang diadakan pada 22 April lalu.


Notis guaman itu antara lainnya mendakwa Ayob Khan telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang berniat jahat dan tidak benar.


Dalam sidang akhbar itu, Ayob Khan didakwa memaklumkan terdapat laporan polis yang mendakwa peguam itu menyamar sebagai peguam Istana Johor selain peguam tersebut melakukan kesalahan jenayah berkaitan pengubahan wang haram.


Susulan itu, Ayob Khan dituntut untuk membayar pampasan berjumlah RM50 juta sebagai bagi kerosakan imej dan reputasi akibat kenyataan yang dikeluarkan.-K! ONLINE


Saman RM50 juta: Biar mahkamah tentukan – Ayob Khan

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/05/09/saman-rm50-juta-biar-mahkamah-tentukan-ayob-khan/

12 Jul 2020

Datuk didenda RM340000 gaji 68 pekerja asing tidak miliki pas pekerjaan sah


Seorang pengarah sebuah pasar raya didenda RM340,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Gajah di sini, hari ini kerana menggaji 68 pekerja asing yang tidak memiliki pas pekerjaan yang sah.

Datuk Chiew Lian Keng, 56, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1956 yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Berdasarkan pertuduhan, Liang Keng didakwa membenarkan 68 pendatang asing tanpa izin iaitu 51 lelaki warganegara India, 11 lelaki Pakistan, dua lelaki Bangladesh, seorang lelaki Nepal dan tiga lelaki warga Myanmar memasuki premis kendaliannya.

Kesalahan itu dilakukan di pasar raya borong NSK Trade City No.19395 Jalan TTC 26, Taman Teknologi Cheng Daerah Melaka Tengah lebih kurang jam 4 petang, 22 Januari lalu.


Mahkamah mengenakan hukuman denda RM5,000 atau sebulan penjara bagi setiap pendatang tanpa izin atau keseluruhan RM340,000 atau 68 bulan penjara.

Pengarah pasar raya didenda RM340,000 gaji PATI
Pautan : https://www.sinarharian.com.my/article/91594/BERITA/Mahkamah/Pengarah-pasar-raya-didenda-RM340000-gaji-PATI


Mungkin ramai yang berpandangan jumlah amaun yang perlu dibayar berkemungkinan tidaklah seberapa bagi beliau. Namun kita perlu melihat dari segi kesan tidak langsung yang telah dihadapi seperti imej buruk pasaraya yang dikendalikan serta nama baik beliau sendiri. Semoga tiada kes berulang di masa hadapan.

25 Sep 2010

“Sosilawati tidak dirogol!”

KUALA LUMPUR: “Sosilawati tidak dirogol!” tegas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin ketika menafikan laporan beberapa akhbar tempatan kelmarin yang mendakwa polis menyiasat kemungkinan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang dibunuh dan dibakar bersama tiga rakannya bulan lalu, turut dirogol.

BAWA...kenderaan polis membawa suspek keluar dari ladang milik suspek utama di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, semalam.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Mohd Bakri berkata, laporan mengatakan polis sedang menyiasat kemungkinan jutawan kosmetik itu dirogol tidak benar sama sekali.

17 Sep 2010

seorang Datuk nyaris jadi mangsa kelima selepas Sosilawati dan tiga lagi rakan

KUALA LUMPUR: “Jika tidak kerana saya sudah berada di kampung kerana mahu menyambut Aidilfitri, mungkin saya juga senasib dengan Datuk Sosilawati dan tiga lagi rakan,” kata seorang rakan kongsi jutawan kosmetik itu dalam pembelian sebidang tanah seluas 30 ekar (12 hektar) di Batu Feringgih, Pulau Pinang pada Mac 2008.

Usahawan yang juga ahli politik bergelar Datuk itu berkata, suspek utama kes pembunuhan itu yang juga seorang peguam menghubunginya pada 9 September lalu dan memintanya datang ke pejabat bagi mendapatkan wang bayaran penjualan tanah berkenaan.

“Suspek minta saya datang tapi pada hari berkenaan saya tiada di Banting kerana berada kampung di Johor untuk menyambut Aidilfitri keesokannya. Ini menyebabkan dia menyuruh saya datang pada 13 September pula,” katanya ketika ditemui kelmarin.

14 Sep 2010

Empat juga disembelih bersama Datuk Sosilawati Lawiya

BANTING: Pendedahan terbaru berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terkenal, Sosilawati Lawiya, 47, lebih menyentap perasaan apabila hasil siasatan tidak menolak kemungkinan mangsa bersama tiga lelaki lain disembelih menggunakan senjata tajam.

CARI...anggota pasukan penyelam polis mencari bukti di Sungai Kanchong Laut, semalam.

Sumber yang rapat dengan siasatan kes terbabit berkata, berdasarkan siasatan dilakukan, mangsa dikelar di leher sebelum dibakar oleh kumpulan penjenayah terbabit hingga menjadi debu.