• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label dedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dedah. Papar semua catatan

1 Jul 2021

Singapura henti dedah maklumat terperinci kes baru Covid-19

 

Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura tidak akan mendedahkan maklumat mengenai kes baru Covid-19 yang dikesan dalam komuniti selepas negara ini menuju ke fasa baru bagi menangani pandemik ini.


MOH dalam satu kenyataan berkata, maklumat mengenai umur dan pekerjaan pesakit serta tempat yang dikunjungi dan tarikh mereka diuji positif, tidak akan diberikan.



Sebaliknya, maklumat harian terkini oleh MOH akan merangkumi kemajuan dalam skim vaksin di negara ini, termasuk jumlah kes harian.


Ia juga akan memberikan perincian jumlah individu yang mengalami gejala teruk, dan status vaksinasi mereka.


Berita Harian Singapura melaporkan, keputusan itu dibuat oleh pasukan bertindak antara kementerian (MTF) untuk mengatasi pandemik ini.


MOH berkata, ia akan "memberikan lebih banyak tumpuan untuk mencegah penularan virus, memvaksinasi penduduk dan memulakan proses untuk beralih ke norma baru" ketika negara ini menuju ke fasa baru dalam perjuangannya menentang Covid-19.


"Selain jumlah harian, kami akan memberikan maklumat mengenai trend setempat utama, kelompok yang diperhatikan, kemajuan vaksin dan jumlah orang yang mengalami sebarang bentuk penyakit teruk," kata kenyataan itu.


Sebanyak 3.28 juta individu di Singapura telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin sejak 30 Disember tahun lalu, dengan sekitar 5.38 juta dos telah diberikan setakat ini.


Ini bermakna bahawa 57.5 peratus penduduk Singapura telah menerima satu dos vaksin sementara 36.8 peratus - sekitar 2.1 juta orang - telah melengkapkan dua dos vaksin.


Setakat tengah hari semalam, seramai 49,445 telah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 sementara 5,298 diberikan suntikan kedua di bawah program vaksin kebangsaan.


Dalam kenyataan MOH, ia membuktikan bahawa vaksin dapat membantu mencegah gejala serius bagi mereka yang telah dijangkiti.


Sepanjang 28 hari pada bulan Jun, sebanyak 23 kes tempatan memerlukan oksigen, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), atau meninggal dunia.


Daripada jumlah itu, 20 orang tidah divaksin sementara dua lagi hanya divaksin dengan satu dos.


Semalam, seramai 129 pesakit Covid-19 telah dimasukkan ke hospital.


Sebahagian besar antara mereka dalam keadaan baik dan dalam pemerhatian.


Terdapat tiga pesakit dalam keadaan kritikal di ICU di mana mereka berusia lebih 60 tahun dan tidak divaksin.


Singapura henti dedah maklumat kes baru Covid-19

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/06/724806/singapura-henti-dedah-maklumat-kes-baru-covid-19

13 Apr 2021

Korea Utara bakal dedah kapal selam berpeluru berpandu balistik terbaru

 

Korea Utara membina sebuah kapal selam baharu yang dipercayai mampu membawa sekurang-kurangnya tiga peluru berpandu balistik dan sedang menunggu masa sesuai untuk mendedahkannya.


Ia berdasarkan satu laporan agensi berita berita Korea Selatan, Yonhap, yang memetik sumber pegawai Seoul yang tahu mengenai perkara berkenaan.


"Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) percaya Korea Utara sudah menyiapkan pembinaan kapal selam yang didedahkan pada 2019.



"Korea Utara mungkin melaksanakan ujian peluru berpandu balistik menggunakan kapal selam itu selepas majlis pelancarannya," kata pegawai itu seperti dilaporkan agensi berita berkenaan.


Kapal selam itu dipercayai dibangunkan daripada kapal selam model kelas Romeo era Soviet yang diubah suai, dan dibina di Limbungan Kapal Selatan Sinpo di sepanjang pesisir pantai timur, yang juga pangkalan armada kapal selam Korea Utara.


Menurut laporan itu, Korea Utara juga turut membina kapal selam lebih besar yang mampu membawa peluru berpandu lebih canggih, merujuk kepada peluru berpandu Pukguksong-4 dan Pukguksong-5, masing-masing didedahkan pada tahun lalu dan tahun ini ketika perarakan tentera dan mesyuarat utama parti pemerintah.


Khamis lalu, portal 38 North mendakwa berdasarkan imej satelit, Korea Utara berkemungkinan sedang bersiap sedia untuk mendedahkan peluru berpandu balistik baharu, atau melaksanakan ujian peluru berpandu daripada kapal selam.


Kali terakhir Korea Utara melaksanakan ujian peluru berpandu daripada kapal selam adalah membabitkan Pukguksong-3 pada 2019, beberapa jam selepas mengumumkan akan meneruskan rundingan nuklear dengan AS. - AGENSI


Korea Utara bersedia lancar kapal selam peluru berpandu balistik

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/04/806280/korea-utara-bersedia-lancar-kapal-selam-peluru-berpandu-balistik

14 Feb 2012

wanita dedah payudara semasa suhu mencecah -22 darjah Celsius

Tiga aktivis pergerakan hak wanita, FEMEN dari Ukraine sanggup mendedahkan payudara mereka semasa melakukan tunjuk perasaan dalam suasana sejuk melampau di depan ibu pejabat syarikat gergasi gas semula jadi Gazprom di sini semalam.

Mereka yang hanya memakai seluar panjang mendedahkan payudara sambil memegang poster yang mengandungi mesej mengutuk tindakan syarikat Gazprom.

Ketiga-tiga wanita itu mendedahkan payudara semasa suhu mencecah -22 darjah Celsius.

30 Jan 2012

wanita ditangkap dedah payudara

DAVOS, Switzerland - Tiga wanita dari pertubuhan pembela hak asasi wanita, FEMEN ditangkap polis kerana mendedahkan payudara semasa menunjuk perasaan di lokasi Forum Ekonomi Dunia yang disertai beberapa pemimpin dunia di sini pada Sabtu lalu.

Dua daripada mereka ditangkap polis semasa cuba memanjat pagar ke sebuah resort yang menjadi lokasi forum tersebut berlangsung.

Mereka yang menuntut keadilan ekonomi dunia hanya memakai seluar panjang tanpa baju walaupun cuaca amat sejuk. - Agensi/AFP

17 Jan 2011

NASA dedah idea pesawat baru menjelang 2025

WASHINGTON - Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) mendedahkan gambar generasi baru pesawat penumpang pada 2025, lapor sebuah akhbar semalam.
SYARIKAT Boeing mengemukakan idea pesawat seperti burung untuk Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat.

Ia mendedahkan konsep reka bentuk bagi menggambarkan penerbangan yang mempunyai enjin tidak terlalu bising dan penggunaan tenaga yang efisen.

Tiga buah syarikat gergasi penerbangan, Lockheed Martin, Northrop Grumman dan The Boeing Company mengemukakan pelbagai reka bentuk itu pada hujung tahun lalu.

Ketiga-tiga syarikat itu memenangi kontrak daripada NASA untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan sekali gus menguji konsep tersebut pada tahun ini.