• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label denda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label denda. Papar semua catatan

3 Jun 2021

Suri rumah didenda RM5000 sebar berita tidak benar penularan Covid-19

 

Suri rumah menjadi individu pertama di negara ini didenda mengikut Ordinan Darurat selepas mengaku bersalah menyebarkan berita palsu mengenai penularan Covid-19.


Norjannah Rusli, 28, didenda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas dia mengaku bersalah menyebarkan berita palsu menerusi aplikasi telefon pintar di Arau pada April lalu.


Dia membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.



Mengikut kertas pertuduhan, suri rumah berkenaan didakwa menggunakan aplikasi WhatsApp melalui nombor talian yang didaftarkan kepada tertuduh dengan niat untuk menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 8664, Jalan Pauh, Kampung Belukar, Arau pada 10.31 pagi, 18 April lalu.


Tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021.


Pendakwaan dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Perlis, Mohd Nordin Ismail, manakala tertuduh diwakili Zuhair Ahmad Zakuan dan dibantu Siti hajar Che Ahmad dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).


Ketika prosiding, Mohd Nordin berkata, ia adalah kes pertama seumpamanya di Perlis dan walaupun kesalahan berkenaan adalah kesalahan pertama tertuduh namun perbuatannya memuat naik berita yang tidak sahih mengenai penularan Covid-19 di sebuah sekolah di Arau itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk dan guru di sekolah terbabit.


Berikutan itu, pihaknya memohon satu hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat untuk tidak sewenang-wenangnya berkongsi berita atau memuat naik sesuatu berita yang tidak sahih dan benar.


Zuhair yang mewakili tertuduh pula meminta mahkamah mengenakan hukuman ringan terhadap tertuduh disebabkan sedang mengandung.


Selain itu, tertuduh juga mempunyai dua anak berusia empat dan lima tahun serta suami yang baru kehilangan kerja sebagai pemandu lori disebabkan penularan Covid-19.


Zuhair berkata, tindakan tertuduh yang berkongsi berita berkenaan itu hanyalah kerana gesaan kepada masyarakat supaya berhati-hati serta kegusarannya terhadap penularan jangkitan Covid-19 yang semakin naik di negeri itu.


Selain mengenakan denda RM5,000 terhadap tertuduh, Hakim Musyiri turut memerintahkan suri rumah itu juga boleh dipenjara selama lima bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.


Bagaimanapun, tertuduh dilaporkan membayar denda terbabit.


Pada 20 April lalu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis membuat laporan polis berhubung penularan berita di media sosial yang mendakwa sembilan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka disahkan positif Covid-19.


Laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar dan selepas siasatan dilakukan hanya seorang sahaja yang disahkan positif Covid-19.


Suri rumah didenda RM5,000 mengikut Ordinan Darurat

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/712998/suri-rumah-didenda-rm5000-mengikut-ordinan-darurat-metrotv



Itulah..terkadang kita punyai sikap yang sangat prihatin dan mengambil berat. Namun kita sering terlupa satu perkara yang sangat penting..iaitu pastikan kesahihan apa-apa cerita/berita atau apa-apa maklumat yang diterima.

Kerajaan kan dah selalu pesan di media massa "Tak pasti, jangan kongsi.."

7 Apr 2021

Kumpulan wanita berbogel beramai-ramai berdepan hukuman penjara hingga enam bulan dan denda RM5,722

 

Berbogel beramai-ramai. Itu tindakan sekumpulan wanita yang melakukannya di sebuah penthouse di sini, baru-baru ini.


Natijahnya, semua mereka ditahan pihak berkuasa selepas rakaman video memaparkan aksi bogel mereka itu tular di media sosial.



Gelagat dan aksi kumpulan wanita itu dipercayai dirakamkan oleh seseorang dari bangunan bersebelahan.


Daily Star melaporkan, kumpulan wanita terbabit sanggup beraksi bogel kerana dipercayai menyertai pertandingan.


Mereka yang ditahan berdepan hukuman penjara hingga enam bulan dan denda RM5,722.


Difahamkan, individu yang merakam dan menyebarkan video itu juga dipercayai akan dikenakan tindakan undang-undang.


Sementara itu, Polis Dubai memberi amaran bahawa kelakuan sedemikian tidak dapat diterima dan tidak mencerminkan nilai serta etika masyarakat negara itu.


Pertandingan bogel beramai-ramai, peserta ditahan

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/04/691537/pertandingan-bogel-beramai-ramai-peserta-ditahan

12 Jul 2020

Datuk didenda RM340000 gaji 68 pekerja asing tidak miliki pas pekerjaan sah


Seorang pengarah sebuah pasar raya didenda RM340,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Gajah di sini, hari ini kerana menggaji 68 pekerja asing yang tidak memiliki pas pekerjaan yang sah.

Datuk Chiew Lian Keng, 56, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1956 yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Berdasarkan pertuduhan, Liang Keng didakwa membenarkan 68 pendatang asing tanpa izin iaitu 51 lelaki warganegara India, 11 lelaki Pakistan, dua lelaki Bangladesh, seorang lelaki Nepal dan tiga lelaki warga Myanmar memasuki premis kendaliannya.

Kesalahan itu dilakukan di pasar raya borong NSK Trade City No.19395 Jalan TTC 26, Taman Teknologi Cheng Daerah Melaka Tengah lebih kurang jam 4 petang, 22 Januari lalu.


Mahkamah mengenakan hukuman denda RM5,000 atau sebulan penjara bagi setiap pendatang tanpa izin atau keseluruhan RM340,000 atau 68 bulan penjara.

Pengarah pasar raya didenda RM340,000 gaji PATI
Pautan : https://www.sinarharian.com.my/article/91594/BERITA/Mahkamah/Pengarah-pasar-raya-didenda-RM340000-gaji-PATI


Mungkin ramai yang berpandangan jumlah amaun yang perlu dibayar berkemungkinan tidaklah seberapa bagi beliau. Namun kita perlu melihat dari segi kesan tidak langsung yang telah dihadapi seperti imej buruk pasaraya yang dikendalikan serta nama baik beliau sendiri. Semoga tiada kes berulang di masa hadapan.

27 Mac 2020

Diva AA Azwan Ali didenda RM17000 kerana Celupar

Peribahasa "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa" bermaksud Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.
Pautan : https://maksudperibahasa.com/kerana-pulut-santan-binasa-kerana-mulut-badan-binasa/

Ini peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi yang dihadapi selebriti Azwan Ali yang menggelarkan diri beliau Diva AA apabila didenda RM17000 selepas memuatnaik satu video tular di channel youtubenya.
Diva AA didenda RM17000
Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/03/559108/diva-aa-didenda-rm17000

Video yang dimuatnaik beliau dikatakan telah disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

7 Mac 2012

Jakim kuatkuasa denda logo halal mulai Julai 2012

BERA – Semua pemilik premis makanan diberi tempoh sehingga akhir Mei ini untuk memastikan logo halal yang dipamerkan adalah keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ini kerana mulai 1 Jun, pengusaha yang mempamerkan logo halal selain daripada yang dikeluarkan oleh Jakim akan diberi amaran sebelum tindakan denda dan penjara dikuatkuasakan bermula 1 Julai di bawah Seksyen 16 Akta Perdagangan Dalam Negeri 2011.

2 Nov 2010

Ameng Spring di penjara 2 bulan, denda RM4,000

KUALA LUMPUR: “Saya reda dengan keputusan ini dan menganggap semua yang terjadi adalah ujian daripada Allah,” kata Ameng, 42, ketika ditemui pemberita di kaunter jaminan Mahkamah di sini semalam.

Vokalis kumpulan spring itu berkata demikian selepas dikenakan hukuman dua bulan penjara dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya, April lalu.


Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan melampaui munasabah di akhir pembelaan terhadap Ameng.

Beliau turut memerintahkan Ameng atau nama penuhnya Wan Aminuddin Wan Ismail dikenakan tiga tahun pengawasan daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan sekiranya gagal menjelaskan denda, dia boleh dikenakan empat bulan penjara.