• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label digi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label digi. Papar semua catatan

1 Apr 2020

Cara tebus 1GB internet percuma sepanjang PKP

Mungkin ada lagi yang masih tertanya-tanya cara untuk menebus 1GB internet percuma. Saya pengguna Hotlink Postpaid dan baru ja menebus 1GB untuk hari ini. Saja nak mencuba..

Saya telah melanggan unifi internet unlimited, jadi mobile data hanya diguna semasa di luar rumah sahaja. Namun saya akui, pemberian 1GB ni kepada pengguna prepaid dan postpaid sangat-sangat bagus kerana mengikut keadaan sekarang, semua maklumat boleh didapati secara terus melalui telefon. Jadi agak membebankan sekiranya perlu tambahan duit untuk topup dan sebagainya.

Internet percuma 1GB ni hanya boleh digunapakai bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang bermula hari ni sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Caranya adalah seperti berikut;

Celcom
- automatik terus masuk ke telefon

DIGI
- tebus melalui aplikasi MyDigi

Maxis
- tebus melalui aplikasi MyMaxis, MyMaxis Biz, Hotlink Flex, Hotlink RED atau UMB dan pilih 1GB daily pass

UMOBILE
- Prepaid  : dail *118*6# kemudian pilih special offer
- Postpaid : dail *118*7# kemudian pilih special offer

TUNETALK
- sms STAYHOME ke 2222

ONEXOX
- tebus melalui aplikasi ONEXOX Black atau dail USSD*150#


Perkongsian oleh kenalan di laman facebook.


28 Mac 2020

Pelanggan Celcom Digi Maxis UMobile terima 1GB percuma setiap hari mula 1 April

Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi nyata membuatkan rakyat menarik nafas lega.

Internet percuma dengan nilai RM600 juta bermula 1 April ini sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat antara jam 8 pagi hingga 6 petang nyata dapat mengubat keresahan anak muda mahupun bapak budak yang terpaksa berkurung di rumah. Hahaa..

Semestinya penggemar sukan elektronik (e-sukan) akan menggunakan peluang ini sebaiknya sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

1GB Internet percuma setiap hari sepanjang PKP
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/559345/1gb-internet-percuma-setiap-hari-sepanjang-pkp


Saya akui pemberian 1GB sehari ini juga amat bersesuaian dengan keadaan sekarang kerana terdapat beberapa guru yang prihatin yang telah mengambil langkah drastik untuk mengisi masa terluang pelajar dengan membuat latihan dan ulangkaji secara atas talian.

22 Mac 2010

DiGi’s So Easy to be Famous Contest

hehee...
dengan muka yang tak malu kawe masuk contest DiGi’s So Easy to be Famous.
tengok gambar kat bawah.
teka la mana satu kawe.hehee..



nanti pakat2 vote tau.hehee..

alang-alang dah masuk contest, kawe pun masuk contest untuk video skali.

vote kaweyer.hehee..
thanks!!~