Kebaikan e-wallet antaranya dari segi penjimatan masa kerana kekerapan mengeluarkan wang di mesin ATM dapat dikurangkan. Pemprosesan juga lebih cekap contohnya dengan menggunakan aplikasi Setel, anda boleh terus mengisi petrol atau diesel tanpa ke kaunter serta beberapa kebaikan yang lain.
Saya pernah temui seorang pemuda yang menjual kuih di pasar malam di Kulai menyedia perkhidmatan bayaran secara e-wallet menggunakan aplikasi Boost. Jelas, penyedia e-wallet mempunyai peluang pasaran yang sangat luas di masa depan.
Terbaru dalam pengumuman Perdana Menteri pada 5 Jun 2020, pemberian E-dompet RM50 ini bertujuan untuk menggalakkan kaedah pembayaran tanpa sentuh. Ini kerana tiada transaksi membayar dan memulangkan baki semasa proses pembelian.
Perdana Menteri berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan menerusi program e-PENJANA bernilai RM750 juta bermula Julai ini, yang dijangka memanfaatkan kira-kira 15 juta rakyat.
"Inisiatif ini juga akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet," katanya.
E-dompet RM50 galak pembayaran tanpa sentuh
Kepada yang masih belum memiliki akaun e-wallet. Jangan lepaskan peluang ini dan install di telefon sekarang..