• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label elak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label elak. Papar semua catatan

1 Mei 2021

Bagi suami makan ubat mati pucuk elak curang

 Sanggup memberikan suaminya ubat mati pucuk.


Itu tindakan nekad seorang wanita di China bagi memastikan suaminya tidak curang kepadanya.


Memetik South China Morning Post, wanita itu membeli diethylstilbestrol (DES) untuk mencegah suaminya daripada menjalinkan hubungan intim dengan wanita lain.



Wanita itu mengaku dia memberikan ubat itu kepada suaminya selama dua minggu berturut-turut.


"Suami tertanya-tanya mengapa alat kelaminnya tidak berfungsi normal.


"Jangan salahkan saya, saya melakukan perbuatan ini demi keluarga dan saya akan terus memberikannya ubat itu," katanya dalam sebuah video yang tular di media sosial.


Selepas video itu tular, penjualan ubat berkenaan ditarik dari kedai dalam talian.


Namun, dilaporkan masih ada peniaga yang menjualnya secara sembunyi dalam bentuk serbuk putih kerana tidak berbau dan mudah larut dalam air.


Mereka dikategorikan sebagai melanggar undang-undang kerana tidak mendapat kebenaran untuk menjual ubat berkenaan.


Difahamkan, lelaki yang mengambil ubat itu kembali normal selepas 21 hari penggunaannya.


Sementara itu, Global Times melaporkan wanita itu boleh dihukum jika suaminya mengalami masalah kesihatan dan kecederaan serius.


'Cegah' suami curang

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/05/700969/cegah-suami-curang

6 Apr 2021

Polis perketat pemeriksaan di sekatan jalan raya elak rentas negeri secara haram sempena awal Ramadan

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan pemeriksaan ketat di setiap sekatan jalan raya bagi memastikan tiada individu cuba merentas negeri balik ke kampung bagi menyambut awal Ramadan, minggu depan.


Setakat ini, terdapat kira-kira 35 sekatan jalan raya diadakan di setiap pintu masuk dan keluar serta sempadan negeri di seluruh negara.


Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, berkata polis tidak akan berkompromi, sebaliknya tindakan tegas diambil terhadap mereka terbabit jika melakukan kesalahan itu.


Beliau berkata, kelonggaran rentas negeri hanya diberi kepada mereka yang mempunyai dokumen perjalanan lengkap dengan kebenaran polis.


"Polis percaya ada peningkatan cubaan rentas negeri untuk balik ke kampung menjelang Ramadan yang dijangka disambut 13 April ini memandangkan pada tahun lalu, tidak dapat berbuat demikian.


"Pelbagai cara akan digunakan orang awam untuk berbuat demikian, jadi di peringkat PDRM kita akan memperketatkan semua pemeriksaan di sekatan jalan raya bagi memastikan tiada yang terlepas.


"Jika dikesan melanggar undang-undang, tiada nasihat diberikan, sebaliknya tindakan undang-undang terus diambil ke atas individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) itu," katanya selepas Majlis Pelancaran Satu Taman Satu Polis Dan Fokus PDRM Kontinjen Melaka 2021 di Bukit Beruang, hari ini.


Yang turut hadir, Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali.


Zainal berkata, sehingga kini terdapat kira-kira 35 sekatan jalan raya diadakan di setiap pintu masuk dan keluar serta sempadan negeri di seluruh negara.


"Jika kes harian COVID-19 meningkat, kita akan tambah jumlah sekatan jalan raya," katanya.


Sementara itu, mengulas Program Satu Taman Satu Polis, beliau berkata, Melaka menjadi negeri perintis bagi inisiatif itu dalam meningkatkan pencegahan jenayah apabila tujuh kawasan perumahan dipilih pada fasa pertama.


"Program ini akan diperluaskan ke seluruh negara jika kajian impak dalam tempoh tiga bulan menunjukkan kesan positif, selain dapat menurunkan kadar jenayah di taman perumahan," katanya.


Polis kawal ketat elak rentas negeri awal Ramadan

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/803724/polis-kawal-ketat-elak-rentas-negeri-awal-ramadan

18 Feb 2016

kapsul anti-denggi diperbuat daripada ekstrak daun betik dan minyak kelapa dara dihasilkan penyelidik UTM potensi elak virus zika

Sekumpulan penyelidik Institut Pembangunan Bioproduk Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menghasilkan kapsul anti-denggi diperbuat daripada ekstrak daun betik dan minyak kelapa dara yang berpotensi mengatasi jangkitan virus Zika.

Penyelidikan selama lima tahun itu diyakini selamat digunakan untuk semua peringkat umur termasuk wanita mengandung, selain boleh digunakan bagi mengelak jangkitan denggi.

Ketua Penyelidik, Dr Harisun Yaakob, berkata produk itu menggunakan dua herba terpilih dan menjadikan minyak kelapa dara yang dikesan mempunyai fungsi terbaik sebagai ejen pembawa.


Beli air mani dengan harga RM13,100 satu picagari elak hukuman mati

Empat pengawal penjara disoal siasat selepas didakwa membantu menghamilkan seorang banduan untuk membolehkan dia mengelak hukuman mati.

Nguyen Thi Hue, pengedar dadah yang menanti hukuman mati di sebuah penjara di Vietnam, menghamilkan dirinya dengan air mani yang dibelinya dengan harga AS$3,100 (RM13,100) dari seorang rakan banduan, lapor akhbar Thanh Nien News.

Keempat-empat pengawal penjara itu digantung tugas atas tuduhan cuai, selepas penyiasat mendapati Nguyen Tuan Hung memberikan picagari mengandungi air maninya dua kali kepada Hue pada Ogos tahun lalu.

Hue, 42, hamil selepas menggunakan air mani itu dan dijangka melahirkan kandungannya April depan. Undang-Undang Vietnam menetapkan, wanita hamil atau ibu yang anaknya berusia kurang daripada 36 bulan, tidak boleh dijatuhi hukuman mati.

4 Feb 2016

Elak ke 26 negara berisiko dijangkiti virus zika

Kementerian Kesihatan mengesahkan sehingga kini tiada kes jangkitan virus Zika dikesan di negara ini dan menasihatkan orang ramai mengelak daripada mengunjungi 26 buah negara yang didapati terjejas dengan virus itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, berdasarkan pemantauan sehingga semalam, sebanyak 293 sampel darah daripada pesakit menunjukkan gejala denggi dan keputusan ujian bagi mengesan virus Zika didapati semuanya negatif.

“Masyarakat perlu lebih peka terhadap langkah keselamatan yang akan diumumkan oleh kementerian dari semasa ke semasa dalam melindungi diri dan keluarga daripada dijangkiti virus itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

16 Jan 2012

Jalan mengundur 2km elak diterkam harimau

KUALA KANGSAR: Detik menakutkan terpaksa dilalui dua beranak apabila terpaksa berjalan mengundur sejauh hampir dua kilometer selepas diekori dan cuba dibaham dua harimau.

Kejadian kira-kira jam 8 pagi semalam, mangsa, Rohani Osman, 50, dan anaknya, Mastura Kamarudin, 16, terpaksa melalui pengalaman menakutkan apabila terserempak dengan dua harimau dewasa ketika menoreh getah berhampiran Kampung Chuar Hulu, Kati di sini.

Rohani berkata, dia leka menoreh getah berhampiran kawasan jirat Cina lama tergamam apabila melihat dua ekor ‘pak belang’ muncul sebelum merenung ke arah mereka.

“Saya pucat lesi dan tidak tahu apa yang harus dilakukan apabila harimau berjalan ke arah kami.

“Ketika itulah saya teringat petua orang tua bahawa harimau akan menyerang mangsanya daripada belakang terutama di bahagian tengkuk. Saya menyuruh anak bertenang dan jalan mengundur sambil mengadap harimau berkenaan,” katanya.

sumber asal: myMetro

simieY: Alhamdulillah..berpantang maut sebelum ajal :)