• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label emas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label emas. Papar semua catatan

17 Mei 2021

40000 dos vaksin Covid-19 untuk warga emas dan OKU

 

Sebanyak 40,000 dos vaksin Covid-19 akan diasingkan bagi tujuan vaksinasi kumpulan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang menjadi kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam Program Imunisasi Covid-19 (PICK) fasa kedua.


KPWKM dalam satu kenyataan berkata, permohonan untuk tujuan itu telah dibuat kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) agar proses vaksinasi kepada kumpulan sasar terbabit dapat dipercepatkan.



Katanya, setakat ini, sebanyak enam institusi penjagaan warga emas di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diberikan tarikh pemberian vaksin oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang bermula 5 Mei lalu.


Untuk rekod, terdapat 15 institusi warga emas di bawah JKM di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan penghuni sebanyak 2,081 setakat 30 April lalu.


“KPWKM melalui JKM telah mengemukakan senarai nama seramai 68,003 kumpulan sasar terdiri daripada 48,564 warga emas dan 19,439 OKU yang berdaftar untuk diberi suntikan vaksin dalam fasa kedua PICK.


“Daripada jumlah 48,564 warga emas, ia merangkumi ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan penghuni institusi-institusi seliaan KPWKM.


“Bagi jumlah 19,439 OKU pula, ia terdiri daripada pelatih Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK),” katanya di sini hari ini.


Pada masa sama, KPWKM berkata, kementerian melalui JKM juga sentiasa membuat pemantauan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan Covid-19 ke atas 382 buah pusat jagaan warga emas dan 196 buah pusat jagaan OKU yang berdaftar di bawah JKM.


Katanya, sehingga 11 Mei lalu, sebanyak 404 pusat jagaan telah dibuat pemantauan.


“KPWKM juga menyeru kepada seluruh kumpulan sasar agar memberikan kerjasama sepenuhnya dengan mendapatkan vaksinasi Covid-19 mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh kerajaan.


“Ini demi memastikan program vaksinasi di negara ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan,” katanya.


Untuk keterangan lanjut berkenaan, mereka boleh melayari http://www.VaksinCovid.gov.my dan menghubungi Talian Kasih 15999 atau talian WhatsApp 019 – 2615999 yang beroperasi 24 jam sehari.


40,000 dos vaksin untuk warga emas, OKU

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/05/17/40000-dos-vaksin-untuk-warga-emas-oku/

4 Apr 2021

Perbarisan Emas Firaun pemindahan mumia raja dan permaisuri berusia lebih 3,000 tahun

 

Perarakan besar-besaran bagi memindahkan 22 mumia dari Muzium Mesir di Tahrir ke Muzium Tamadun Nasional Mesir di Fustat di bandar raya ini, diadakan malam tadi.


Dikawal ketat pihak keselamatan, kenderaan khas yang membawa mumia itu melalui perjalanan sekitar bandar raya ini sejauh tujuh kilometer dari Muzium Mesir ke Muzium Tamadun Nasional Mesir yang baharu.



Laluan konvoi membawa puluhan mumia diraja itu melalui jalan raya yang dipasang dengan lampu dan sepanduk bagi acara yang digelar Perbarisan Emas Firaun, sekali gus menarik perhatian penduduk bandar raya ini.


Mumia yang dipindahkan terdiri daripada 18 raja dan empat permaisuri yang dianggarkan berusia lebih 3,000 tahun.


Setiap satu akan diletakkan di dalam kapsul berisi gas nitrogen untuk perlindungan dan kereta yang direka khas untuk memastikan keselamatan dan kestabilan setiap mumia.


Perarakan itu adalah antara usaha bagi menarik pelancongan di Mesir setelah jumlah pelawat merosot dari 13.1 juta pada 2019 kepada 3.5 juta tahun lalu.


"Dengan rasa bangga, kita menantikan kedatangan raja dan permaisuri firaun untuk ditempatkan di rumah baharu.


"Rakyat dapat menyaksikan tamadun unik dan sejarah kebanggaan negara kita," ciap Presiden, Abdel Fattah al-Sisi di Twitter. - AFP


Perarakan besar-besaran pindah mumia firaun di Kaherah

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/afrika/2021/04/803279/perarakan-besar-besaran-pindah-mumia-firaun-di-kaherah

26 Mac 2021

Cacing pita sepanjang 18 meter punca warga emas deritai sakit perut

 

Seorang lelaki di Thailand terkejut apabila mendapati sakit perut dialaminya berpunca daripada cacing pita sepanjang 18 meter di dalam badannya.


Ia adalah rekod cacing pita paling panjang pernah dikeluarkan dari tubuh manusia di Thailand sejak 50 tahun.


Daily Star melaporkan pesakit berusia 67 tahun dari wilayah Nong Khai itu pada mulanya menderita kembung perut sejak awal Mac lalu.



Dia kemudian pergi ke hospital dan doktor mengambil sampel najisnya untuk ujian.


Hasil ujian mengandungi 28 larva infektif dipercayai berasal daripada daging lembu yang dijangkiti dan tidak dimasak.


Mereka memberi ubat kepada pesakit sebelum parasit itu keluar dari punggungnya pada keesokan harinya iaitu 20 Mac.


Rakaman yang diambil di Pusat Penyelidikan Penyakit Parasit menunjukkan dua doktor terkejut dan menuang air ke sebahagian besar cacing pita.


Kemudian, mereka menggunakan forseps untuk melakukan bedah siasat terhadap parasit itu dan meletakkannya di atas tikar plastik merah.


Jurucakap Pusat Penyelidikan Penyakit Parasit berkata, cacing pita jenis Taenia Saginata lebih 18 meter ditemui daripada seorang pesakit.


"Dia diberi ubat cacing sebelum tidur dan pada waktu pagi cacing panjang ini keluar dari punggungnya," katanya.


Lelaki itu diberi ubat dan diminta untuk mengubah tabiat pemakanannya.


Dr Schawanya Rattanapitoon yang mengetuai pasukan itu berkata, jangkitan itu disebabkan individu makan daging lembu mentah.


Katanya, parasit ini dapat hidup dalam badan manusia untuk tempoh lebih 30 tahun.


"Kami mencadangkan supaya keluarga pesakit juga menjalani ujian perubatan untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai parasit sama.


"Kami juga mengingatkan kepada mereka untuk tidak terus memakan daging mentah kerana itu adalah salah satu penyebab utama parasit dalam badan. '


Taenia saginata biasanya dikenali sebagai cacing pita daging lembu adalah sejenis parasit yang dapat hidup dalam usus manusia sehingga 30 tahun.


Manusia boleh dijangkiti ketika mereka memakan daging lembu mentah yang mengandungi larva infektif.


Cacing 18m dalam perut

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/03/688072/cacing-18m-dalam-perut

5 Feb 2021

Arkeologi temui mumia berlidah emas

 

Sekumpulan ahli arkeologi Mesir-Dominika yang menjalankan misi cari gali di Alexandria menemui mumia berusia sekitar 2,000 tahun lalu dengan lidah keemasan, baru-baru ini.


Penemuan mumia itu disahkan oleh pihak berkuasa Mesir kepada AFP, Rabu lalu.


"Misi itu menemui 16 kuburan di kuil Taposiris Magna yang terletak di sebelah barat Alexandria dekat utara Mesir," demikian kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Antikuiti Mesir berhubung penemuan itu.



Menerusi kenyataan sama, kementerian itu memaklumkan teknik pengebumian digunakan secara meluas pada zaman Yunani dan Rom.


"Terdapat beberapa mumia dalam kubur berkenaan yang tidak terpelihara dengan baik tetapi mempunyai saduran emas pada bahagian lidahnya.


"Emas diletakkan di mulut si mati kerana dipercayai supaya mereka dapat bercakap pada 'hari kebangkitan' nanti," katanya.


Sementara itu, ketua misi cari gali, Kathleen Martinez berkata, dua daripada mumia ditemui menarik perhatian kumpulan penyelidik.


"Salah satunya mempunyai pembalut dan bahagian kadbod bersama lapisan kain linen yang dilekatkan, disadur dan dicat pada keseluruhan badan mumia selain dihiasi dengan dengan patung Osiris, dewa kematian Mesir.


"Satu lagi mumia memiliki mahkota yang dihiasi dengan tanduk dan ular tedung serta kalung bersama loket dalam bentuk kepala helang yang mewakili dewa Horus, putra Isis dan Osiris," katanya.


Sementara itu, Ketua Antikuiti Alexandria, Khaled Abu al-Hamd berkata, pasukan misi berkenaan turut menemui topeng pengebumian wanita dan mahkota emas.


dan lapan topeng marmar.


Misi itu diadakan di sebelah barat Alexandria selama beberapa tahun dalam usaha mencari makam legenda, permaisuri Ptolemaic Cleopatra, meskipun terdapat keraguan dalam kalangan kalangan arkeologi mengenai kemungkinan kewujudannya di kawasan itu.


Kerajaan purba Ptolemaic berasal dari Yunani dan memerintah Mesir antara 323 dan 30 sebelum Masihi sebelum Rom mengambil alih pemerintahan dengan Cleopatra menjadi pemerintah terakhirnya. Agensi


Mumia berlidah keemasan

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/afrika/2021/02/671444/mumia-berlidah-keemasan

28 Sep 2020

Magawa tikus pertama terima Pingat Emas Keberanian Tertinggi PDSA

 

Seekor tikus pengesan bernama Magawa dianugerahkan pingat emas keberanian tertinggi untuk haiwan kerana jasanya mengesan periuk api di Kemboja.


Ia adalah pingat setaraf penghormatan kepada orang awam tertinggi United Kingdom (UK).


Pingat itu dianugerahkan kepada tikus gergasi baka Afrika berusia lima tahun berkenaan oleh badan amal Britain, People's Dispensary for Sick Animals (PDSA).


PDSA adalah badan amal untuk membantu haiwan yang cedera dan sakit milik golongan miskin.


Mengikut rekod, Magawa dilatih oleh organisasi Belanda, APOPO yang berpangkalan di Tanzania.


Organisasi berkenaan melatih haiwan untuk mengesan periuk api dan menunjukkan lokasinya kepada manusia.


Sepanjang 'berkhidmat' di Kemboja, Magawa berjaya mengesan 39 periuk api dan 28 peledak yang tidak meletup.


Ia sekali gus membantu pihak berkuasa membersihkan kawasan seluas 141,000 meter persegi atau hampir 35 ekar (kira-kira 14 hektar).


"Ini menjadikan Magawa HeroRat (HeroTikus) paling berjaya serta APOPO sebagai organisasi yang melatihnya. Ia benar-benar unik dan luar biasa.


"Pingat Emas PDSA adalah setaraf anugerah George Cross Britain," kata Ketua Pengarah PDSA, Jan McLoughlin.


Menurutnya, keberanian Magawa secara langsung menyelamatkan kehidupan ramai individu yang mungkin terkena jerangkap samar.


Tikus dapat pingat emas keberanian

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/2020/09/625107/tikus-dapat-pingat-emas-keberanian

31 Ogo 2020

The Golden Goose sandwic bersadur emas urai bernilai RM1500

 

Kebiasaannya sandwic bersalut mentega kacang dan jeli adalah pilihan hidangan yang menjimatkan wang. Tetapi tidak bagi sandwic yang ditawarkan sebuah restoran di Chicago ini yang mungkin dikategori paling mahal di dunia apabila berharga AS$350 (kira-kira RM1,500).


Pemilik restoran, PB&J muncul dengan idea sandwic termahal di dunia itu selepas melihat sebuah restoran menyajikan sandwic dengan ditusuk pencungkil gigi disadur emas 24 karat pada kepingan roti. The Golden Goose dibuat daripada kepingan roti kemudian disadur emas urai (gold dust) bersama tepung dengan topping keemasan.



Sekeping roti diapit bersama jem yang paling mahal di dunia, iaitu kismis merah dan putih yang sukar diperoleh. Satu balang 100 gram jem Maison Dutriez berharga 20 euro (RM99). The Golden Goose ditaburkan dengan salah satu jenis madu yang amat sukar diperoleh iaitu madu manuka yang diimport dari New Zealand berharga 371 euro (RM1,840) bagi setiap 250 gram.Madu manuka hanya dihasilkan daripada bunga pokok manuka yang terdapat di New Zealand. 


Resipi ini turut menggunakan bahan termurah iaitu mentega kacang Adams All-Natural. Harga sebotol mentega kacang dijual pada harga lima euro (RM24).


Sandwic RM1,500!

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/2020/08/615627/sandwic-rm1500

18 Jun 2020

Kerusi roda selesai masalah pundi renang ikan emas


Seorang pereka fesyen berjaya membina kerusi roda untuk ikan emas kesayangannya yang sukar berenang akibat kecacatan di Seoul.

Daily Mail melaporkan, Henry Kim, 32, berusaha mencari idea di enjin carian Google sebelum mengolahnya sendiri menggunakan bahan plastik bagi membolehkannya membantu ikan itu terapung.

Ikan terbabit mengalami penyakit pundi renang yang menyebabkannya sama ada terapung secara terbalik atau tenggelam di dalam akuarium.

Menurut Kim, sebelum ini banyak daripada ikan emas peliharaannya mati akibat penyakit itu sekali gus mendorongnya mencari jalan menyelamatkan ikan terbabit.

“Penyakit pundi renang boleh berpunca daripada pelbagai sebab seperti terlebih makan atau air yang kotor.

“Keadaan ini sering terjadi kepada ikan emas yang diimport dari Thailand atau China.


“Ikan emas yang mengalami penyakit ini hanya boleh hidup untuk beberapa bulan saja dan saya amat bertuah kerana kerusi roda ini memberi peluang ikan peliharaan hidup sehingga lima bulan. Ia membantunya terapung dan hidup lebih lama,” katanya.



Ikan emas dapat 'kerusi roda'
Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/2019/07/477385/ikan-emas-dapat-kerusi-roda


Seorang lelaki di Texas sanggup membuat ‘kerusi roda’ untuk ikan emas yang menghidap penyakit yang menyebabkan ia tidak dapat terapung di dalam air.

Lelaki dikenali sebagai Derek, 20, itu yang bekerja di sebuah kedai akuarium di San Antonio, Texas berkata, dia tidak sampai hati melihat ikan itu cuma mampu ‘duduk’ di dasar akuariumnya.

“Saya membeli tiub yang selalunya digunakan untuk pengudaraan tangki ikan dan melilitnya keliling ikan berkenaan.

“Kemudian saya menambah injap pada bahagian bawah yang berfungsi seperti ‘kerusi’ untuk menegakkannya.


“Selain itu, saya turut meletakkan pemberat di bawah ‘kerusi’ berkenaan manakala stirofoam digunakan untuk membantu apungan dan memudahkan pergerakannya,” katanya.



Kerusi roda bantu ikan emas terapung
Pautan : https://www.hmetro.com.my/node/213877

18 Feb 2016

Ibu zalim paksa anak makan 30 ekor ikan emas mentah

Seorang ibu di Jepun memaksa anaknya memakan 30 ekor ikan emas peliharaan sebagai hukuman, kata polis semalam.

Yuko Ogata dan teman lelakinya, Takeshi Egami, ditahan selepas memaksa budak perempuan itu memakan ikan yang sudah mati Jun lalu. Suspek turut didakwa mendera budak berkenaan setiap hari.

Media tempatan berkata, pasangan yang tinggal di wilayah Fukuoka dekat barat daya Jepun, membunuh ikan itu dengan menuang serbuk pencuci ke dalam tangki.

Menurut Rangkaian Televisyen Nippon, budak perempuan itu kemudian dipaksa memakan 30 ekor ikan satu persatu.

23 Jan 2012

Al-Quran bersadur emas RM170 juta dari China dipamer di Terengganu

KUALA TERENGGANU - Naskhah al-Quran bersadur emas bernilai lebih RM170 juta yang bakal dipamerkan pada pameran Khazanah Islam dari China di Muzium Terengganu bulan depan akan dibekalkan dengan ciri keselamatan dan penjagaan tahap tertinggi.

Dipercayai berusia lebih 500 tahun dan berasal dari Dinasti Ming, China, pihak penganjur juga akan melantik firma keselamatan swasta bagi memastikan keselamatan artifak itu sepanjang enam bulan sesi pameran.

Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah berkata, pameran bertaraf antarabangsa itu adalah hasil kerjasama dengan penganjur acara, Topchain Capital Sdn. Bhd.

21 Okt 2010

9 anak hantar ibu ke pusat jagaan warga emas kerana kuat makan

JOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.


Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya sedangkan ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional.

Akibatnya, Aminah bergantung sepenuhnya terhadap ihsan pihak lain bagi meneruskan kehidupan walaupun dia sebenarnya berhak mendapat pencen arwah suami RM700 sebulan.

22 Sep 2010

gelang emas milik sosilawati ditemui berdekatan kunci air Sungai Lang

BANTING: Satu gelang emas dipercayai milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, menjadi bukti terbaru yang ditemui dalam tali air berdekatan kunci air Sungai Lang di sini, petang semalam.


Gelang emas bersalut lumpur itu ditemui kira-kira jam 4 petang hasil pencarian tiga anggota polis daripada Unit Menyelam, Pasukan Gerakan Marin (PGM).

Sepasukan polis turut membawa suspek utama yang juga seorang peguam ke lokasi terbabit difahamkan untuk mencari telefon bimbit milik mangsa. Bagaimanapun, selepas hampir dua jam menyelam, telefon itu gagal ditemui sebaliknya penyelam menemui satu gelang emas.

8 Jul 2010

Only in Malaysia.. I Love Malaysia!!~

kesalahan ejaan pada papan tanda dan sebagainya
sekadar untuk tatapan pembaca

pembetulan: 2nd floor