• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan

3 Mac 2021

Satu keluarga diusir dari kampung anak kantoi tonton filem lucah

 

Sebuah keluarga di daerah Sinujiu di Korea Utara dilaporkan dihalau dari kampung selepas anak lelaki mereka ditangkap menonton filem lucah.


Daily NK melaporkan, remaja terbabit dikesan menonton filem berkenaan pada waktu malam bagi mengelak dikesan oleh ahli keluarganya.


Namun, anggota keselamatan yang ditugaskan menjalankan pemantauan mengesan aktiviti mencurigakan itu.


Remaja lelaki itu kemudian ditahan dan dia didapati bersalah.


Sebagai hukuman, remaja itu bersama ahli keluarganya diusir dari kampung berkenaan.



Namun, bagi penduduk di bandar, hukuman dikenakan itu dianggap terlalu berat kerana keluarga yang diusir akan hilang mata pencarian.


Malah, mereka juga sukar untuk mendapatkan tempat tinggal kerana sumber kewangan yang terhad.


Bukan itu saja, mereka yang didapati bersalah juga akan dianggap sebagai penjenayah oleh masyarakat setempat.


Di Korea Utara, rakyatnya diingatkan supaya tidak menyimpan material hiburan seperti muzik dan filem dari Korea Selatan.


Negara berkenaan mengawal ketat kemasukan maklumat untuk rakyatnya, malah akses internet juga terhad kepada golongan tertentu saja.


Dalam pada itu, Korea Utara secara rasmi melaporkan negara itu masih tidak merekodkan kes positif Covid-19.


Ia selepas pihak berkuasanya menutup sempadan negara itu dengan China sejak penularan virus itu.


Diusir dari kampung kerana tonton filem lucah

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/03/680019/diusir-dari-kampung-kerana-tonton-filem-lucah


Insiden ini berlaku di Korea Utara dan saya tidak terkejut kerana undang-undang di negara tersebut sememangnya ketat dan penguasa tidak akan berkompromi dengan sebarang ketidakpatuhan.

11 Apr 2020

Filem tamil alihsuara Santesh cuit hati netizen sepanjang PKP

Para peminat Maharaja Lawak Mega 2019 tentu masih ingat persembahan kumpulan Zero dan Santesh di Minggu Suku Akhir (Persembahan Kedua Minggu 9). Ternyata kehadiran Santesh jelas menghangatkan lagi persembahan Zero.
Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=tayfP6x26Mc

Mulai 5 April yang lepas, beberapa sedutan filem tamil yang telah dialihsuara ke bahasa Melayu telah dimuatnaik di fanpage Santesh Kumar. Idea kreatif beliau nyata mendapat tempat di hati para netizen yang telah mulai tepu dalam menghadapi tempoh PKP.
Pautan : https://www.facebook.com/fanpage.santesh/

Filem komedi lakonan bintang komedi terkenal filem tamil Vadivelu telah menjadi pilihan Santesh. Ternyata percaturan yang dibuat tepat kerana boleh dikatakan kesemua filem lakonan beliau amat mencuit hati dan dekat dengan masyarakat.
Pautan : https://en.wikipedia.org/wiki/Vadivelu


Jadi kombinasi aksi lucu Vadivelu dicampur dengan alihsuara yang bersahaja dan kelakar telah menarik minat para netizen dan mulai dikongsi di laman facebook.

Anda boleh menonton video-video tersebut di fanpage Santesh atau channel youtube Rentak Angkasa Production.

28 Jan 2016

Penerbit filem ganti mata dengan kamera mini

Seorang penerbit filem mengorak selangkah lagi untuk menjadi lelaki bionik selepas menggantikan mata batunya dengan kamera. Rop Spence hilang sebelah matanya ketika berusia sembilan tahun.



27 Mei 2013

Menyamar Psy hadiri Festival Filem Cannes Ke-66

Seorang lelaki dikesan menyamar sebagai bintang rap Korea Selatan, Psy pada festival filem Cannes di sini. 

Lelaki itu turut bergambar dengan sejumlah peminat dengan dia dilihat meminum bersama pengurus Psy, Scooter Braun.

Namun, Psy yang berada di Singapura untuk membuat persembahan pada Khamis lalu berkata, Braun menghantar gambar lelaki itu kepadanya selepas menyedari kehadiran penyamar tersebut.

Menurut satu sumber, penyamar itu yang dikenali sebagai Denis Carre, 34, hadir dengan memakai baju kemeja berwarna biru muda, sut biru gelap serta mengenakan cermin mata hitam.

"Dia diiringi oleh tiga pengawal peribadinya," kata sumber berkenaan seperti dipetik akhbar The Sun. Lelaki bertubuh gempal itu turut bergambar bersama beberapa bintang terkenal termasuk aktres filem James Bond, Naomie Harris.