• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label gemuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gemuk. Papar semua catatan

8 Ogo 2021

Cara mengatasi masalah kegemukan perut buncit dan analisa ringkas


Bermacam-macam cara sudah dicuba untuk mengatasi masalah kegemukan dan perut buncit @ boroi.

Pelbagai jenis ubat telah ditelan dan beratus-ratus ringgit telah dibelanjakan tapi tiada tanda-tanda positif yang menunjukkan masalah kegemukan dan perut buncit @ boroi semakin sudah dapat diatasi.

Malahan ada sesetengah kes yang menunjukkan keputusan sebaliknya pula, berat badan makin bertambah dari sehari ke sehari dan perut yang dah sedia boroi bertambah boroi.

Mungkin ada yang bersedih dan selalu mengeluh tetapi kita harus ingat setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Usah risau, di entri ini simieY akan berkongsi cara paling efisen untuk mengatasi masalah ni.

Menurut blog Kevin Zahri, US certified personal trainer dan nutritionist. Terdapat 25 tip kuruskan badan yang boleh dipraktiskan untuk mengatasi masalah kegemukan dan perut buncit cepat dan mudah. Beliau telah mengklasifikasikan kepada 3 bahagian iaitu nutrisi dan diet pemakanan, senaman dan suplemen dan makanan tambahan.



Cik Tom pula menyarankan agar mengamalkan tips kuruskan badan cara semulajadi untuk mengatasi masalah kegemukan dan perut buncit. Tumbuhan yang disarankan mungkin sudah tidak asing bagi kakak-kakak dan makcik-makcik iaitu limau nipis, nenas, buah delima, lobak merah, timun, daun salam (daun kari) dan akhir sekali halia. simieY rasa ini petanda yang cukup baik dan merupakan satu alternatif yang tepat. Sebagaimana yang kita tahu, pengambilan apa jua jenis ubat-ubatan dalam tempoh panjang akan memberikan kesan sampingan pada badan.

Anda mungkin tercari-cari rahsia diet yang efektif. Menurut Falah Online, berlapar, tidak sarapan pagi dan tidak makan malam merupakan amalan yang tidak patut dipraktikkan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kegemukan.




Bagi simieY, 33 petua dan tip kuruskan badan tanpa ubat yang telah dikongsi Rahsia Perkahwinan boleh juga dijadikan panduan untuk mengatasi masalah kegemukan.

oktant telah bermurah hati berkongsi 10 tips ringkas kuruskan badan tapi anda pasti terpegun apabila mendapati ia tidaklah seringkas yang disangka.hehee..
Sekiranya anda fokus kepada jadual diet yang telah beliau cadangkan, anda tidak akan berdepan dengan masalah kegemukan lagi di masa hadapan.

Sebagai info tambahan, wikipedia memberikan 4 definisi diet iaitu diet (nutrition), dieting, diet food dan cuisine. Tapi kena translate sendiri la yer..

Di sini, simieY turut sertakan perkongsian menarik dari individu yang amat prihatin dan siharap dapat membantu anda mengatasi masalah kegemukan.

1- Tips Diet Untuk Kuruskan Badan daripada anizyn
2- Petua Kuruskan Badan Agar Cepat Langsing daripada Anne Hashim
3- Tips kuruskan badan dengan kurma. Makanan para nabi daripada Hairul
4- Cara menurunkan berat badan daripada IbnuAbbas

1 Feb 2012

Barbara Monteiro ratu cantik gemuk

SAO PAULO, Brazil - Seorang wanita yang mempunyai tubuh yang gempal, Barbara Monteiro menang pertandingan Ratu Cantik Tambahan Saiz di sini kelmarin, lapor agensi berita AP.

Dia mewakili negeri Mato Grosso do Sul dalam pertandingan yang disertai sejumlah peserta termasuk ibu yang memiliki tubuh yang besar.

Dalam pertandingan itu, para peserta turut bertanding dengan memakai pakaian bikini. - Agensi

16 Jul 2011

Ibu gemuk peroleh AS$90,000 (RM269,910) setahun

NEW JERSEY, Amerika Syarikat - Seorang wanita yang mahu menjadi ibu yang paling gemuk di dunia, Donna Simpson memperoleh pendapatan sebanyak AS$90,000 (RM269,910) setahun daripada para peminat yang membuat bayaran di online untuk menyaksikan dia makan, lapor sebuah akhbar semalam.


PARA peminat membayar AS$20 untuk melihat Donna Simson makan di laman webnya di internet.
 
Ibu itu, Donna Simpson, 44, yamg mempunyai dua anak kini memiliki berat 317.51 kilogram (kg) dan dia perlu menambah berat badan untuk menjadikan ibu paling gemuk di dunia. Donna perlu menambah berat badan sehingga 457.22kg untuk menjadi ibu paling berat di dunia.
Keuntungan daripada laman online yang menyiarkan imej dia makan membolehkannya menyimpan wang untuk membeli makanan yang dianggarkan AS$805.35 (RM2,415.24) seminggu. Para peminatnya menyaksikan dia makan burger, piza, kek, kentang goreng, daging dan minuman berkarbonat di laman webnya dengan kadar bayaran AS$20 (RM60.14) untuk tempoh 30 hari.