• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label hadiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hadiah. Papar semua catatan

24 Jul 2021

Lelaki hadiah cincin diperbuat daripada susu badan untuk kekasih

 

Seorang wanita dari Amerika Syarikat mendedahkan di laman Facebook bahawa teman lelakinya telah melamarnya  dengan memberikan sebentuk cincin diperbuat daripada susu badan wanita itu sendiri, lapor laman Lad Bible semalam.


Dia memuat naik foto jarinya yang disarungkan cincin tersebut dan menulis bahawa hadiah itu amat istimewa.



“Teman lelaki saya menghadiahkan cincin ini yang diperbuat daripada susu badan saya, ia amat istimewa,” tulis wanita itu.


Foto tersebut kemudian menjadi tular dengan netizen meninggalkan pelbagai komen mengenainya.


“Ia hanya susu, boleh juga buat cincin daripada kentang lecek,” tulis seorang netizen.


“Saya tidak faham apa yang begitu sentimental tentangnya. Ia adalah cecair daripada badan anda,” tulis seorang lagi netizen.


Barang perhiasan yang dihasilkan daripada susu badan sudah dikomersialkan selama beberapa tahun.


Pencipta barangan perhiasan sebegini dipercayai menggunakan susu badan yang sudah disejatkan sebelum dimasak dan dikeringkan dan dilapisi dengan resin. -Agensi


Lelaki hadiahkan kekasih cincin diperbuat daripada susu badan

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/07/23/lelaki-hadiahkan-kekasih-cincin-diperbuat-daripada-susu-badan/

6 Nov 2020

Tengku Permaisuri hadiahkan Athirah motosikal

 

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan peribadi iaitu sebuah motosikal kepada Nur Athirah Abdul Latiff yang ditimpa musibah apabila motosikalnya dicuri ketika melakukan kerja penghantaran makanan di Batu Caves, Selangor, Rabu lalu.


Dalam satu kenyataan yang dikongsikan di Facebook Selangor Royal Office, Tengku Permaisuri Norashikin berasa amat sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular mengenai nasib malang menimpa Nur Athirah.


Sumbangan itu disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.


Nur Athirah adalah anak kedua dari tiga beradik tinggal bersama ibunya di Batu Caves kini bertindak sebagai penyara keluarga dengan melakukan kerja penghantaran makanan sepenuh masa.


Menurut kenyataan itu lagi, Tengku Permaisuri Norashikin berharap dengan sumbangan berkenaan, Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga.


Titah baginda lagi, di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini, baginda amat berharap masyarakat di luar sana lebih bersifat berperikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain.


Baginda turut mendoakan sekalian rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah SWT.


Terdahulu, motosikal Yamaha 135LC milik Mur Athirah dengan nombor plat BQF2182 hilang di depan pasar raya Batu Caves.


Nur Athirah berkata, dia ke pasar raya itu pada jam 1.30 petang untuk mengambil makanan yang dipesan pelanggan dan meletakkan motosikal di kawasan berkenaan.


"Apabila kembali ke kawasan parkir tidak sampai 10 minit, saya dapati motosikal sudah tiada sebelum diberitahu ia dicuri," katanya.


Alhamdulillah, Tengku Permaisuri Selangor gantikan motosikal Athirah yang dicuri

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/638887/alhamdulillah-tengku-permaisuri-selangor-gantikan-motosikal-athirah-yang

29 Jan 2016

Patung seks hadiah pekerja cemerlang

Sebuah syarikat Internet di China menghadiahkan patung seks kepada pekerja lelaki cemerlang sebagai ganti kepada bayaran bonus.

15 Mei 2010

lelaki paling bijak dunia tolak hadiah AS$1 juta (RM3.3 juta)

gambar orang yang bijak tu

ST PETERSBURG – Walaupun memenangi hadiah wang sebanyak AS$1 juta (RM3.3 juta) kerana menyelesaikan masalah matematik paling sukar sejak 100 tahun lalu, hadiah itu ditolak bulat-bulat oleh pakar matematik Rusia, Dr Grigory Perelman (gambar).

Bukan sahaja hadiah, lelaki berkenaan turut menolak gelaran manusia paling bijak di dunia yang diberikan kepadanya.

“Saya tidak memerlukan hadiah. Apa yang saya miliki sudah mencukupi,” kata Perelman berhubung tawaran oleh Institut Matematik Clay di Cambridge, Negeri Massachusetts iaitu sebuah institut berprestij dari Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu.

Dia yang berusia 44 tahun, diberikan hadiah itu kerana berjaya menyelesaikan masalah geometri sukar yang dinamakan Poincar conjecture.