• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Memaparkan catatan dengan label hari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari. Papar semua catatan

7 Mei 2021

Firma Amerika Syarikat tawar RM6,180 bagi pekerjaan pengulas tidur siang hari selama 30 hari

 

Sebuah firma  Amerika Syarikat menawarkan bayaran gaji AS$1,500 (RM6,180) sebulan untuk pekerjaan sebagai pengulas tidur siang, lapor United Press International (UPI) kelmarin.


Calon yang diterima perlu perlu tidur siang pada setiap hari selama 30 hari dan merekodkan pengalaman mereka.



EachNight.com yang  menawarkan perbandingan tilam, cadar dan barangan lain menyatakan, pihaknya sedang meneliti kebaikan dan keburukan tidur siang dan mencari mereka yang gemar tidur siang untuk merekodkan waktu rehat itu.


“Bagi tempoh 30 hari, pasukan pengulas dikehendaki mengambil bahagian dalam pelbagai eksperimen bagi menguji teori seperti tempoh tidur siang menjadikan badan paling segar, kesan tidur siang kepada tahap keletihan badan, kesan tidur siang kepada ingatan, motivasi dan produktiviti,” demikian kata syarikat tersebut.


Pengulas akan diminta untuk membuat panggilan video sebelum dan selepas setiap sesi tidur untuk mendokumenkan pengalaman tersebut.


Syarikat tersebut mencari lima individu untuk mengisi kekosongn jawatan dan permohonan boleh dibuat sehingga 31 Mei ini menerusi laman web syarikat tersebut. -Agensi


Bayar RM6,180 sebulan untuk tidur siang

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/05/06/bayar-rm6180-sebulan-untuk-tidur-siang/

14 Jul 2020

Posmen hantar surat jalan kaki 15 km setiap hari bersara selepas 30 tahun bekerja


Seorang posmen menempuh perjalanan sejauh 15 kilometer (km) sehari selama 30 tahun untuk menghantar surat di lokasi yang tidak boleh diakses kenderaan di sekitar Tamil Nadu, India.

D Sivan, 66, terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dengan berjalan kaki melalui hutan tebal dan menyeberangi sungai, lapor NDTV.

Bukan itu sahaja, Sivan juga sentiasa berwaspada berkemungkinan diserang binatang buas bahkan dia pernah dikejar gajah dan beruang semasa melakukan tugasan itu.

Difahamkan, setiap hari Sivan terpaksa berjalan kaki di sepanjang landasan kereta api Gunung Nilgiri dari Pejabat Pos Hillgrove di daerah Coonoor untuk menghantar surat dan wang pencen kepada penduduk yang juga pekerja ladang di kawasan terpencil iaitu Singara, Marapallam yang tidak mempunyai akses pengangkutan.

Dengan berbekal gaji sebulan sebanyak 12,000 rupee (RM682) dedikasi lelaki itu terhadap kerjayanya sering menjadi bualan penduduk di daerah tersebut.

Penduduk sentiasa menghargai jasanya yang berjalan kaki walaupun sudah lanjut usia.

Selepas 30 tahun bekerja sebagai posmen di daerah tersebut, Sivan memutuskan untuk bersara.


Jasa dan pengorbanan Sivan terus disanjung tinggi oleh penduduk dan netizen yang terus mengucapkan terima kasih di segala keringatnya selama ini yang berbakti kepada masyarakat.

Mereka berpendapat Sivan layak mendapat anugerah Padma Shri iaitu salah satu anugerah penghargaan awam tertinggi di India.

Posmen jalan kaki selama 30 tahun
Pautan : https://www.sinarharian.com.my/article/92038/GLOBAL/Posmen-jalan-kaki-selama-30-tahun

18 Jan 2016

DBKL bagi diskaun kompaun trafik sepanjang Februari sempena Hari Wilayah Persekutuan 2016

Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2016 pada 1 Februari ini, orang ramai berpeluang menikmati diskaun kompaun trafik serendah RM30 yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hingga hujung Januari ini. 



Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata, kempen Jom Bayar Saman itu menetapkan kadar rata RM50 dan RM30 diberikan kepada pesalah trafik membabitkan kereta dan motosikal. 

1 Nov 2010

TV Alhijrah dilancar hari ini

SEBAGAI sesi pengenalan, stesen televisyen kerohanian, TV Alhijrah yang pernah diperkatakan sebelum ini akan mula beroperasi mulai jam 3 petang ini sehingga 12 tengah malam.

Selepas hampir dua tahun diperkatakan mengenai kewujudan stesen ini, TV Alhijrah operasi siaran sepenuhnya pada Disember yang akan menyajikan pelbagai program berbeza dengan memberikan perspektif Islam.

TV Alhijrah ditubuhkan sebagai syarikat yang dikenali sebagai Alhijrah Media Corporation dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan serta diletakkan di bawah penguasaan Jabatan Perdana Menteri (JPN).


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kewujudan stesen televisyen berlandaskan Islam itu sebagai memberi pilihan kepada penonton yang menekankan nilai Islam di dalamnya.

“TV Alhijrah ini adalah untuk memberi pilihan kepada penonton tempatan dan mensasarkan kepada semua peringkat usia. Golongan muda, remaja dan kanak-kanak adalah golongan terbesar yang menonton iaitu sebanyak 63 peratus dan selebihnya adalah penonton biasa.

4 Sep 2010

jangan terpengaruh khabar angin raya aidilfitri hari khamis

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan Aidilfitri akan disambut pada hari Khamis, sebaliknya menunggu sehingga pengumuman dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

selamat hari raya aidilfitri.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata ia sekadar khabar angin itu dan tidak semestinya betul.